Bab 3

36 3 0
                                    

Hana menghela nafas. Mereka baru sampai mall kerana tadi Putri ingin beli barang di Mr.Diy di luar Mall. Macamlah dekat mall ni takde Mr.diy tu. Dalam Mr.Diy saja dia dah pilih barang 1 jam.

"Wey, jom pergi H&M nak? Beli baju?" Putri bertanya.

"Uishh, h&m? Taknak lah, padini je...brance outlet ke?" Kata Hana sambil mata melilau ke arah lain. Mencari kedai baju yang lebih murah. Putri menjungkitkan keningnya sebelah.

"Duit poket kau kering eh?"

"Tak lah, nak simpan duit je. Aku kan dah rancang nak sambung belajar nanti" kata Hana berjalan di samping Putri sambil memandang butik sekelilingnya. Nampak cantik pula baju-baju perkahwinan yang dipaparkan pada cermin tingkap kedai.. Membuatkan dia teringat tentang pertanyaan umi dan abah tempoh hari.

"Lahh, takkan miskinnya lah kalau setakat nak beli barang keperluan macam baju kasut apa semua tu. Kalau tak ada baju apa semua kau nak pakai apa nak belajar kat oversea nanti?" bebel Putri.

"Memanglah...aku nak cuba saving, kau tahu kan hobi aku mahal. Sekarang aku cuba saving dan cari kerja. Bila dah ada duit banyak nanti baru lah puas belanja. Ini tak, dah lah duit gitu-gitu je, nak masuk pertandingan lagi, duit kereta aku, motor aku, masa depan apa semua?" ujar Hana menyambung bebelan Putri.

"Ehh? terlanjur cakap pasal pertandingan kau. bila next game? aku nak ikut" Putri memandang Hana sambil berkerut.

"hmm...sebelum kenduri makcik aku nanti. Minggu depan" Hana merenung ke arah kedai-kedai yang ada. Ya, hobi yang mahal juga dikenali sebagai sunnah Nabi Muhammad SAW. Dia minat memanah dari kecil lagi. Pada mulanya dia tak ramah dengan haiwan, namun dengan satu haiwan ini dia sudah terbiasa tunggang. Pelbagai latihan dia buat demi membiasakan diri.

"aku ikut tau! kali ni lawan siapa?" teruja Putri mendengar Hana akan bertanding memanah berkuda lagi. Hana memang kebal dengan daya tahan fizikalnya. jatuh berapa kali pun dia tetap bangun dan cuba sehingga dia menjadi pemain handal dan dalam lingkungan ketiga tertinggi.

Hana tersenyum. "kau ingat tak pelajar kolej UIA? yang haritu kita jumpa dekat kolej kita?. Sumayyah diberi nama" tanya Hana dan dibalas anggukan oleh Putri tanda dia mengingat wanita jelita berpakaian serba hitam. Sumayyah dan Hana bukanlah pesaing. Hanya sekadar bekas rakan sepasukan semasa mereka sekolah menengah.

"Dia?!" membulat mata putri mendengar kata-kata Hana. "kau biar betul? kalau dia menang macam mana?" tergelak kecil Hana mendengar itu dengan Putri yang sudah muncungkan bibirnya.

"biarlah dia menang, lagipun ini kan cuma permainan friendly, lagipun kami nak hidupkan sunnah. Menang kalah kan adat permainan" kata Hana. Dia tak kisah jika dia kalah sekalipun. Dia boleh anggap bahawa diri dia tidak sehebat Sumayyah.

"Hei kau tahu kan kalau kau dengan dia bertanding boleh buat bulu roma orang meremang? aku sendiri tengok pun takut tahu tak?" Putri berpeluk tubuh sendiri. Hana hanya diam. Memang dia takut bila lawan dengan Sumayyah.

     Sumayyah sudah mahir berkuda sejak kecil dan juga mahir dalam silat gayong. Sumayyah bukan calang orang. Personaliti dia yang lembut menutup bakatnya. Hanya keluarga dan orang tertentu sahaja yang tahu.



Harith berjalan ke arah pintu masuk mall. Dia mendukung Aisy dengan menggunakan baby carrier di badannya. Aisy menghadap Harith.

Mereka berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Akirnya mereka berhenti di kedai Tomaz. Harith melihat pelbagai jenis kasut. Aisy hanya melihat jeno dengan tatapan bersinar. Entah Apa yang dia nampak sehingga air liur dia meleleh.

Selesai dia pusing-pusing di mall. Dia ingin mencari baju melayu atau kurta, tapi paling kegemaran dia adalah kurta senang untuk dipakai dengan seluar berwarna hitam. Selesai memilih baju. Dia memuat bayaran dan beg-beg baju diangkut.     Kemudian dia ke kedai baby untuk membeli baju Aisy. Sampai sahaja di hadapan sebuah kedai pakaian dan barang bayi, dia berhenti bertanya kepada seorang pekerja.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now