BAB 18

70 21 0
                                    

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari ini, semua pelajar tingkatan 5 akan bertolak ke lokasi perkhemahan di Gunung Pulai. Dua buah bas kelihatan di hadapan Dewan Abd Razak. Pelajar-pelajar mula mengangkat barangan masing-masing ke dalam ruangan yang disediakan.

Mereka semua berkumpul terlebih dahulu di kantin bagi sesi taklimat yang terakhir.

"Ok semua, seperti yang kalian sedia maklum, hari ini kita akan pergi berkhemah!" kata Cikgu Salmah.

"WOOOOOO" bunyi tepukan gemuruh tanda teruja dari para pelajar.

"Sebelum kita naik bas, cikgu nak bahagikan terlebih dahulu kamu semua ke dalam beberapa kumpulan. Nama-nama yang cikgu sebut sila beratur dalam kumpulan masing-masing ya!"

"Kumpulan 1, Asyraf Waiz, Haziq, Esra, Maisarah......" semua pelajar senyap ketika Cikgu Salmah memanggil nama. Risau takut-takut mereka terlepas pandang.

Di bahagian belakang, Iman berdoa, "Pleasee aku nak sekumpulan dengan korang..." Iman merengek dihadapan Nawal, Dhia dan Hanan.

Nawal hanya tersengih, tak akan dia beritahu Iman permintaan Aqil semasa mereka berada di bilik guru tempoh hari. 

"Kumpulan 5, Aqil, Syahmi, Haidar, Lutfi, Dhia, Iman, Awin dan Esra" jerit Cikgu Salmah.

"WHATT" jeritan itu hanya didengari oleh diri Iman. Dia dahlah sedang mengelak dari berjumpa dengan Aqil sejak bulan lepas lagi. Kini dia perlu sekumpulan dengannya? Urghhh.

"Jom Iman kita beratur dekat kumpulan kita" kata Dhia sambil menarik tangan Iman.

Muncung sekali bibirnya ketika itu.Ahh tak suka tak suka tak suka.

"Okey geng, sebelum naik bas ketika lantik teruslah ketua dengan penolong dekat sini" kata Syahmi.

"Aku dengan Lutfi cadang Aqil ja senang kerja kita" Haidar pula bersuara

"Aikk,apasal aku pulak?" Aqil mula menunjukkan riak tidak puas hatinya.

"Sebab kau dah biasa jadi ketua, kitorang tak biasa" kata Haidar dan Lutfi serentak.

Di sebelah perempuan pula mereka dah menolak-nolak antara satu sama lain. " Ha,yang perempuan? Siapa?"soal Syahmi lagi walaupun dia sudah dapat agak siapa yang akan dipilih.

" Imannn" jerit Esra,Awin dan Dhia.

Tersengih-sengih semua ketika itu kecuali si Iman.

"Diorang ni memang suka kena kan aku huh!" kata Iman dalam hati.

Aqil memandang Iman di belakangnya semasa kumpulan mereka menuju ke arah bas. Iman pula menjeling.

"Apa pandang-pandang??" Iman menunjukkan penumbuk kecilnya.

Terus Aqil pandang ke depan.

Garangnya!

Perjalanan ke Gunung Pulai dari sekolah mereka memakan masa hampir 1 jam setengah. Pelajar tingkatan 5 menghabiskan masa mereka di dalam bas dengan menyanyi dan berborak.

Sesampainya mereka ke destinasi yang dituju, semua teruja. Kagum dengan ciptaan tuhan. Di situ ada air terjun yang tidak berapa tinggi tetapi tetap cantik. Ditepinya ada tapak yang luas khas untuk aktiviti perkhemahan.

"Ok semua, lepas ni kamu ambil khemah ditepi saya ini dan pasang. Tempat pelajar lelaki di sebelah sana dan pelajar perempuan di sini ya!" kata Cikgu Halim menggunakan megaphone ditangannya.

"Oh ya lagi satu, pukul 11 nanti kita ada aktiviti memasak. Bahan masakan dah tersedia dekat meja kumpulan masing-masing, apa yang kamu masak itulah apa yang kamu akan makan tengahari ini faham??"

"FAHAM CIKGUU" serentak pelajar tingkatan 5 menjawab.

Iman mula memasang khemah bersama Dhia, Awin dan Esra. Dia sedikit kekok kerana itu kali pertama dia membuat perkara itu.

"Iman, kau ambik ni, pacak dekat hujung khemah" Iman hanya akur mendengar arahan daripada kawannya.

" Kenapa lah korang pilih aku jadi penolong kumpulan kita, tengok ni, nak pasang khemah pun aku tak reti" rungut Iman ketika mereka sedang berusaha menaikkan khemah.

"Tarik, tarik tarik! Yeayyy" sorak kempat-empat gadis itu.

"Kitorang ni nak tolong member je Iman..." kata Awin.

"Tolong member??" Iman hairan. 

"Eh jom jom kita bawa masuk beg dalam khemah" Dhia sengaja ingin menukar topik.

Setelah menyusun barang, mereka berempat baring seketika di dalam khemah.

"Tenang gila dekat sini, bunyi air terjun mengalir, burung-burung, perghh" kata Awin.

"Aku tak sabar nak main air petang ni,wohoo" kata Esra disebelahnya.

Iman cuba memejamkan matanya merasai ketenangan yang dikatakan. 

"Perhatian kepada semua pelajar, dah boleh dah kamu semua mula memasak!" suara dari megaphone, siapa lagi kalau bukan Cikgu Halim.

"Weh, jom jom , nanti lambat pulak kita makan" kata Iman.

Mereka berempat bergerak ke tempat memasak bagi kumpulan mereka. Kelihatan Aqil,Syahmi, Haidar dan Lutfi sudah pun berada di situ. 

"Korang nak suruh kami buat apa?" tanya pihak lelaki.

Iman memandang Dhia memberi isyarat apa yang mahu mereka lakukan?

"Ok, korang budak laki pergi kutip kayu api dengan masak air, kitorang nak sediakan bahan-bahan dan masak" kata Dhia. Budak-budak lelaki beredar melakukan tugasan mereka tanpa banyak soalan. 

"Ok sekarang kita nak masak apa?" t

Mereka semua memandang ke atas meja kayu dihadapan mereka. Ada bawang-bawang, beberapa makanan dalam tin, beras, telur, roti, dan paket-paket makanan segera yang lain.

"Kita kena masak bila lagi ya, aku takut terhabiskan semua pulak." tanya Iman pula.

"Tak silap aku, masak untuk petang ni saja, esok dengan lusa cikgu order catering"

Iman mula membasuh beras di tepi sungai sebelah saja tempat mereka memasak. Awin dan Dhia memotong bawang manakala Esra membasuh telur.

Budak lelaki kumpulan mereka gigih menghidupkan api.

Empat orang kot!

"Macam ni do, fuhhhh fuhhhhh" masing-masing meniup -niup untuk menghidupkan api. Tak cukup nafas. Akhirnya mereka berjaya.

"Hoorayy" 

Selepas setengah jam, makanan terhidang di atas meja. Ada nasi putih, lauk sardin, telur goreng dan air teh panas. Semua kerja akan jadi pantas kalau ahli kumpulan semuanya bekerjasama betul tak?

"Wahh, aku lapar ni!" kata Lutfi, baru saja dia ingin mengambil lauk tangannya ditepis Haidar.

"Aipp, bagi ketua kita baca doa dulu daa" tegur Haidar.

"Hehehe, maaf maaf" segan Lutfi dibuatnya.

Mereka semua makan dengan berselera. Siap menambah-nambah lagi. Sedang asyik mereka makan, "Perhatian kepada semua pelajar, selepas solat zuhur, berkumpul  di lapangan untuk aktiviti pertama kita!"

Iman dan Dhia beriringan menuju ke khemah selepas mengemas apa yang patut. Mereka ingin bersiap-siap untuk menunaikan solat zuhur.

Iman memerhati sungai di sepanjang laluannya. Tak sabarnya dia mahu mandi sungai dengan kawan-kawan!

***************************************

To be continued

Ajarkan Aku [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now