Bab 8

28 3 0
                                    

          Harith masuk sahaja melalui pintu gerbang kayu besar itu, banyak pasang mata yang memandangnya namun tak diendah. Aisy? Dengan atuk dia lah. Mana dia nak dengan daddy dia dah kalau atuk dia ada.

    Datin Shafa sekarang sedang bersalaman dengan Puan Syuhadah. Harith renung wajah Puan Syuhadah seketika. Eye smile dan garis senyum milik Puan Syuhadah membuatkan dia teringat seseorang.

    "Syah, inilah Puan Syu dengan Nenek Roziah..." Datin Shafa memperkenalkan Harith pada Puan Syuhadah dan nenek Roziah. Dia tersenyum menyapa kedua wanita itu.

    "Assalamualaikum Harith...dah lama tak jumpa kamu. Eh kamu dah jumpa cucu nenek?" tanya Nenek Roziah pada Harith. Harith memandang ibunya. Siapa pula cucu Nenek? Dia tak pernah jumpa cucu nenek Roziah kerana kali terakhir dia ke rumah Nenek Roziah dengan ibunya cucu-cucu nenek Roziah yang perempuan masih sekolah menengah.

    "mestilah dah, tapi dia tak jumpa dekat sini. Kan Harith?" ibu menyiku lengan Harith. "ha?" Harith tidak faham maksud ibunya. Dia tak kenal siapa cucu Nenek Roziah.

    "oh, Datin dah jumpa anak saya? Sebab dia dah lama tak balik sini. Dia baru balik dari sabah 4 hari lepas" tanya Puan Syuhadah. Tak sangka Datin Shafa boleh jumpa anaknya secepat itu.

    Berkerut dahi Datin Shafa. Setahu dia Hana kata dia belajar di Kuala Lumpur je. Macam mana boleh sampai sabah? Kejadian itu belum sampai seminggu pun. "sabah?"

    "Hawa...sini sekejap, jumpa Datin Shafa ni" Nenek Roziah memanggil Hawa yang berada di muka pintu dewan menyambut tetamu. Hawa yang mendengar panggilan neneknya berpaling dan berjalan ke arah Nenek Roziah.

    Hana. Nama yang keluar dari mulut Harith apabila melihat wajah Hawa. Jadi...Hana cucu Nenek Roziah? Harith yang melihat wajah itu sama-sama berkerut dahi dengan ibunya. Kedua anak dan ibu itu pelik melihat Hawa. "Hawa?" Datin Shafa memandang wajah Hawa

    "ini bukan Hana ke?" tanya Datin Shafa. Hawa yang tadinya tersenyum kini memudar memandang uminya. "ini anak bungsu saya, Hawa Insyirah. Hana ada juga. Harith kenal Hana ke?" tanya Puan Syuhadah pada Harith dengan senyum manis.

    Segera Harith mengangguk. Kenapa aku angguk teruja sangat ni? Harith berbisik pada dirinya. Hawa hanya menjeling. "saya tak tahu pula Hawa anak Syu juga, saya kenal Hana je. Maafkan makcik ya Hawa" Datin Shafa memegang lengan Hawa.

    Hawa tersenyum tipis. "kalau nak jumpa kak Hana dia tengah kerja" kata Hawa ramah pada Datin Shafa. Harith memandang Hawa, kerja?

    "oh, Hana ambil gambar dengan kawan sekerja dia. Saya pernah cerita pada datin kan yang anak saya Photographer?" tanya Puan Syuhadah. Hawa hanya berdiri dan menunduk di belakang uminya.

    "ada, saya ada terserempak dengan dia minggu lepas secara tak sengaja. Makin cantik dia, dah lama saya tak jumpa sampai saya tak cam dia" Datin Shafa tertawa kecil.

    "nanti saya bawa dia jumpa datin ya? Dato', datin dan Harith jemputlah makan" pelawa Puan Syuhadah pada mereka bertiga. Tak lupa dia melambai kecil pada Aisy. Ya, Puan Syuhadah kenal siapa Aisy. Datin Shafa selalu datang ke rumah mereka berkongsi cerita seperti mereka sudah menjadi adik beradik.

    Datin Shafa, Dato' Mazlan dan Harith pun menuju ke meja yang kosong dan mula menjamu selera. Pada mulanya Harith menayang senyum dihadapan keluarga yang menjalankan majlis, tapi sekarang tiada setipis senyuman pun. Hanya riak dingin sahaja. Bukannya dia tak perasan wajah Hawa yang berubah drastik tadi.


    Hana mengambil tempat duduk di samping neneknya di meja utama di mana di tempatkan beg-beg goodies dan hadiah untuk pengantin. Hawa yang masih di pintu hadapan itu dipandang sayu. Umi kata Hawa akan balik sabah esok pagi. Sedih dia dengar berita itu.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now