Bab 6

25 2 0
                                    

Helaian kertas yang berterbangan di lantai dikutip. Hana duduk kembali di mejanya. Laptop yang sedari tadi menyala tidak dipandang. Kepalanya sibuk memikirkan tadika dan pertandingan akan datang.

    Pagi ke tadika, selepas zohor ke padang pula. Itulah rutin dia sejak dua bulan ini. Entah apa yang buatkan hatinya tak yakin dan susah hati. Hidupnya seakan terombang ambing selepas pulang dari rumah lelaki itu. Dia gembira jika Datin Shafa menyambut dia hangat.

    Hatinya rasa berdebar bila berada dekat dengan Harith. Semalam apabila Harith nak hantar dia balik ke rumah dia menolak. Dia sudah hubungi Putri masa itu. Dia rasa segan dengan lelaki, dia tak mahu lukakan hati umi dan abah. Anak umi dan abah tak pernah tak pernah pulang berdua bahkan keluar berdua dengan lelaki.

    Dua hari lepas, sampai sahaja di rumah dia terus menuju ke bilik. Umi dan abah pun sudah tidur. Kalau umi dan abah tahu apa dia nak cakap? Jujur? Dia nak jujur bagaimana? Dia sendiri tak tahu cerita sebenar kenapa Harith gelar dia sebagai tunang.

    Dia teringat Datin Shafa cerita pada dia tentang Harith. Nama penuh lelaki itu Harith Ezlan'Syah. Nama kena dengan muka. Tapi annoying! waktu minta tolong bole pula bersayang-sayang. Lepas je dari Lyana terus jadi gangster.

    Hana menggelengkan kepalanya, dia harap dia tak berjumpa lagi dengan lelaki itu. Sungguh, Harith nampak garang dan baran. Dia tak mahu dekat dengan Harith. Tapi muka garang itu tak kunjung pergi dari fikirannya.

    Hana tutup komputer ribanya dan keluar dari bilik untuk mencari udara. Beberapa hari lagi makciknya akan berkahwin. Mesti di ruang tamu penuh dengan hantaran.

    Dia membawa langkah ke ruang tamu. Dia mencari kelibat Puan Syuhadah.

Hana lihat tiada orang di ruang tamu ini, mungkin ruang tamu utama di dapur. Dia membawa langkah ke sana pula. Umi,abah, nenek dan makcik dan pakcik Hana ada ruang tamu dapur berbual.

    "Ha keluar dah anak dara?" kata umi membawa dulang berisi cawan untuk dihidangkan pada nenek dan pakcik dan makciknya di dapur. Hana hanya diam. Dia berdiri disamping kerusi Encik Firdaus.

    Nampaknya orang yang dia tunggu masih belum sampai, atau tak dapat nak balik kerana sibuk kuliah di Sabah. "Along dengan Angah tak balik ke?" Hana bertanya pada abah. Encik Firdaus yang menghirup teh tarik itu memandang anaknya dan meletakkan cawan.

    "Belum sampai lagi rasanya" kata Encik Firdaus. Hana yang baru sahaja ingin tersenyum, mengetap bibir. Dia sunyi. Abang dan kakak iparnya sudah pindah ke rumah masing-masing. Adiknya Hawa pula sudah belajar di Sabah. Dia seorang sahaja yang ada di rumah dan belajar di Kuala Lumpur.

    Nenek Roziah memandang Hana. "Hawa ada dekat dapur tu Hana" kata nenek tersenyum nipis. Terus mata Hana membulat dengan senyuman memandang nenek. "iya? Bila dia sampai?" tanya Hana.

    "malam semalam. Tapi nenek tak tahu lah kenapa dengan dia, semalam pun macam tak bersemangat nak balik. Mungkin dia penat kut. Tapi pagi ni pun dia senyap je. Selalunya dia lah paling gembira kalau berkumpul ramai-ramai" kata nenek.

    Hana memandang ke arah pintu masuk dapur. Dia pun turut rasa perkara yang sama. Kalau Hawa balik sini, selalunya dia akan terjah masuk bilik Hana. Tapi...Hawa sampai rumah pun dia tak tahu.

    "pergi lah tengok adik" kata abah separa berbisik pada Hana. Hana mengangguk kecil dan berjalan ke dapur. Dia menjengulkan kepala sedikit. Tersenyum lebar apabila nampak susuk tubuh adiknya yang tersayang. Hana perlahan mendekati tubuh yang kaku itu.

    "haaa jauhnya termenung" terkekeh Hana sambil memeluk adiknya dari belakang. Hawa yang terkejut segera pusing ke belakang. Dia melepaskan pelukan kakaknya. Hana memandang wajah itu, kosong, risau. Seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now