Bab 1 ✔️

81 4 0
                                    

Seorang lelaki yang sedang bergelut dengan dokumen officenya sedang menahan kantuk mata dari tertidur.

Sekarang sudah pukul 6:00 petang waktu pulang dari kerja tetapi dia masih bergelut dengan kertas kerjanya. Dia meletakkan pen lalu merenggangkan segala tulang sehingga berbunyi. Telefon dicapai dan pesanan dari bunda tercinta dibaca.

(Ibu)
'Syah, Pergi mana? Tak balik lagi? Anak kamu dah meroyan ni'

Ya, anak. Aisy Anaqi merupakan anak sulungnya yang kini berusia 1 tahun 2 bulan. Dia merupakan seorang bapa tunggal kepada anak sulungnya sejak kejadian hitam setahun yang lalu, dia hanya ada Aisy sebagai kekuatan.

Tiada wanita yang dia percaya setelah apa yang terjadi pada anaknya. Betapa seorang wanita yang bergelar ibu dan juga bekas isterinya sangat angkuh untuk mengaku Aisy adalah anaknya. Sejak kejadian dulu dia tak mahu mendekatkan anaknya dengan mana-mana wanita selain ibunya.

'Nanti Syah balik ibu banyak lagi kerja'

(Ibu)
'Apa nanti nanti? Berehat lah dulu..ibu pun penat lah jaga Anaqi..ibu tak masak lagi'

'Maaf ibu menyusahkan ibu kena jaga Anaqi. Syah otw, nanti Syah sampai'

(Ibu)
'Haa ya lah, hati-hati'

Syah menghembus nafas berat. Sesusah ni ada anak tanpa isteri. Dia nak ada orang jagakan anaknya selain ibunya. Namun, dia masih belum boleh terima sesiapa lagi buat masa ni setelah apa yang terjadi.

Dokumen file ditutup. Kunci motor Ninja 250 disambar kemudian dia keluar dari pejabat setelah menutup semua suis dan pintu. Lengan panjang kemeja hitamnya dilipat. Dia menekan punat butang lift, dia turun ke lobi di mana motornya berada.

Setelah sampai di lobi dia berjalan laju dengan muka yang datar dan ketat. Tiada senyuman untuk orang orang yang memandangnya secara kagum.

Helmet diambil secara kasar lalu disarungkan dikepala. Jaket? Tak perlu. Hanya sarung tangan yang dipakai kerana dia mahu rasa angin petang. Dia menghidupkan enjin lalu berluncur kerumahnya.


Kereta Axia di hadapan rumah setinggan dua tingkat itu mengalih perhatian seorang wanita berumur 30-an yang sedang menyiram pokok.

"Ok lah putri, nanti aku call kau bila aku free, thank you hantar aku balik...bye" seorang wanita bertudung bawal navy blue itu menutup pintu sambil membetulkan beg galasnya di bahu.

"Hana dah balik?" Tanya seorang wanita lingkungan 30-an itu, dia menutup paip setelah selesai menyiram pokok. "Dah,Nenek mana? Pergi surau?" Tanya Hana Raudhah kepada makciknya Hamisah atau dia memanggil 'Kak cik'.

"Hm, kejap lagi balik lah tu" kak cik berkata sambil duduk di meja batu untuk berehat. Telefonnya diambil lalu dimainkan. Hana hanya mengangguk kecil sahaja. Lalu dia melangkah masuk ke rumah. Ruang makan dituju yang bersambung dengan ruang tamu. Di situ terdapat ibu bapanya dan juga neneknya.

"Aik? Nenek? Kak cik kata nenek pergi surau"

     Hana meletakkan  beg galasnya di sofa."Baru balik juga ni haa" nenek Roziah berkata. Nenek Hana yang berusia 70-an itu berada di meja makan bersama bonda dan ayahandanya.

"Kakak, duduk sini" umi mengarahkan Hana duduk di sebelahnya. Hana pun duduk di sebelah ibunya sambil menuangkan secangkir teh o panas ke dalam gelas.

"Amad, kamu tau kan majlis husna tu dah nak dekat?" Tanya nenek pada bapa Hana merangkap anak pertama Nenek Roziah.

"Tahu, kain baju  yang mak bagi tu pon dah siap" Tuan Ahmad Firdaus meminum teh yang dah dituang oleh umi Syuhadah untuknya. Husna Hazimah, sepupu Tuan Firdaus. Anak buah kepada Nenek Roziah, dan makcik kesayangan Hana yang akan bersanding tak lama lagi. Mereka sedang merancang untuk majlis sebelah pengantin perempuan.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now