3

646 20 4
                                    

"ABANG.. Abang.. Abang" Rizqi memanggil-manggil. Pada ketika ini, aku sedang melakukan tugasan di dalam laptop. Kami pun baru sahaja selepas menunaikan solat Maghrib.

"Ya, adik?" Balas aku. Jari masih ligat menaip di papan kekunci.

"Apa nama abang eh?" Soal Rizqi.

Aku menolehkan kepala. Memandang Rizqi.

"Aik. Baru nak tanya?" Soal aku pula. Rizqi tersengih.

"Rizqi ada ingat nak tanya. Tapi terlupa" Rizqi menggaru-garu kepalanya.

Aku menggeleng-gelengkan kepala.

"Ha, apa nama abang?" Soal Rizqi sekali lagi.

"Nama abang Haiqal." Balas aku.

Rizqi diam. Entah apa yang dia buat lepas tu. Dia keluar dari bilik aku. Mungkin membuat lawatan bilik ke bilik. Seketika kemudian, kanak-kanak berusia 8 tahun itu masuk ke dalam ke bilik aku semula.

"Abang.. Abang.. Abang" Panggilnya lagi. Aku pun menoleh sekali lagi. Haih la budak seorang ni.

"Ya?"

"Abang suka warna apa?" Soalnya.

"Hmm.. Kenapa nak tahu?" Soal aku balik.

"Tak boleh ke nak tanya? " Rizqi membuat muka yang comel. Aku geram melihatnya jadi aku mencuit hidung Rizqi. Dia cuba mengelak namun tak berjaya.

"Kalau macam tu, abang tak nak jawab boleh?" Usik aku pula.

Rizqi membuat muka. Seakan nak merajuk.

"Alah.. Jawab jelah" Wajahnya muram. Kesian pula aku tengok.

"Tak nak." Tapi aku masih mahu menyakatnya.

"Kalau abang tak jawab, adik-" Bicaranya aku potong.

"Ha, adik nak buat apa?"

"Adik tak nak kawan abang. Werk." Rizqi menjelirkan lidahnya pada aku. Kemudian, dia memeluk tubuhnya membelakangi aku.

Aku biarkan keadaan kekal begitu untuk seketika. Aku menyiapkan kerja yang tergendala. Selesai sahaja tugasan aku, aku mendekati Rizqi. Tubuh kecil itu aku dakap dari belakang.

"Biru." Ujar aku perlahan.

Rizqi diam tak berkutik.

"Abang suka warna biru. Rizqi?"

Dia masih diam. Merajuk lagi ke? Tak berlengah aku terus mengeletek tubuhnya. Meledak tawa si comel itu. Dia cuba menghalang namun tak berjaya. Dan tiba-tiba..

"Huwarghh..."

Dia menangis. Aku cemas.

"A.. Adik. Kenapa menangis ni?" Soal aku tak mengerti.

Rizqi tak menjawab. Dia menjauhi aku. Aku cuba mendekatinya namun dia pantas berlari keluar dari bilik aku.

Rizqi masuk ke dalam salah sebuah bilik yang terdapat dalam rumah aku. Kemudian, dia mengunci pintu dari dalam.

Aku terus dilanda bimbang dan gusar. Apa yang aku dah buat? Apa salah aku?

Aku meraup wajah.

_______________ ❤️ _______________

Buntu dengan masalah aku, aku menelefon kawan baik aku, Radin. Sahabat karib aku sedari kecil. Manusia yang setia di sisi aku tak kira susah atau senang.

"So, kau syak budak ni kena dera dengan mak bapa dia?" Radin menyoal dari dalam talian.

 Aku mengangguk.

ADIKWhere stories live. Discover now