Bab 14

37 3 0
                                    

         Tangan diletak di atas kepala. Pening memikirkan masalah sendiri. Ke mana pergi cincin dia? Ke mana pergi tudung putih kesayangan dia? Ke mana rantai kunci yang bertatah nama Hana dan Hafiz?

Lelah dia menggeledah satu bilik bahkan satu rumah. Hilang tiada jejak. Tak akan pula umi yang ambil, apa umi nak buat dengan barang dia?

Kepala dipicit. Stres. Apa lagi esok dia perlu masuk tadika sekejap untuk mengajar bahasa arab kerana ustazah Husna tidak dapat hadir kerana cuti bersalin.

Dia bangun menuju keluar balkoni untuk mengambil udara segara. Angin sejuk yang terkena kulitnya membuatkan dia memeluk dirinya. Kejadian tempoh hari masih segar dalam fikiran.

Ya, kejadian di mana Harith melamar dia. Situasi agak tenang buat masa sekarang, batang hidung Harith pun dia tak nampak datang ke rumah untuk berjumpa umi dan abah.

Mata jatuh pada pasu bunga di luar balkoni. Bunga tulip dan rose merah jambu itu masih di situ. Dia simpan dan jaga. Itu adalah kali pertama dia dapat bunga sesegar itu. Nafas dihela kerah.

"Ya Allah, banyak ujian aku belakangan ini. Betulkah aku kuat? Betulkah aku mampu? Dengan rasa resah dihati, adakah aku mampu lalui ujian yang mendatang? Bantu aku Ya Allah" Ujar Hana Raudhah.

Sungguh dia berasa resah dan susah hati. Kabar dari Hawa pun tiada kedengaran. Rindu dengan Hawa yang dahulu. Rindu yang sangat rindu. Angin sejuk ini bagai mencucuk rusuk. Dia masuk semula ke dalam bilik dan mengambil keputusan untuk berehat. Dalam hati dia berdoa supaya hari esok lebih baik.

          Pen yang diketuk di meja sedari tadi sudah diletak di tepi. Wajah diusap lalu pingkas dia bangun menuju ke tandas. Sampai sahaja di hadapan singki dia mencuci muka. Balai pada masa ini memang tak ramai.

Memandangkan hari ini dia perlu balik malam kerana ada sesuatu yang perlu diuruskan dengan Faziq dan Luth. Mereka perlu berjumpa Adyan petang ini.

Dalam pada dia merenung diri di dalam cermin. Seseorang menepuk bahu sasanya. "Wei Harith..." panggil Jayden, Ahli AlphaD1 yang diketuai Faziq.

Harith berpusing ke belakang memandang Jayden. "Apa?" Dia membasuh muka semula dan menutup pili air.

"Faziq dengan Luth cari kau...kau okey ke?" Tanya Jayden. Harith menjungkit kening seketika. Macam pelik bila Jayden yang bertanya begini.

"Muka tu tak payah lah pelik sangat...nampak seram ke kalau aku bertanya?" Jayden berkata dengan slang cinanya bersama muncung di bibirnya.

Harith menggosok rambut Jayden, sengaja mengusik. "Aku okey lah"

"Rambut aku!" keluh Jayden.

Ketawa kecil Harith. Dia keluar dari tandas meninggalkan Jayden yang mengemaskan rambutnya kembali. Harith masuk semula ke biliknya dan melihat Faziq dan Luth berdiri di muka pintu.

"Nak gerak dah?"

Faziq angguk di sebelah Luth. Harith turut mengangguk. "Kau-" belum sempat pun Harith menghabiskan perkataannya mereka berdua memotong. "Kau drive" kata Luth dan Faziq. Harith tercengang. Faziq dan Luth menepuk bahu Harith secara bersamaan.

"Aku lagi" Harith mencapai kunci kereta Ford miliknya. Kalau dia bawa Audi TT nanti salah seorang dari mereka perlu duduk atas bumbung.

Dia keluar dari balai dan menuju ke kereta Ford berwarna hitam itu. Mereka semua masuk ke dalam perut kereta dan bergerak ke destinasi.

Di dalam kereta, Faziq dan Luth bercerita tentang kes yang mereka hadapi sekarang. Itu kerja mereka. Sebagai ASP Faziq dan ASP Luthfi.

"Harith" Harith yang hanya diam memandu seketika menoleh apabila dipanggil oleh Faziq."Kau dah buat langkah ke?" Tanya Faziq yang memandangnya.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now