DIA mengerahkan seluruh tenaganya untuk memanjat ke bahagian dalaman atap rumah itu. Di sana, dia membuka flashlight daripada telefonnya. Dia menyuluh-nyuluh ke serata arah. Mencari-cari sesuatu. Akhirnya matanya dapat menangkap sebuah bungkusan kecil yang berwarna kuning. Dengan berhati-hati, dia menghampiri bungkusan itu dan mengambilnya. Setelah itu, dia turun semula ke bahagian bawah.
Lelaki yang berpakaian hitam itu segera keluar daripada rumah tersebut. Rumah yang merupakan milik sebuah keluarga. Terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki. Rumah yang penuh kisah tragis.
Si suami telah ditangkap kerana melakukan kesalahan mencipta dan mengedar, serta menjual bahan lucah kanak-kanak.
Si isteri telah meninggal dalam nahas kemalangan antara sebuah lori dan kereta. Mayatnya ditemukan dalam keadaan bercantum.
Anak lelaki mereka pula telah didera oleh kedua ibu bapanya tadi. Bapanya telah menderanya secara seksual manakala ibunya pula mendera budak lelaki tersebut secara fizikal.
Lelaki itu menutup kepalanya dengan sarung kepala hoodie. Dia menoleh sejenak ke arah rumah tersebut. Kemudian, dia berpaling dan berjalan menjauhi tempat tersebut.
_______________❤️_______________
LELAKI itu membuka pintu rumahnya dengan perlahan. Kemudian, dia masuk dan menutup kembali pintu tersebut. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Tilamnya dipandang sejenak.
Lelaki itu mengambil laptopnya dan dibawa bersamanya menuju ke tilam. Punggungnya dilabuhkan di sisi tilam. Laptop itu dibuka dan dihidupkan. Sementara menunggu laptop tersebut hidup, lelaki itu mengeluarkan bungkusan kuning yang diambil tadi. Dia membuka - meleraikan ikatan kain kuning yang membaluti sesuatu.
Pendrive.
Pendrive tersebut diunjuk. Dia melihat alatan tersebut. Kemudian, dia mencucuk pendrive tersebut ke laptopnya dan mengakses isi alat tersebut.
Di dalam pendrive tersebut, ada satu sahaja fail dan fail tersebut tidak bernama. Dia membuka fail tersebut.
Kelihatan beberapa video yang memaparkan seorang kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa di dalamnya. Setiap video diperani oleh kanak-kanak dan lelaki yang sama. Dia membuka video tersebut.
Video tersebut dirakam dari sudut pandang sebuah CCTV. Tempatnya merupakan ruangan dalam rumah tempat dia mengambil pendrive itu tadi.
Lelaki itu ralit menonton perkara yang berlaku di dalam video tersebut. Ada pelbagai perasaan yang lelaki itu rasakan saat melihatnya. Suka, teruja, marah, jijik dan benci serta keliru. Semuanya bercampur-baur.
Bahunya terasa disentuh.
"Abang suka tak tengok tu?" Satu suara kedengaran di telinganya.
Laptop ditutup pantas. Lelaki itu menoleh. Seorang kanak-kanak sedang tersenyum. Memandangnya. Kanak-kanak sama yang berada dalam video yang ditontonnya tadi.
"Err..."
YOU ARE READING
ADIK
Teen FictionIni kisah tentang seorang kanak-kanak dan seorang remaja. Ini kisah tentang trauma dan kesannya. Ini kisah tentang kasih sayang dan perjuangan. Ini kisah tentang hubungan adik-beradik. Walaupun mereka tiada pertalian darah. ❗ 🔞 ❗ Start : 16/01/2...