bab 11

25 3 0
                                    

          Kasut but disarung dan diikiat dengan kemas. Topi dan sarung tangan disarung juga. Hari ini hari yang mendebarkan untuk Hana. Dia akan berlumba dengan sumayyah dalam pertandingan memanah berkuda.

Sarung di kaki dibetulkan dan diperiksa semua kelengkapan di badan. Setelah semuanya lengkap dan kemas. Dia berjalan ke arah Encik Firdaus yang berbual dengan jurulatih memanahnya.

"abah..." sapa Hana setelah mendekati ayahnya. Encik Firdaus yang terdengar dirinya dipanggil segera menoleh ke belakang tersenyum melihat anaknya sudah bersedia. "dah siap? Jom warm up"

Hana memandang sekeliling, dia lihat padang arena yang masih belum sedia digunakan. Dia masih belum nampak kelibat Sumayyah di mana-mana. Mungkin masih awal sebelum pertandingan sebenar bermula.

Hana memandang ayahnya yang berjalan di hadapannya menuju ke kandang kuda. "abah, umi mana?"

Encik Firdaus menoleh memandang anaknya. "umi datang dengan along nanti" serta merta membulat mata Hana. Kalau along ikut, angah mesti ikut juga! Tak sabar nak buat perjanjian.

Mereka sampai sahaja padang untuk berlatih itu mereka lihat jurulatih Hana sudah terpacak dengan kuda yang akan ditunggang. Hana berlari ke arah mereka. Hana melambai ke arah kudanya. Dia rindu sangat nak menunggang Max.

Iya. Nama kuda Hana adalah Max dan dia tak boleh tukar dengan mana-mana kuda lain. Hanya Max yang sesuai dengan kelajuan yang dia mahu. "Hai Max!" Hana membelai batang leher Max. Max adalah seekor kuda berwarna Bay dan jurulatih disini gelar Max, kuda 7 saat. Kuda yang laju.

"Hana boleh mula berlatih sesuaikan larian kuda dulu. Max ni dah lama

tak bawa berjalan. Boleh pilih nak bawa dekat padang yang berpasir ni atau hutan sana..." Kata Encik Saiful iaitu jurulatih berkuda Hana.

"saya rasa dekat padang ni je lah, Max lama tak berjalankan? Jadi saya rasa elok dia mula pijak sesuatu yang lembut" Hana menarik tali Max menuju ke padang. Busur dan panah dia letak di tepi dahulu. Semalam dia sudah berlatih memanah kali terakhir dengan guru memanahnya, abah.

Cuaca hari ini tidak panas terik, hanya mendung dan berangin jadi tidaklah dia berpeluh sangat hari ini. Selepas dia naik ke atas Max dia sesuaikan duduk lalu Encik Saiful menarik perlahan tali Max sebelum mula membuat larian.

"Mula dengan bismillah. Tak perlu tergesa, mula dengan larian perlahan. Kalau rasa dia dah sedia untuk laju boleh buat macam biasa...Bismillah" sempat Encik Saiful beri pesanan sebelum mula latihan Hana.

"Bismillah" Hana turut melafaskan basmalah sebelum tali dilepaskan Encik Saiful dan Max berlari dengan kadar sederhana. Tidak tipu, Hana juga berdebar setelah beberapa minggu tidak tunggang kuda. Tetapi dengan Max, dia mampu kawal ritma kelajuan bila-bila masa.

Setelah hampir sepuluh minit dalam larian sederhana Max, secara perlahan Hana melajukan larian Max. Hampir gugur jantung Hana seketika kerana kelajuan Max yang tidak disangka. Namun Hana dapat baca dan biasakan dengan kelajuan.

Encik Firdaus yang pada mulanya risau dengan kelajuan kuda itu menjadi tenang apabila Hana dengan sukanya tersenyum ketika menunggang kuda kesayangannya.

"Go Hana!"

Terkejut Encik Firdaus ketika anak sulungnya menjerit dari belakangnya. Dia pandang ke belakang melihat Puan Syuhadah, Hazeem dan Hakim serta menantunya untuk memberi sokongan pada Hana. Mereka khusyuk melihat Hana yang sedang test gelanggang kuda bersama kudanya.


          Hana berada di bawah khemah dimana dia sedang mengemaskan pakaiannya, mempersiapkan busur dan panah. Otot jari, bahu dan lengannya direnggang. Tali busur miliknya ditarik-tarik bagi membiasakan diri dan bersiap sedia.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now