"AMBOI.. Gembira nampak? Bukan main lagi humming lagu." Ujar aku pada ibu yang tika itu sedang masak.
Ibu memandang aku. Tangannya masih tak lekang dari memasak. Dia menyunggingkan senyuman.
"Mestilah gembira. Ibu mana je tak gembira bila anak dia berjaya dalam UPSR?" Ujar ibu pada aku. Dia kembali melihat masakannya.
Aku membuat muka.
"Ada je. Cikgu Husnul tu." Balas aku selamba.
Ibu terdiam. Dia tahu perangai cikgu yang satu itu memandangkan anak cikgu tu sendiri merupakan kawan baik aku.
"Err.. yang tu ibu pun tak tahu lah nak kata apa. Padahal anak dia tu bukan teruk pun keputusan dia. Nombor 2 kot. Bawah kamu je. Tak tahu apa yang Cikgu Husnul tu nak lagi." Balas ibu.
Aku tersengih.
"Sudah lah pasal diorang. Ha.. ibu masak apa tu?" Soal aku cuba menjengah ke dalam kuali yang sedikit tinggi letaknya daripada tinggi aku.
"Jeng jeng.. ibu masak lauk favourite Qal. Masak lemak ayam. " Ujar ibu dengan sound effect yang manual dari mulutnya.
"Wah.. ada ayam peha tak?" Soal aku teruja. Tak sabar je nak makan masakan ibu.
Ibu angguk.
"Mestilah ada. Ibu tahu kamu suka bahagian peha sebab tu dalam masak lemak ni semua bahagian peha."
Kalau dianimasikan, agaknya mata aku dah berbentuk bintang dek teruja mendengar kata-kata ibu.
"Ha.. ibu dah siap masak. Jom ma.."
Tiba-tiba suara ibu jadi perlahan dan kian menghilang sehingga tak kedengaran apa-apa lagi. Pandangan aku pun kian kabur dan..
Gelap.
Ah.. mimpi rupanya.
_______________❤️_______________
Perspektif Ketiga :
Koroner yang bertugas pada waktu itu mengalihkan pandangannya apabila pintu bilik dibuka dari luar. Si lelaki berbaju t-shirt hitam masuk ke dalam. Dia lelaki yang sama bersut hitam sebelum ni. Warna hitam dengan lelaki itu seakan simbolik.
"How's work?" Soal lelaki berbaju hitam itu.
Koroner membuat muka.
"Agak sukar jugalah sebab mayat diorang ni dah bercantum. Saya takut DNA mereka berdua dah bercampur walaupun kita dah pisahkan. Tambah lagi ini mayat yang terbakar. Memang tak ada cap jari atau apa-apa memang bergantung sepenuhnya pada DNA." Ulas si koroner sambil tangannya yang bersarung membelek-belek mayat yang terletak di meja bedah.
Lelaki baju hitam itu mengangguk. Tangannya memeluk badan sendiri. Dia bersandar pada dinding. Dia memakai kaca mata hitam pada waktu itu.
"Jadi, identiti mereka berdua belum dapat dikenalpasti?" Soal lelaki berbaju hitam itu.
Si koroner menghembuskan nafas. Lelaki itu memang tak pernah suka melengahkan masa. Dia tersenyum kelat.
"Walaupun begitu, identiti dorang dah berjaya dikenalpasti. Mayat lelaki ni Adrian Wong. CEO syarikat kecil-kecilan. Dah ada keluarga. Seorang isteri 2 orang anak. Tapi tu pun masih curang." Si koroner berdecit. Menyampah agaknya dengan apa yang dia dapat tahu.
Si lelaki berbaju hitam itu tergeleng kepala. Tiada komen tentang perkara itu.
"Perempuan tu?"
"Perempuan tu nama dia.."
_______________❤️_______________
PRANG!
YOU ARE READING
ADIK
Teen FictionIni kisah tentang seorang kanak-kanak dan seorang remaja. Ini kisah tentang trauma dan kesannya. Ini kisah tentang kasih sayang dan perjuangan. Ini kisah tentang hubungan adik-beradik. Walaupun mereka tiada pertalian darah. ❗ 🔞 ❗ Start : 16/01/2...