BAB 1

280 27 0
                                    

kringgggg........

Bunyi loceng itu menyedarkan semua pelajar dan ibu bapa yang ralit dengan sesi pendaftaran di Sekolah Berasrama Penuh Seri Makmur. Mereka hanya punya masa sehingga 3 petang untuk mendaftar.

"Along,jaga diri elok-elok,belajar rajin-rajin,tahun ni kamu ada peperiksaan besar,jangan main-main dah,fokus belajar"pesan Puan Sara kepada anak sulongnya itu.

"Tahun ni kamu tu dah jadi ketua pengawas,jangan salah gunakan pula kamu punya kuasa tu"pesan pula si ayahnya,Encik Wildan.

"Baik mama,baba, doakan along ya"

Aqil terus masuk ke dalam asrama sejurus bersalaman dengan kedua ibubapanya. Ya,sebagai seorang ketua pengawas baru tahun itu,sudah tentu banyak tugas yang perlu diselesaikan lebih-lebih lagi untuk menguruskan kemasukan pelajar tingkatan satu yang akan masuk pada minggu hadapan.

Aqil meletakkan beg bagasinya di hadapan katil. Agak besar dan selesa dorm pengawas yang disediakan oleh pihak sekolah itu, Aqil teruja melihat sebuah lagi bilik kecil yang dikhaskan untuk pengawas-pengawas meeting,wahh dia sudah merancang bermacam-macam untuk melepak bersama-sama rakan-rakan satu batchnya dibilik itu.

Nama saja ketua pengawas. Aqil Muayyad tidak kurang nakalnya tambahan bila bersama dengan rakan batchnya. Cuma dia tidaklah sampai melakukan aktiviti seperti merokok dan seangkatan dengannya. Dia pantang okey dengan benda-benda macam tu!

Aqil melihat disebelah katilnya sudah siap terpasang cadar, "Ini mesti Luqman" gumam Aqil sendirian

Masakan tidak, kawannya yang seorang itu sentiasa yang terpaling awal sampai setiap kali awal persekolahan. Aqil tidak betah duduk,lantas terus mengemas apa yang patut.

"Eh abang KP (ketua pengawas) kita dah sampai la" ujar Luqman yang sedang membantu Syahmi mengangkat barang-barang yang agak banyak.

"Wahh,banyak gila barang kau Syahmi,dah macam perempuan dah aku tengok"

"Ehh, mana ada, ni barang-barang untuk minggu orientasi form 1 next week lah,tak kuasa aku bawa  kalau bukan under aku" bidas Syahmi yang kelihatan kepenatan.

" Oh yalahh,aku lupa kau AJK bahagian tu" kata Aqil apabila teringat akan hal itu.

"Korang,nanti bila semua kawan-kawan kita dah sampai, jangan lupa kita terus buat meeting ya,aku nak kena jumpa Cikgu Ayub sekejap,untuk program malam ni"

Aqil perlu segera mendapatkan arahan seterusnya daripada Cikgu Ayub memandangkan malam ini ada taklimat peraturan untuk semua pelajar. Yalah, setiap tahun ada macam-macam peraturan baru atau pun peraturan lama yang dibubarkan.

Sambil berjalan menuju ke bilik warden, Aqil memerhati gelagat pelajar aspura disekolahnya itu, ada yang sibuk mengangkat barang, ada yang buat jejak kasih memandangkan sudah dua bulan cuti sekolah.

Setelah berjumpa dengan Cikgu Ayub, Aqil segera mendapatkan rakan-rakannya untuk sesi meeting yang dikatakan sebentar tadi.

"Weh,best gila bilik ni,nanti boleh ajak batch kita makan-makan dalam ni,aku dah lama berangan dari tahun lepas lagi" kata Adam kepada kawan-kawannya.

Banyak benda yang diborakkan mereka selepas meeting itu, masing-masing melepaskan rindu setelah lama tidak berjumpa.

"Mana acap? Batang hidung dia dari tadi aku tak nampak,dah pukul 5.30 petang dah pun" tanya Syahmi kepada rakan-rakannya.

"Kau ni macam tak biasa pula" balas Luqman yang sedang tekun menyusun kotak-kotak untuk program orientasi.

Selang beberapa minit, mereka terbau sesuatu yang menyelerakan, nasi ayam! tahulah mereka Asyraf sudah pun sampai,

Ajarkan Aku [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now