Bab 5

32 2 0
                                    


          Duduk dibetulkan di sofa. Sudah hampir 15 minit Hana duduk di ruang tamu. Harith masih dengan telefonnya di luar membuat panggilan. Entah apa yang dia bincangkan pun tak tahu lah.

Hana masih memangku Aisy di lengannya. Sedari tadi dia memandang wajah Aish yang tertidur. Risau juga dia jika ada orang di dalam rumah ini tahu dia datang sebagai tetamu tak diundang.

Bunyi tapak kaki dari arah tangga membuatkan hati Hana berdegup laju. Harith yang baru sahaja terfikir ingin masuk dia melihat Datin Shafa turun ke ruang tamu. "haa dah kenapa tak-" kata-kata Datin Shafa terhenti apabila melihat Hana.

Hana yang melihat kehadiran seorang wanita lingkungan 40-an itu dengan senyum canggung. Segera Hana bangun dan menyalam tangan Datin Shafa. "Assalamualaikum" salam diberi oleh Hana.

Datin Shafa yang terima huluran tangan Hana memandang Hana terpaku. 'bidadari ni salah masuk rumah ke?' Datin Shafa masih terpana dengan senyuman tidak sangka pada wajahnya. Anak dia ke yang bawa wanita ini?

"ibu..." tegur Harith dengan lembut memandangkan dia lihat tangan Hana masih tidak lepas dari Datin Shafa. Datin Shafa yang diseru namanya terus tersedar. "w-waalaikumsalam...kamu ni siapa ya?" tanya Datin Shafa ramah pada Hana.

Giliran Hana pula terdiam. Siapa dia? Kawan Harith? Mestilah bukan.

"errr saya..."

"kawan Syah ibu..." Harith memotong bicara Hana sambil berdiri di belakang sofa. Datin Shafa pula hanya melihat anak tunggalnya dan Hana silih berganti. Kawan? Tapi anak sendiri orang lain yang dukung.

"kawan ya? Ini dah kenapa suruh dia dukung?" Datin Shafa mencerlung mata

pada Harith. Hana juga turut terkejut dengan pengakuan Harith. 'kawan' itu agak mustahil untuk dia jika Harith sudah lama kenal dengan dia. Dia seorang yang pendiam dan tidak ada kawan lelaki melainkan rakan sekolej atau sekerja.

"Itu bukan salah Syah. Anaqi yang tak nak lepas...Syah tak tahu" Harith hanya mengangkat bahunya sekejap melihat Aisy yang tertidur pulas di pangkuan Hana. Hana rasa mahu sepak mulut jejaka tinggi itu.

Sendiri bagi anak dia dekat orang dia salahkan anak dia. Datin Shafa yang melihat Hana masih berdiri dengan mendukung Aisy terus tersedar sesuatu

"eh kalau kamu lenguh bagi Aisy dekat Syah...biar dia bawa naik atas. Boleh kita minum-minum dulu" Datin Shafa memberi isyarat mata pada Harith untuk mengambil Aisy. Harith menerima isyarat dari ibunya, dia berdiri mendekati Hana dan mengambil Aisy yang masih nyenyak tertidur.

Setelah memastikan Harith naik ke biliknya, Datin Shafa mendekati Hana. "ha sekarang kita pergi minum-minum ya?" senyum manis Datin Shafa pada Hana. Hana yang ditarik lengannya lembut memandang Datin Shafa.

"eh tak apa puan, susah-susah je. Saya baru nak telefon kawan saya datang jemput saya dekat sini" Hana tersenyum janggal.

"tak susah pun lah. Tak apa nanti minta Syah hantarkan je, pandai dia bawa pandai juga hantar balik anak dara orang. Jom kita ke dapur" Datin Shafa menarik Hana menuju ke dapur dan buat air untuk mereka berbual di dapur.


          Putri duduk di hadapan kereta Axia miliknya. Tampak dirinya mundar-mandir sedari tadi. Sekali tangan jam tangan di tilik, 6:30 petang. 'ha sudah kawan aku, kena culik ke Hana ni?' firasatnya timbul.

Laju dia menggeleng menidakkan. Segalanya bercelaru. Dari dia keluar toilet di mall tadi sehingga di sini. Hana dan seorang lelaki bersayang-sayang.

Putri sedang memikirkan cara bagaimana dia hendak beritahu mak Hana tentang Hana. Kalau ditanya nanti, takkan dia nak cakap yang Hana hilang sedangkan umi Hana tahu Hana keluar bersama Putri.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now