Bab 10

27 3 0
                                    

"Assalamualaikum"

Setelah salam dilaung dari luar pagar rumah Datin Sharfa. Hana masuk sedikit setelah pagar automatik itu terbuka. Terlihat Datin Sharfa keluar dari pintu rumah.

"Waalaikumsalam, eh kamu ke Hana?" Kata Datin Sharfa dengan senyuman lebar tak lekang di bibirnya. Hana laju berjalan menyambut tangan Datin Sharfa untuk bersalam.

"puan sihat?" tanya Hana dengan bekas makanan di tangannya.

"sihat aje tapi itulah, bila umur dah meningkat kan ada saja sakit" kata Datin Sharfa.

"ouhh...umi dengan nenek ada minta saya hantarkan makanan untuk puan. Ini dari sepupu abah yang kahwin haritu" Hana menghulurkan bekas makanan itu pada Datin Sharfa.

"Allah, susah-susah je, mari lah masuk dulu kita berbual dekat dalam" pelawa Datin Sharfa. Rasa segan dia biar anak orang datang sekejap sahaja. Lagipun hatinya rindu nak berbual dengan Hana.

Kreegg!

Segera Datin Sharfa menoleh ke belakang melihat cucunya yang sudah mengalihkan sofa. Kaki sofa itu agak licin dan senang bergerak jadi ia membolehkan Aisy menolak sofa kesana kemari. "Allah...Aisy Anaqi" Datin Sharfa menepuk dahi.

"makcik kemas rumah kejap ya Hana?" baru sahaja Datin Sharfa ingin masuk ke dalam sudah di tahan Hana terlebih dahulu.

Hana bukan mahu kurang ajar tapi dia nampak Datin Sharfa macam pening sangat sampai pucat muka itu. "puan nak saya tolong? puan kena rehat ni" kata Hana.

Hana memegang lengan Datin Sharfa risau. Mana tahu nampak mainan berterabur itu makin sakit kepala.

"eh kamu tetamu takkan nak kemas rumah pula?"

Hana tersenyum. "saya tolong puan ikhlas. Lagipun sekarang ni tak ada orang dekat rumah kan? Saya boleh tolong puan sekejap" Hana menayangkan senyum manisnya. Datin Sharfa rasa lega dan tenang melihat wajah itu tersenyum. Dia juga tidak boleh paksa, jika Hana tawarkan dia mampu tolak.

Badannya diketepikan sedikit memberi ruang pada Hana untuk masuk. Mereka berada di dalam rumah agam milik Datin Sharfa dan Dato Mazlan. Kali kedua Hana datang jejakkan kaki ke sini. Kali ini dengan niat lain dan lebih yakin. Kali pertama dahulu kerana terpaksa. Mungkin?

Hana melihat Aish yang buas bermain dengan bongkahan mainan itu. Dia nampak ceria dan suka main seorang diri. Dia melihat sekeliling rumah. "puan seorang sahaja dalam rumah ni dengan Aisy?" tanya Hana.

"iya,kadang-kadang atuk Aisy balik awal. Ada masa dia balik malam. Macam tu lah rutin makcik hari-hari" Datin Sharfa mengutip mainan yang berada di sofa dan masukkan ke dalam bekas.

Hana juga turut menolak semula sofa itu kembali ke tempat asal. Aisy yang mendengar deretan bunyi kaki sofa itu menoleh ingin marah kerana ada seseorang kacau permainannya. Namun dia tak jadi marah apabila dia melihat Hana.

"Nana?" sebut Aisy. Membulat mata Hana mendengar itu. "Nananannaaa" Laju sahaja kaki kecil itu merangkak menuju kaki Hana. Datin Sharfa menutup mulutnya menahan tawa.

"Nana?" Hana memandang Aisy. Aisy duduk sambil mengangkat tangannya minta di dukung. "hai budak comel" Hana tersenyum. "Namm Nannaaaa" makin kuat suara itu bergemuruh teruja. Tergelak Datin Sharfa mendengar suara kuat cucunya.

"dia nak kamu dukung dia lah Hana"

"tak apa ke saya dukung dia?" tanya Hana memandang Datin Sharfa. Datin Sharfa pun mengangguk. Hana segera mengangkat tubuh kecil milik Aisy ke bahunya. Suka benar bayi itu didukung.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now