Pagi itu, kelihatan ramai pelajar sudah mula berkumpul di padang. Harini adalah hari penutupan bulan sukan. Perbarisan, acara balapan final dan juga penyampaian hadiah akan diadakan.
Khemah-khemah milik setiap rumah sukan dihiasi dengan dekorasi bertemakan Marvel Avengers. Unik sekali hiasan masing-masing.
Lihat saja ahli rumah sukan yang sedang bersiap siap ditepi padang. ada rumah sukan yang memakai topeng, ada yang membawa pedang. Maskot-maskot yang mereka buat juga agak unik. Rumah hijau dengan Hulk,rumah kuning menjadi Thor, rumah merah sebagai Ironman manakala rumah biru menjadi Captain America.
Aqil tidak menyertai rumah sukannya hari itu. Dia ditugaskan untuk membawa bendera bersama Syahmi,Luqman dan seorang lagi kawannya Haidar mewakili perbarisan rumah sukan.Sudah tentunya mereka perlu berjalan lebih awal haritu.
Aqil duduk di tepi padang bersama Luqman dan Syahmi. Mereka bersarapan dengan bihun goreng yang diberikan oleh urusetia.
Aqil membaca berulang kali helaian kertas yang sedang dipegangnya. Kertas tersebut mengandungi teks ikrar yang perlu dia baca semasa majlis perasmian nanti.
"I'm going to miss this moment" kata Syahmi.
"definitely, rasa macam baru semalam ja kita masuk perbarisan macam budak budak tu" Luqman menunjuk ke arah sekumpulan pelajar rumah rumah kuning yang sedang bersiap dengan memakai topi thor di atas kepala mereka.
Kebanyakan pelajar yang menyertai perbarisan terdiri daripada pelajar menengah rendah. Aqil tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Luqman. Dia terkenang zaman ketika dia masih di tingkatan 1 dulu.
Sungguh pantas masa berlalu.
Dia lalu menoleh ke arah tempat dimana ahli rumah biru bersiap.
Ciss. Nada tidak puas hatinya itu muncul lagi. Dia dapat melihat Iman dan kawan rumah birunya mempersiapkan Hakim dengan kostum Captain America.
"Kenapa lah bukan aku yang ada dekat situ" keluh dirinya.
"Minta perhatian semua pelajar, sila bersedia kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi." kata MC majlis dikhemah urusetia.
Kesemua pelajar mula mengambil tempat masing-masing. Bunyi muzik kedengaran dimainkan oleh kumpulan pancaragam sekolah. Perbarisan mula bergerak keliling padang. Setiap rumah sukan menunjukkan keunikan pakaian yang mereka ubah.
Siapa sangka baju sukan sekolah yang biasa boleh berubah menjadi kostum hulk? Sungguh pintar pelajar Sekolah Seri Makmur!
Selepas sahaja habis acara perbarisan, pelajar-pelajar mula beralih ketepi padang, berteduh di kawasan khemah milik rumah sukan masing-masing.
Jam sudah menginjak ke pukul 10pagi,cuaca hari itu sangat baik. Matahari mula naik ke tengah. Seolah-olah mengetahui acara balapan akan dimulakan sebentar lagi.
Aqil beratur di bahagian peserta rumah merah. Acaranya akan bermula sebentar lagi. Tahun ini dia menyertai acara 100 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter. Banyak betul acara yang dia masuk.
POMMM!
Bunyi tembakan tanda larian 400 meter bermula. Aqil melihat rakannya Adam berlari.
"GO Adam!!!!" jeritnya.
Walaupun dia tahu Adam mewakili rumah kuning, tidak dihiraukannya.
"Baiklah pelajar acara 4x200,sila bersedia ya!" kata urusetia dengan speakernya.
Aqil mula berada di trek lariannya.Dia merupakan pelari terakhir. Dia bertekad mahu menjuarai semua larian yang dia masuk. Larian dimulakan.
Pelari pertama mula berlari.Nampaknya pelari rumah hijau mendahului. Aqil mula cuak. Nampaknya dia perlu lebih berusaha untuk dapatkan tempat pertama.
Tiba masa pelari ketiga memberikan baton kepadanya. Pantas dia berlari. Langkah kakinya dipanjangkan.
Beruntung saja dia mempunyai kaki yang panjang.
"WOOOO!" jeritan gemuruh daripada rumah merah.
Aqil mendapat tempat pertama untuk larian itu. Betapa gembiranya rumah merah.
"Woww,nampaknya Aqil Muayyad masih menjuarai untuk acara 100 meter!" puji MC majlis.
Ya Aqil berjaya mendapat nombor satu dua acara yang dimasukinya. Sayangnya hanya satu acara yang dia mendapat tempat kedua akibat daripada kelekaan rakan pelarinya dalam acara 4x100.
Semua pelajar mula berkumpul untuk majlis penutup. Masing-masing mula saling berlawan menyorakkan cheers masing-masing.
"Meriah nampaknya padang kita hari ini, baiklah semua pelajar sila bertenang ya, majlis akan bermula sebentar lagi" kata MC majlis.
Majlis bermula dengan penyampaian hadiah untuk peserta-peserta yang menang. Semua bersorak riang untuk rumah sukan mereka. Tiba masa yang ditunggu-tunggu, pengumuman untuk juara rumah sukan tahun itu. Semua pelajar berdebar untuk menantikan rumah mana yang akan menjuarai.
Ada pula pelajar yang sudah pasrah. Sepertinya mereka sudah dapat mengagak rumah mereka tidak juara. Ya lah,lihat saja baju warna apa saja yang selalu naik ke pentas sejak tadi.
"Juara rumah sukan tahun ini ialah......RUMAH MERAHH!!"kecoh terdengar suara ahli-ahli rumah merah bersorak riang.
Siapa sangka rumah biru tahun ini mendapat tempat kedua. Aqil tersenyum girang. Dirasakan dia telah menebus kesalahannya tempoh hari.
Kesemua ahli rumah merah berkumpul di khemah selepas majlis tamat.
"Saya nak ucapkan terima kasih untuk kalian semua yang bertungkus lumus mendapatkan mata untuk rumah kita" panjang lebar ucapan daripada Cikgu Kamal.
" Juga untuk atlet-atlet rumah kita Haziq, Affin, Aqil, Raisa dan lain-lain kalian semua memang terbaik." Aqil yang sedang berdiri tersenyum bangga mendengar. Lega rasanya Cikgu Kamal memujinya.
Asyraf dan Aqil berjalan beriringan untuk pulang ke asrama. Sebelum pulang dia ada juga menolong pelajar perempuan rumah merah membersihkan hiasan-hiasan yang telah dibuat untuk khemah mereka.
Aqil melihat ke arah khemah rumah biru. Mana tahu Iman masih ada disitu. Sekali lagi senyumannya mengeruh melihat Hakim membantu Iman mengangkat hiasan rumah biru mereka.
Aqil merasa bahawa dia hanya berusaha lebih untuk melihat kemesraan mereka.Keluhnya.
***************************************
To be continued
YOU ARE READING
Ajarkan Aku [COMPLETE✅]
Storie d'amore"Jatuh cinta itu bisa dalam sedetik, tapi untuk mendapatkan cinta butuh jutaan detik" Aqil Muayyad. Siapa tidak kenal jejaka yang paling ramai diminati oleh pelajar perempuan disekolahnya. Tidak pernah jatuh cinta sehinggalah dipertemukan dengan seo...