Bab 4

38 4 0
                                    

"Aisy kenapa? Seronok sangat ke aunty tu dukung? Sampai dah tak nak dengan daddy?" Harith memandang Aisy yang sedang mencebik itu. Aisy hanya melalikan mata. "Hai baby" Harith yang baru sahaja ingin berlalu ke parking lot dia terdengar suara yang dia benci. Dari arah belakang seorang wanita dengan suara lembut memanggilnya.

Secara tiba-tiba wanita itu datang memegang lengan Harith dan memeluk lengannya. Harith terkejut siapa gerangan tersebut. "Lyana?" Harith masih mengawal riak mukanya yang terkejut. Di hadapannya sekarang adalah bekas isterinya.

"Yes sayang! This is me...kenapa? Rindu i tak?" Lyana tersenyum menggoda pada Harith. Harith mengalihkan pandangannya dari Lyana dengan baju tiada lengan dan skirt atas lutut. Rambut coklat yang menyerlah. Memang selama ini dia berkahwin dengan dia dan dia fikir mampu merubah tabiat wanita di hadapannya ini. Namun hakikatnya wanita itu tidak pernah ikhlas.

"kau buat apa dekat sini Lyana" Harith masih mengalihkan pandangannya dengan rasa geram yang cuba di tahan.

"I nak minta maaf dengan you...I tak patut tinggalkan you dengan Aisy. I tau I salah... Aisy anak I juga, I datang pada you ni sebab...I nak balik dengan you" kata Lyana dengan suara manja dan menggodanya.

"No thanks, dah basi" Harith hanya membalas dengan dingin. Meluat lama-lama dia tengok wanita seperti Lyana. Tadi sudah kena di kedai bayi. Sekarang bekas isteri pula. Bila lah dia boleh rehat dari semua ini agaknya. Masalah betul jadi kacak ni.

"Alahh, you ni...I rindu you, you tak rindukan I ke?" Kata Lyana mencebik manja pada Harith. Kini lengan Harith dilepaskan Harith secara kasar. "Kenapa tiba-tiba tinggalkan jantan tu? Sebab dia dah miskin, aku dah kaya? atau sebab kau kena buang dengan dia?" sinis Harith bertanya dengan sindiran.

"Ishh you. Bukan sebab tu, sebab I baru sedar I sayangkan you I tak sayangkan dia...dia jahat, dia tak bagi apa I nak, dia dera I you tak kesian dekat I ke?" Lyana merengek pada Harith. Harith hanya buat muka bosannya kerana dia tahu Lyana menipu.

Harith masih mengawal barannya. Dia memejamkan mata seketika. Dia masih bencikan Lyana tapi dia tak tahu dengan hati dia. Lyana cuba menyentuh wajah mulus Aisy namun di tepis tangan Lyana dari Aisy. Harith dapat lihat dari hujung matanya seseorang datang dan membuatkan dadanya berdegup. Bagus! banyak lagi ke perempuan nak datang?

Namun apabila dia melihat gerangan itu mula timbul satu idea. Wajah yang mulus putih dengan selendang hitam yang menutup bahu hingga seluruh badannya dan blouse biru gelap yang menghampiri dirinya di tatap lama.

Hana yang melihat situasi tegang tadi mula terhenti apabila dirinya mendekati Harith. 'aku datang wrong timing ke ni?' bisik Hana apabila melihat wajah tegang Harith. "Uhm, maaf ganggu, ni botol susu tertinggal tadi. Encik lupa nak ambil" Hana datang dan menghulur botol susu milik Aisy pada Harith.

Lyana mengangkat keningnya memandang Harith. Harith yang melihat situasi itu mula dengan lakonannya. Harith memandang Hana lama. Lalu dia memulakan rancangannya. 'Sorry, siapa pun nama kau, aku terpaksa buat macam ni' batin Harith di dalam hati. Sungguh dia tak dapat fikirkan jalan lain. Dia bencikan Lyana dan dia mahu wanita itu sakit hati.

"Sayang, awak pergi mana? Patutlah saya cari tak jumpa ingatkan dah keluar tadi?" Harith berkata sambil tersenyum pada Hana. "Haa?" Hana mula bingung. terus terkaku badannya tidak bergerak mendengar panggilan Harith.

kepala dia jem. Sayang? Aku ke? Dia memandang Harith dengan kebingungan. Dia memandang ke belakangnya mana tahu ada orang namun hampa, tiada. maksudnya...Harith maksudkan dia?

Putri yang sedang memegang air mineral terlepas dari tangannya dengan mulut yang ternganga tercengang mendengar panggilan Harith pada Hana. Sayang? kawan aku dah kawin ke? aku masuk tandas berapa tahun tadi?. Putri memandang mereka masih tercengang.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now