Bab 2 ✔️

37 2 0
                                    

Harith turun ke bawah setelah dia habis kerja di biliknya. Dia turun untuk makan malam. Selepas dia solat isya' dia buat kerja sedikit. Akhirnya dia lambat makan malam.

"Haa, baru turun duda seorang ni" Datin Shafa bercekak pinggang. "Alahh, Syah buat kerja...lepas tu nak tidurkan Aisy lagi, susah tahu...nasib baik hari ni dia okay sikit, penat gamaknya main satu hari" Harith duduk di meja makan.

"Hm, yelah tu...dah makan" Datin Shafa bergerak ke dapur mengambil telur dadar yang baru digoreng.

"Ezlan'syah"

"Ya ibu?" Harith menyahut sambil makan apabila mendengar ibunya memanggilnya dengan nama belakang. "Nanti kita dijemput di satu kenduri ni tau" Datin Shafa berkata. "Okay? Lepastu?" Harith masih lagi mendengar sambil mengungah nasi di dalam mulut.

"Kita kena datang. Tahu tak siapa?" Ujar Datin Shafa teruja. "Siapa?" Harith mengerutkan dahi memandang ibunya. "Ish, pekerja kesayangan ibu tu lahh, akhirnya dia kawin juga...nasib baik ibu tak jodohkan dia dengan kamu tau, lagipun dia lagi tua dari kamu" Datin Shafa tersenyum teruja sangat.

"Okay?...Apa kena mengena dengan Syah?" Harith bertanya.

"Kamu kena datang. Kita kena datang satu keluarga...sebab kita dijemput satu keluarga..lagipun Nek Roziah tu lama tak jumpa kamu..kali terakhir dia jumpa kamu waktu kamu 19 tahun kut.." kata Datin Shafa.

"Lah, dah kalau Syah ikut siapa nak jaga Anaqi?"

     Harith bertanya dengan wajah berkerut. "Bawa lah sekali anak kamu tu, apa lah kamu ni Syah.  Lagipun kalau kamu tak bawa dia siapa yang nak jaga?"

Soal Datin Shafa. Terkadang anaknya ni boleh bendul sekejap.

"Kasyah? Faziq?" Harith berkata sambil mengunyah. Mencadangkan nama rakan-rakannya yang satu unit sekerja dengannya untuk menjaga Anaqi. Rakan-rakannya kadang suka dengan Anaqi.

"Ha, yang ada diaorang berdua yang pingsan jaga Anaqi... kamu tu dah tahu yang Anaqi tu tak suka dengan orang lain ada pula nak menyuruh orang lain jaga anak dia" Datin Shafa mula mengomel.

"Hmm, ya lah. Nanti Syah fikir?" Harith mengangkat pinggan lalu pergi ke singki.

"Oh ya, ibu nak semua pakai baju oren-oren merah tau..." sengih Datin Shafa. "Wow, siap ada tema" kata Harith sambil membasuh pinggannya sambil mendengarkan ibunya.

    "Ya lah, keluarga pengantin perempuan tema dia warna kuning emas, takut sama pula nanti"

"Esok Syah ajak Faziq atau Emran pergi beli baju dengan Anaqi" Harith mencuci pinggan yang digunakan dan sisa pinggan yang masih belum dibasuh.

"Hmm, iya lah.. esok ibu dengan ayah nak pergi tengok site projek yang ayah cover tu, saja ibu nak ikut, nak dating" sombong Datin Shafa memandang anaknya. "Elehh, nak sangat tunjuk orang duda" Harith cemberut sambil mengeringkan tangannya yang basah.

"Hm, mestilah, siapa suruh tak kahwin! Duhh bye" Datin Shafa duduk di ruang tamu di mana bapanya Dato' Mazlan Idrus'syah juga ada di situ.

Harith tidak berkata apa malah pergi ke biliknya untuk melihat Aisy. Ketika dia sampai di bilik, dia melihat kaki Aisy terangkat nampaknya Aisy mengigau lagi. Harith tersenyum kecil, memandang anaknya yang sering mengigau ketika tidur. Entah ikut perangai siapa. Dia menutup pintu perlahan risau Aisy terjaga.

Lalu memanjat katil. Dia menyelitkan tangannya di balik belakang Aisy. Tangan kanannya memegang kepala belakang Aisy.

Harith tersengih mengingat sewaktu Aisy terkejut melihat dirinya baru balik kerja. Dia berpakaian full hitam baru pulang dari misi dengan motornya. Apabila dia masuk ke rumah tanpa menanggalkan helmet Aisy tak mahu dengannya dan terus menangis kerana tidak kenal siapa yang mendukungnya.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now