ENTAH mimpi apa aku malam tadi, pagi ini aku merancang untuk membawa Rizqi mandi di pantai. Rizqi sudah tentulah teruja mendengarnya. Katanya, dia belum pernah mandi di pantai. Sedih pula aku dengar.
Pun begitu, walaupun rancangannya sudah dibuat dari awal, kami tiba agak lewat di pantai. Mana taknya, banyak hal yang perlu diuruskan.
Pertama, pakaian Rizqi. Si kecil itu manalah punya banyak pakaian. 3 pasang baju yang memang asal milik si kecil itu. 3 pasang lagi yang aku belikan tempoh hari. 6 pasang saja semua bajunya. Itupun ada yang dalam mesin basuh atau mungkin belum pun masuk ke dalam mesin. Jadi, bagi menyelesaikan masalah tersebut, aku membawa Rizqi membeli baju yang baru lagi.
Kedua, beg pakaian. Selama ini aku duduk seorang diri. Manalah aku nak sediakan semua barang untuk 2 orang. Beg pakaian aku pula bukan jenis yang muat untuk letak pakaian nak pindah kampung untuk sebulan. Beg pakaian aku kecil dan mudah. Semudah tuannya. Jadi, memang tak ada ruang untuk pakaian Rizqi. Ya, beli beg pakaian untuk si kecil itu solusinya.
Kami tiba ke pantai dalam pukul 4 lebih. Bukan sahaja banyak hal, malah jalan yang sesak juga jadi faktor kelewatan kami.
Tiba di pantai, Rizqi mengadu kelaparan. Aku memegang perut sendiri. Aku pun lapar juga ni. Tak berlengah, aku terus membawanya ke kedai makan berdekatan.
Selesai makan, kami terus pergi ke pantai dan bermain air. Beg pakaian ditinggal atas motor. Dompet dan telefon aku letak dalam seat motor. Kunci motor aku sembunyikan. Korang jangan risaulah, pandai-pandailah aku hidup.
Aku dan Rizqi mula mandi pada pukul 5 suku.
_______________❤️_______________
RAMBUT aku yang basah menjadi tumpuan mata Rizqi. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Menyebabkan air dari rambut aku terpercik dan mengenai Rizqi.
Rizqi tertawa. Dia memercikan air menggunakan kedua tangannya untuk membasahkan aku. Aku juga turut berbuat demikian. Perbuatan sedemikian memang tak lari apabila bermandi-manda.
Seketika kemudian, aku menyelam ke dalam air dan mendekati Rizqi. Kemudian, aku mengangkatnya dari bawah dan bangkit dari selaman. Jadinya, posisi sekarang Rizqi sedang duduk di bahu aku. Badannya keluar serta merta daripada air.
Aku memegang kedua-dua belah tangan Rizqi dan berjalan menuju ke darat.
"Tinggi.. Adik takut, bang." Ujar Rizqi, gayat.
Aku memujuknya.
"Jangan takut. Kan abang yang pegang Rizqi ni. Nanti biasalah." Aku berjalan ke suatu arah yang memperlihatkan permandangan matahari.
Rizqi terpegun melihat permandangan itu Rasa gayatnya langsung dilupakan. Aku tersenyum. Moga yang indah-indah saja buat kami berdua.
_______________❤️_______________
ENAM lebih.
Aku dan Rizqi membawa beg masing-masing menuju ke tempat mandi dengan air bersih sekaligus tempat tukar baju.
Agak ramai orang di situ. Dalam 6 orang keluarga atau pasangan yang beratur. Aku dan Rizqi dalam baris ke-2.
Selesai sahaja keluarga di hadapan kami, aku menyuruh Rizqi pergi dahulu. Dia pun menurut. Namun, tak lama lepas tu dia keluar semula dari bilik mandi tersebut.
YOU ARE READING
ADIK
Teen FictionIni kisah tentang seorang kanak-kanak dan seorang remaja. Ini kisah tentang trauma dan kesannya. Ini kisah tentang kasih sayang dan perjuangan. Ini kisah tentang hubungan adik-beradik. Walaupun mereka tiada pertalian darah. ❗ 🔞 ❗ Start : 16/01/2...