BAB 6

72 20 1
                                    

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik sakit, Aqil melihat ada dua pasang kasut perempuan dan sepasang kasut sukan lelaki yang seperti pernah dilihat.

Dia masuk ke dalam bilik itu. Ada beberapa buah katil dalam bilik itu yang dipisahkan dengan langsir bagi menjaga privacy pelajar yang sakit.

Kebanyakan katil sudah dihuni oleh pelajar-pelajar yang juga injured kerana acara tadi. Selepas bertanya kepada jururawat yang ada di kaunter, Aqil terus menuju ke katil yang diberi tahu, baru saja mahu menyelak langsir itu,

Aqil terdengar suara lelaki dan perempuan bersembang. Tahulah dia bahawa Hakim dan Nawal juga berada di situ.

Kecewa kerana Hakim sampai dahulu sebelum dirinya. Dia terkilan kerana Iman gembira jika dengan Hakim,sedangkan bila Iman dengannya asyik masam dan marah saja.

Dia melangkah keluar dari bilik itu kerana merasakan dirinya hanya "kacau daun" sahaja.

********

"Tahniah Hakim,dapat juga awak nombor satu tahun ni" kata Iman.

Hakim tersengih gembira dengan ucapan Iman itu.

" Kau pun Iman,biasanya malas-malas kau lari, tahun ni laju pulak"

"Dia dengar cakap aku tu, dah pesan dah pagi tadi kasi dapat mata untuk tahun last" Nawal bangga.

"Hahahaha" Iman hanya tergelak kecil,biarlah dia saja yang tahu sebab sebenar sehingga kakinya kejang hari itu.

"Aku minta diri dulu tau,nak kena tolong cikgu"kata Hakim lalu beredar diri situ.

" Jom Iman kita balik aspuri,duduk sini nanti mana ada orang" kata Nawal. Mereka berdua keluar dari situ.

Terjengket-jengket kaki Iman ketika berjalan ke asrama.

************

Hari-hari persekolahan berjalan seperti biasa. Kerja rumah yang diberi oleh cikgu tetap sama banyaknya  walaupun sebelah petang mereka perlu menghadiri latihan rumah sukan. Di makmal sains, kedengaran suara Cikgu Anita mengajar. 

"Baik semua, macam yang cikgu kata tadi cara kita nak bezakan sebatian organik dan bukan organik. Sebatian organik menjadi hangus dan hitam apabila dipanaskan.Ia juga berasal daripada benda yang hidup,contohnya protein,karbohidrat. Kalau sebatian bukan organik contoh dia adalah batu karang,cangkerang telur"panjang lebar penerangan Cikgu Anita itu.

Sedangkan pelajar kelas 5 Intan sudah mula mengantuk kerana waktu tengahari tambah lagi panas terik.

Iman sedaya upaya fokus mendengar dan mencatat apa yang diajar cikgu. Namun lama kelamaan notanya itu semakin senget benget.Fuhh mengantuknya. 

"Terima kasih cikgu!" pelajar 5 Intan mula beransur ke kelas mereka.

Dalam perjalanan ke kelas mereka terserempak dengan pelajar kelas 5 Baiduri yang mahu menuju ke makmal biologi.

Iman berjalan beriringan dengan Nawal,antara pelajar terakhir yang keluar dari makmal sains.

Syahmi dan Luqman berbual sambil berjalan di belakang Aqil.

"Fokus gila kawan kita sorang ni menghafal" bisik Syahmi kepada Luqman.

Sebentar lagi cikgu biologi mereka akan menyoal setiap pelajar kelas 5 Baiduri sebelum memulakan kelas.

Sudah tentu Aqil cuak,walaupun markah biologinya belum pernah lagi bawah 80.

"weh,kau tengok depan tu"bisik Syahmi lagi.

Luqman terus menoleh ke arah yang diberitahu Syahmi.

"Oh Nawal dengan Iman"

Syahmi memberi isyarat kepada Luqman untuk menolak kawan mereka yang sedang khusyuk itu.

Ajarkan Aku [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now