Iman membetulkan selendangnya dihadapan cermin. Dia hanya mengenakan make up yang ringkas saja untuk ke majlis Nawal. Iman membelek belek badannya sambil memandang cermin. Bimbang pula kalau ada bahagian yang kotor pada baju kurung pahang berwarna kuningnya itu.
Bzzzzzzzzz
Telefon Iman bergegar, "Hello?"
"Weii,kau buat apa lagi tu? Lama betul kitorang tunggu dekat luar pagar ni.. cepat sikit kalau tak kitorang tinggal!" ugut Hanan.
Iman melihat jam, "Oii awalnyaa korang sampai, baru pukul 9 pagi, sabar jap,aku turun sekarang"
Iman menuruni tangga dengan berhati-hati, "Mamaaa, Iman keluar duluu yaa" tiada sahutan. Mungkin mamanya berada di halaman rumah.
Tepat sangkaannya, Puan Aisyah sedang menyiram pokok bunga di halaman. Iman bersalaman dengan mamanya.
"Hati-hati Imann,jangan lari macam budak-budak" pesan Puan Aisyah.Iman masuk ke dalam kereta Myvi hitam milik Hanan. "Assalamualaikum bestie bestie kuu" Iman memeluk Hanan di tempat pemandu dan Dhia di sebelah. "Kau bersiap.. pengantin pun lagi cepat tau tak?" perli Dhia.
"Alaa,awal lagi kan? Kenapa nak kelam kabut sangat"
"Awal apoo, akad nikahnya pukul 10, majlisnya baru lah pukul 11, tak tengok whatsapp lah tu.." kata Hanan sambil memulakan perjalanan mereka.
"Aduh, betul la cakap kau.. nasib baik aku ready awal awal" Iman melihat Iphone nya.
Setengah jam kemudian, mereka tiba di perkarangan masjid. Kelihatan beberapa buah kenderaan sudah berada di sana. Hanya keluarga terdekat saja kalau diikutkan yang berada di situ.
Mereka bertiga keluar dari kereta dan terus mencari Nawal. Senang saja nak cari, lihat yang pakai baju putih,haa itulah dia. "Nawall!!" serentak mereka bertiga memanggil. Nawal yang baru mencabut kasutnya untuk masuk ke dalam masjid tersentak.
"Allahuakhbar, sampai juga korang akhirnya, aku nervous sangat dah ni, ibu, Nawal dengan kawan-kawan sekejap" kata Nawal
"Masha Allah, cantiknya kawan aku ni, patutlah Luqman sayang sangat dekat kau" puji Iman. Ya, Nawal akan berkahwin dengan Luqman Hakeem. Crush nya sewaktu mereka masih bersekolah.
"Dah dah, tok kadi dah sampai dah tu, masuk masuk" kata ibu Nawal. Terhenti perbualan mereka di situ. Mereka bertiga mengiringi Nawal masuk ke dalam masjid. Kelihatan Luqman sudah pun berada di hadapan tok kadi, sedang menanda tangani dokumen-dokumen yang berkenaan.
Iman memerhati Luqman, wahh segak sungguh dengan baju melayu cekak musang berwarna putih. Sama cantik sama padan kedua-dua bakal mempelai itu. Iman melihat lelaki berbaju melayu berwarna kuning di sebelah Luqman. Terpana dia. Rindunya dia pada lelaki itu. Matanya yang tiba-tiba saja berkaca segera Iman lap.
Seperti dirancang, mata mereka berdua bertentang. Nasiblah tok kadi sudah memulakan khutbah.
"Aku terima nikahnya Nawal Husna Binti Muhammad Zainur Hisyam"
"Sah?"
"Sahh"
Iman melihat Nawal yang duduk disebelah ibunya. Sedih pula, Nawal orang pertama yang berkahwin antara kawan-kawan baiknya. Rasa baru semalam saja dia berkenalan dengan gadis itu.
Suasana sayu ketika Luqman membaca lafaz taklik.
"Saya mengaku, apabila saya tinggalkan isteri saya Nawal Husna selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan......"
*******
"Congrats, bro, dah jadi suami orang dah kawan baik aku ni" kata Aqil. "Kau kena ingat dah jadi suami ni tak sama macam zaman bujang tau, tanggungjawab dah lain" pesan pula Asyraf Waiz di sebelah."Dah macam bapak aku pulak kau bagi nasihat Acap oii" gelak mereka bertiga. "Mestilah, dah dia paling senior antara kita, bapak orang dah ni" kata Adam pula.
"Nak dukunggg" kata budak kecik bernama Asyira itu. Aqil mendukungnya tanpa banyak soal. "Syira mengantuk ke?" Budak itu hanya mengangguk. Aqil,Adam,Luqman dan Asyraf menyambung perbualan mereka.
"Tak sampai ke sudah, Syahmi ni" Aqil melihat jam di tangan. "Ohh, dia ada mesej aku tadi, kata lambat sikit, mungkin datang waktu majlis bersanding pukul 11 ni" balas Adam.
"Dua orang dah, dari kita yang dah off market, Syahmi dah bertunang, korang berdua ni bila?" soal Luqman.
"Aku lambat lagi bro, kau tanya lah Aqil, nampak macam dia je lepas ni, tuuu, macam dah rancang je" Adam menunjuk ke arah Iman yang sedang bergambar bersama Nawal.
"Hahahaha, doa yang baik baik" kata Aqil. Dia meninggalkan kawan-kawannya yang masih rancak berborak sebaik saja melihat Iman sedang berseorangan. Dia datang mendekati gadis itu.
"Ehemm" tegur Aqil. Mahu saja dia peluk gadis itu kerana terlalu rindu dengan wajah itu, tapi dia masih waras ok.. "Awak sihat?" Makin cantik Iman Salsabila ini.
"Alhamdulillah" Iman senyum membalas sapaan Aqil. "Nak mamaaa" rengek Asyira yang masih berada dalam dukungan Aqil. "Ok ok, dah pergi dekat mama" Aqil menurunkan Asyira.
"Anak siapa tu? Comel je" soal Iman dengan tenang. Padahal dalam hatinya sudah bercampur campur rasa sedih dan cemburu. "Awak rasa?" Iman hampir rasa hilang harapan apabila Aqil menyoalnya begitu.
"Awak dah kahwin ke?" terus terang Iman menyoal. Tidak mahu berteka teki. "Macam mana saya nak kahwin kalau bakal isteri saya yang ada dekat depan mata ni baru ja balik Malaysia, lama betul nak tunggu dia habis belajar" rungut Aqil. Merah muka Iman.
"Kalau tak kahwin lagi, tu anak siapa" soal Iman. Aqil senyum, "Tu anak Asyraf Waiz, kawan baik saya tu... awak jangan risau anak kita nanti lagi comel"
"Awak ni kan, dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah, sentiasa sweet talker " kata Iman. Aqil ketawa mendengar kata-kata Iman itu.
"Saya macam ni depan awak je tau Iman, awak patut bersyukur yang awak bertuah" kata Aqil.
"Iman"
"Ya?"
"Jom kahwin, tok kadi tak balik lagi tu, alang-alang dah ni" kata Aqil
"Hishh,jangan buat kerja gila ya, jumpa mama dengan along saya dulu"
"Hermmm, maksudnya greenlight lah ni kan?"
Muka Iman menjadi merah semula. Malu tapi suka. Hishh mengada ngada!
"Minggu depan jugak saya hantar rombongan meminang" Aqil menggenggam tangannya gaya orang paling bersemangat. "Are you serious Aqil?" Iman seperti tidak percaya.
"Hei nampak saya ni main-main ke? Saya dah tunggu awak lama kot" Aqil bercekak pinggang.
"Amboii sweet couple sejak sekolah menengah kita ni, buat reunion ke?" Nawal,Dhia dan Hanan datang mendekati mereka berdua. "Haa aku dah cakap dah, lepas ni kita makan nasi minyak diorang ni pulak" Adam tiba-tiba saja muncul bersama kawan-kawan lelaki yang lain.
"Ehh, aku dah lambat nak salin baju ni, majlis dah nak start " kata Nawal. Dia berjalan bersama Luqman berlalu dari situ. " Ok, jom kita gerak pergi dewan" ajak Asyraf.
"Iman, awak naik kereta dengan saya je lah" kata Aqil. "Eh tapii..." Iman baru saja ingin menolak.
"Takpe Iman kau naik je dengan Aqil. Senang sikit nak bincang tarikh kahwin nanti" sakat Hanan.
Mereka berjalan menuju ke kereta masing-masing.
Jika kau cintakan dia maka lepaskanlah dia pergi, tetapi jika dia kembali kepada dirimu, maka jadilah milikmu selamanya
***************************************
Tamat
YOU ARE READING
Ajarkan Aku [COMPLETE✅]
Romance"Jatuh cinta itu bisa dalam sedetik, tapi untuk mendapatkan cinta butuh jutaan detik" Aqil Muayyad. Siapa tidak kenal jejaka yang paling ramai diminati oleh pelajar perempuan disekolahnya. Tidak pernah jatuh cinta sehinggalah dipertemukan dengan seo...