Bab 16

10 2 1
                                    

Abah memandang Hawa dengan kecewa. Hana pula sudah duduk di samping umi dengan renungan kosong. Dari tadi Hawa tak mampu memandang wajah kakaknya. Entah pandangan rasa bersalah atau kesian? Atau mungkin benci.

"kamu dah fitnah kakak kamu Hawa. Abah tak sangka sampai macam ni sekali kamu buat kakak kamu? Bukan itu sahaja, kamu kahwin senyap-senyap dengan Daniel tanpa pengetahuan kami" kata abah berbaur nada kecewa pada anak bongsunya.

Hawa memandang abah dengan pandangan susah ditafsir. "kenapa abah salahkan Hawa? Kalau abah dari dulu lagi dengar penjelasan Hawa dan tak buat keputusan untuk satukan kakak dengan Daniel, Hawa tak akan jadi macam ni" kata Hawa tak mahu kalah.

Along cuba meredakan keadaan. Dia melihat Hana yang sudah buntu apa yang perlu dibuat. Entah dia mahu kesiankan Hana atau Hawa. Hawa tak tahu pun cincin dan tudung itu dari Hafiz, dia bertindak melulu jadi ia salah. Tetapi Hana?

"adik, apa yang adik marah sangat? Macam mana adik tahu yang Daniel datang sini nak mengorat kakak? Adik tak ada dekat situ masa itu..." tanya along.

Pada mulanya Hawa hanya diam. Lalu terdengar dia menghela nafas dan menunduk. "sebelum adik sampai KL, Daniel ada cakap yang...dia masih sayangkan Hana" jawab Hawa.

Hana dapat rasa sakit di dalam hati adiknya. Dia memandang adiknya. Betulkah salah dia? Daniel masih cintakan dia? Walaupun dia dah ada Hawa Insyirah sebagai isteri dia? Hana menggeleng kepala dia.

"Daniel cakap...dia nak minta izin dengan Hawa, untuk jadikan kak Hana isteri kedua dia" tak sanggup lagi menahan rasa, Hawa tumpahkan air mata yang tertahan sejak tadi.

Hana terkelu. Jadi isteri kedua? Kenapa Daniel sanggup buat begini? Hana terdiam seribu bahasa. Nasib baik adiknya datang terlebih dahulu. Kalaulah Daniel yang datang dan terus terang tentang hajatnya dan Hana tak tahu tentang cerita Hawa, mungkin masalah akan lebih keruh.

"Allah...adik, kalau adik nak tahu, abah dengan umi teman kakak masa Daniel datang. Tak ada pula dia cakap apa-apa tentang nak kahwin dengan Hana. Abah dengar perbualan mereka dari awal sampai dia balik...memang tak ada cakap apa-apa" jelas abah pada Hawa.

Hawa yang sudah mengalirkan air mata hanya diam. Mungkin dia tak sangka, dia dah jahat pada kakak sendiri. Dia tahu kakaknya cinta mati pada Hafiz, mungkin tak boleh diganti. Banyak dia sakitkan hati Hana hari ini.

Hawa baru sahaja ingin menyahut kata abah namun seseorang melaung namanya dari luar pagar rumah.

"Nur Hawa Insyirah"

Hawa berpusing memandang figura tinggi yang berjalan ke arahnya. Daniel Mukhriz berdiri tegak di belakang kerusi batu yang diduduki Hawa. Seorang demi seorang ahli keluarga Hawa dipandang dan dia menyalam tangan along, angah dan abah. Mereka sambut kedatangan Daniel.

Mata Daniel jatuh pada Hawa yang menangis dan Hana yang pucat lesi. Kepala Daniel jatuh dengan rasa bersalah. Abah dan along masih menunggu penjelasan lelaki di hadapan mereka.

Lama dia diam akhirnya dia membuka suara "saya terdengar tadi...jadi, jujur saya kata, yang semua itu betul"

Lagilah berdebar jantung Hana. Sesak terus dadanya. Jadi apa yang Hawa cakap tentang yang dia akan dimadukan itu betul. Hawa pandang abah pula, sungguh tak sanggup Hana lihat adik dia begini.

"pertama sekali, saya nak minta maaf sebab kahwin dengan Hawa tanpa izin abah dan umi. Tapi saya tak nafi bahawa apa yang Hawa cerita tu...betul" jelas Daniel.

Abah masih memandang Daniel dengan tegas. Masih beri peluang pada Daniel untuk berterus terang. Daniel memandang abah selepas nafas dihela kasar. Makin berdegup kencang jantung Hana.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now