Bab 7

27 1 0
                                    

Balkoni rumah yang sejuk menjadi tempat dia melepak di tengah malam. Aisy yang tertidur nyenyak di atas katil di pandang beberapa kali. Matanya tak boleh lelap. Dalam hatinya rasa seperti ada sesuatu yang perlu dilakukan.

Harith memicit keningnya. Tangan kembali disilang di dada. Lyana datang semula membuatkan suasana lebih serabut. Apalagi wanita itu tidak berhenti ganggu dia sehingga sanggup datang ke sini.

Satu lagi masalah dalam hidupnya yang baru...Hana Raudhah. Tidak lepas nama itu menjengah fikirannya. Lyana pasti akan cari Hana dan singkirkan Hana. Tidak kira berapa kali Harith melarang pun.

Dia mula teringatkan mesej seseorang yang tidak dikenali yang dihantar padanya petang tadi.

"I akan cari dia sampai ke lubang cacing"

-unknown-

Harith terus hapuskan nombor itu dari senarai kontak selepas membacanya. Masalah kes di balai pun belum selesai apalagi masalah Lyana. Serabut kepalanya. Dulu bukan main, tinggalkan Harith kerana Harith masih dalam rekrut dan masih mentah.

Silap dia ambil keputusan untuk kawin di usia yang masih sangat muda. Dirinya dahulu yakin dia mampu tanggung Lyana kerana kesenangan yang ada. Akibat cinta yang tiada akhir untuk Lyana, dia lupa maruah dirinya sebagai suami dipijak oleh Lyana.

Lyana keras untuk dilembutkan. Bagaimanapun Harith cuba dia tetap dengan keras kepalanya. Sudah habis lembut Harith memujuk Lyana. Lyana tetap melawan kata-katanya. Dia pun turut ingin membalas namun dia tahu kasar ego berlawan dengan ego akan menyebabkan penceraian. Dengan itu sia-sia 4 tahun perkahwinan mereka.

Sejak munculnya Aisy di dunia ini, Harith pada mulanya mahu letakkan salah pada Aisy. Tapi anak itu tak bersalah sedangkan Lyana yang sanggup lari dari hospital kerana tak mahukan Aisy dalam hidupnya. Harith diberi pilihan oleh Lyana untuk pilih wanita itu atau anaknya.

Harith nampak sesuatu yang dia tak pernah nampak selama ini. Dia sendiri butakan mata dengan perangai Lyana. Kini dia nampak belang Lyana. Dia lebih memilih Aisy dan bercerai dengan Lyana. Dia tidak beri satu pun harta pada Lyana, kecuali rumah mereka dan segala isinya.

Dia berpindah ke rumah ibu bapanya sehingga sekarang. Sakit hati itu merubahnya menjadi seorang yang lebih gagah dan lebih dingin. Tiada perempuan lagi dalam hidupnya selepas itu. Bukan kerana Lyana cinta matinya. Tapi kerana dia tak mahu ulang kesilapan yang sama iaitu mencintai orang yang salah dan demi menjaga Aisy.

Palang pagar besi balkoni itu digenggam erat. Kepala ditundukkan melepaskan nafas berat. Lelah dengan permainan dunia. Tujuan yang perlu dia fokuskan sekarang apa? Apa yang membuatkan dia nak sangat lindungi seseorang dari Lyana.

Hana Raudhah...


          "Hana Raudhah"
          Namanya diseru dengan kuat oleh seseorang. Patah lamunannya di dalam bilik persalinan pengantin perempuan milik Husna, makciknya.

Hana segera memandang gerangan yang memanggilnya. "Ya umi?" Dia tampak bingung dengan muka garang umi.

"Hei, Mak su kamu tu dah bersedia dekat luar dah. Kami buat apa lagi

termenung dekat sini sorang-sorang?" Kata Puan Syuhadah pada Hana yang ralit merenung cermin lampu yang besar dihadapannya.

Dia pandang sekeliling. Iyalah, memang tinggal dia seorang di sini. MUA pun sudah keluar gamaknya, barang-barang solek yang tadi penuh atas meja sudah kosong.

Dia memandang tangannya yang memegang sesuatu. Camera DSLR miliknya itu di pandang. Kenapa dengan kau ni Hana? Dia pandang umi semula.

"Hana minta maaf umi. Hana tak perasan..." Hana pandang umi dengan wajah bersalah.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now