Bab 17

9 1 1
                                    

Panah dari busur itu laju membelah angin dan sampai ke point yang di hala. Bullseye!

Kelajuan Max hari ini laju seperti pertandingan sebelum ini. Mata Hana tajam memandang setiap point yang telah dia tanda yang ada pada pokok.

Dia marah. Sungguh. Ini sahaja cara untuk dia lepaskan kemarahannya. Semak samun yang berada di sekeliling yang sejuk membuatkan dia rasa lebih semangat. Hutan ini adalah salah satu tempat latihan memanah yang dia suka.

Sekali lagi panah ditarik, mata tajam sahaja memandang point yang terakhir di hadapan sana. Dalam sekelip mata, panah itu laju dilepaskan dan tepat terkena di titik merah di tengah.

Hana menarik senyum sinis dan terus menunggang kudanya sehingga ke pusat latihan atau padang tempat memanah.

Sampai sahaja di kawasan memanah, dia turun dari kuda kemudian mencabut topi. Mukanya hari ini ketat dan dingin. Dia membawa kudanya ke kandang semula untuk berehat.

Seorang pelatih muda menyiku rakan sebelahnya. "Wey, kenapa dengan kakak tu?" Tanya dia, rakannya hanya mengangkat bahu.

"Bila tengok cara Kak Raudhah tadi, macam tengah badmood"

"Macam ni eh dia badmood? Kalau girlfriend orang badmood, mesti block whatsapp kan?" Tanya rakan dia tadi. Terus diberi tamparan pada belakang badannya.

          Hana duduk di kerusi penonton bersama roti sosej ditangan. Tenang hatinya bila duduk disini. Tiada orang, kosong, hanya ada petugas yang membersihkan padang sahaja.

Hana memandang ke bawah, melihat tangannya. Tangannya yang lembut bertukar menjadi kasar, ada goresan-goresan kecil pada tangannya akibat dari panah semasa ingin memanah.

Seketika dia teringat sesuatu, tangan diseluk ke dalam poket seluar dan mengeluarkan sebentuk cincin.

Ditenung cincin itu dalam, cincin yang baru. Bukan dia yang beli, tapi Harith. Dengan tujuan untuk ikat Hana sebagai tunangnya. Ini lah yang membuatkan Hana marah dan pulang ke KL.

Hana pulang ke rumah sewa bersama Puteri pada minggu lepas. Sehari selepas Harith masuk meminang. Hana rasa banyak ujian yang turun untuknya. Dari Daniel yang muncul secara tiba-tiba, Hawa yang marah, penipuan Hawa, barang kesayangan dia rosak dan sekarang Harith.

Hana tak mampu berfikir, kenapa Harith buat dia begini. Kenapa dia? Sedangkan ramai lagi perempuan lain yang boleh jadi pasangan Harith.

Itu ayat cliche. Hana bukan jenis yang mempersoalkan. Jika umi dan abah kata A maka dia kena turut A. Tidak ada jawapan lain.

Hana termenung jauh sehingga suara seseorang menyapa telinganya. Dia memandang ke tepi melihat jurulatihnya, Encik Saiful.

"Kenapa Encik Saiful?"

Encik Saiful menghela nafas panjang. "Hana, saya rasa dah tiba masa..." Hana bingung dengan kata-kata Encik Saiful. "Apa yang dah tiba masa?"

Encik Saiful memberikan brochure pada Hana. Hana mengambil kertas itu lalu dia membaca. Seketika kepala Hana tergeleng. "Tak akan lah sampai ke Turki?"

Encik Saiful hanya diam. Tidak geleng tidak angguk, hanya memandang kertas itu. "Dah berapa tahun Hana reject pertandingan ni, bila dia tawarkan lagi dia akan jadi makin jauh"

Hana mengetap bibirnya. Pertandingan perlumbaan memanah berkuda wanita peringkat antarabangsa. Setiap kali muncul perkataan antarabangsa, terus dia meremang. Entah mengapa terlalu cepat masa dia untuk ke antarabangsa. Dia rasa belum cukup handal untuk melawan peserta luar.

Pilihan Tuan Syah | OGWhere stories live. Discover now