Bab 9

29 4 0
                                    

          PAP!  "argh" Hana memegang tangannya yang terkena seterika. Tangan dia yang menggeletar dipandang. Suis seterika dimatikan. Seterika diangkat. Namun sudah terlambat kerana tudungnya sudah berlubang.

Sekali lagi seterika terkena pergelangan tangannya. Seterika itu terlepas dari tangannya. Mujur dia sempat mengundur sebelum seterika itu terjatuh di atas kakinya.

"Astaghfirullah..." Hana memegang dadanya. Mulutnya mengucapkan istighfar berulang kali. Entah apa yang buatkan dia gementar sangat tika ini. Jika dia tidak tarik seterika tadi mungkin akan berasap dan terbakar.

Hana duduk di birai katil. Memegang tudungnya yang sudah berlubang. Keluhan berat dilepaskan. Kenapa dia boleh termenung disitu? Dia akan lambat ke kelas nanti.

Tak lama kemudian dia mendengar seseorang mengetuk pintu biliknya. "masuk lah" Hana menyembunyikan tangannya yang terkena seterika. Matanya masih memandang tudung selendang berwarna merah jambu yang berlubang itu.

Kak Zihah. Dia menolak daun pintu dengan wajah risau. "akak dengar ada benda jatuh tadi. Bau hangus ni, ada apa-apa terjadi ke Hana?" Kak Zihah mendekati Hana.

"tak ada apa akak...buku Hana terjatuh je tadi" bohong Hana. Mata Nazihah jatuh pada selendang merah jambu milik Hana sudah ada kesan bakar dan berlubang.

"Allahuakbar...kenapa boleh berlubang sampai macam ni?" Nazihah duduk di samping Hana dan mencapai selendang itu. Hana menggaru lehernya yang tidak gatal. Baru sahaja mahu jawab soalan kakak iparnya, tiba tiba datang lagi seorang di hadapan pi ntu yang membuatkan dia keluh berat.

"sayang? Kenapa?" Hakim abang kedua Hana masuk melihat isteri dan adiknya. Mata hakim turut memandang selendang. Dia tahan ketawanya dari meletus.

Hana sudah menjeling abang keduanya "tak payah nak tahan gelak sangat lah ngah" kata Hana menyampah. Hakim pula sudah melepaskan tawa.

"Nana, kau buat apa sampai berlubang ni?" Hakim mengangkat selendang dari tangan isterinya. "termenung sikit je, lepas tu hangus. Rasanya seterika tu panas sangat" kata Hana.

Ketika Hakim menilik selendang itu dengan sisa tawanya. Matanya tertumpu pada pergelangan dan tapak tangan Hana yang merah dan menggigil. Mati tawa dan senyum Hakim. Dia mengambil tangan Hana.

"arh! Angah apa ni?! sakit lah" Hana ingin menarik tangannya namun Hakim tetap memegang tangan itu untuk meneliti. "tangan kau kena seterika eh Na?" tanya Hakim mencerlung tajam pada adiknya.

Hana hanya diam. Makin kuat Hakim tarik untuk melihat luka itu. "you apa ni! Sakit lah tangan Hana" Nazihah menarik semula tangan Hana.

"kau ni Na, kenapa kau tak cakap tangan kau melecur" kelam kabut Hakim keluar dari bilik Hana untuk ambil sesuatu.

Nazihah memandang tangan Hana. Merah padam tangan itu. "kenapa tak cakap dengan akak tadi? Akak boleh cucikan biar sejuk" Nazihah pandang Hana dengan kerisauan di matanya. Hana hanya diam.

Hakim kembali dengan icepack kecil ditangannya dan ubat sapu. "tak nak, Hana tak nak ubat tu...pedih lah" Hana mengundur naik ke katil namun kakak iparnya masih memegang tangannya.

"Haip! Mengada, kalau tak letak lagi sakit nanti. Sini angah tuamkan" Hakim makin mendekat. Adiknya tak kalah seperti budak kecil. Ubat pun dia benci. Dia tahu adiknya kalau sakit hanya akan berehat tanpa ambil ubat.

Hakim memandang adiknya tajam menyuruh adiknya mendekat semula. Hana masih tetap menggeleng bersembunyi di belakang kakak iparnya. "sini I tolong dia

Tuam tangan...you sapu ubat" Nazihah meminta icepack itu dari Hakim.

Hakim memberikan icepack itu pada Nazihah. Nazihah meminta tangan Hana. Hana pun teragak berikan tangannya. Matanya terpejam rapat apabila pek sejuk itu terkena tangannya. "akak dah lah, pedih lah" adu Hana.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now