Bab 15

27 4 1
                                    

Puan Syuhadah memandang anaknya dengan wajah serius dan risau. "kenapa dia datang? Dia ada ugut apa-apa?" tanya umi.

    "eh sampai ke situ pula umi, dia datang tanya khabar je..." senyum tipis Hana pada uminya. "baguslah...ingatkan dia ada buat apa-apa" umi menghela nafas lega.

    "tanya kabar ke mengorat?"

    Terdengar suara lantang dan menyindir itu datang dari arah luar pagar. Itu Hawa Insyirah dengan muka...bengis?

    Hana hampir tersenyum pada Hawa, namun apabila melihat muka adiknya yang hampir meletup itu niatnya dibatalkan. Kenapa dia datang dalam keadaan marah?

    Umi pula tersenyum bahagia apabila anak bongsunya pulang "adik? Adik dah balik? Kenapa tak telefon umi dulu? Umi-" kata-kata umi dipotong oleh Hawa.

    "Hawa bukannya balik sini sebab lain, Hawa balik sebab perempuan ni" jarinya menuding pada Hana. Hana yang dapat perlakuan sebegitu dari adiknya berkerut dahi.

    "dah kenapa kau kurang hajar sangat dengan umi ni?" Hana bertanya dengan nada masih bersabar. Hawa semakin naik angin.

    "habistu engkau? Tipu umi tak apa pula?" sergah Hawa semakin dekat dengan Hana. Hana bangun dari duduknya. Punca kemarahan adiknya adalah, dia. Hana Raudhah.

    "bila masa pula akak tipu umi?" tanya Hana hairan.

    Hawa ketawa sinis. "tak payah berlakon lah. aku muak nak pertahankan kepercayaan aku pada kau. Kalau umi nak tahu, Daniel bukannya datang tanya kabar, tapi nak mengorat. Anak umi ni pula gatal pergi layan dia!" tuduh Hawa dengan suara lantang.

    Puan Syuhadah terkejut dengan tuduhan Hawa. Umi mengurut dada dan beristighfar "apa adik tuduh kakak macam tu? Kalau tak betul itu dikira fitnah tahu?" kata umi sedikit keras namun masih ada kelembutan.

    Hawa merenung Hana dengan tatapan benci. Hana menggeleng dan perlahan mendekati Hawa "sabar Hawa, apa yang Hawa cuba nak cakap sebenarnya ni?" tanya Hana.

    "eh tak payah nak acah alim lah depan umi. Kau ni sebenarnya perampas kau tahu tak?" tengking Hawa.

    "perampas apa ni Hawa?" tanya Hana tak kalah menaikkan suaranya.

    "kau fikir aku tak tahu ke? Bunga yang ada dalam pasu tu daripada Daniel kan?" tuduh Hawa lagi. Hana makin berkerut dahi dengan tuduhan adiknya "apa benda adik cakap ni?"

    "betulkan?!" tengking Hawa.

    Abah dan along yang mendengar keributan di luar segera menyapa ke luar rumah "ada apa ni Hana, Hawa? Dah kenapa terjerit jerit macam orang gila ni?" sergah along.

    "along tanya lah adik along ni, berapa lama dah dia ni jadi murah, suka sangat kena goda dengan lelaki!" kata Hawa.

    "Hawa! Jaga bahasa kamu! Abah tak pernah ajar anak-anak perempuan abah bercakap kasar macam tu. Perempuan mesti ada batasnya! Jangan bercakap ikut mulut sahaja" pintas abah pula dengan tegasnya.

    Hana terdiam masih mencerna situasi. Apa lagi salah yang dia dah buat? Apa lagi ujian dia kalini? Dia memandang Hawa yang terdiam ditegur abah.

    "Hawa, akak tak tahu apa kena mengena bunga akak dengan Hawa, tapi Hawa ceritalah pada akak...apa yang Hawa marahkan?" kata Hana.

    Hawa hanya menjeling pada Hana. Hana agak terkejut dengan perlakuan adiknya yang tidak seperti biasanya. Hawa membuat wajah bengangnya "kau ni buat-buat tak tahu ke apa? Kau jujur je lah yang kau masih suka Daniel kan?!" masih tidak puas hati Hawa tempik pada Hana.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now