BAB 24

111 20 0
                                    

Iman bersiar-siar seorang diri di sekitar Queensland University pada petang itu. Esok dia akan pulang ke Malaysia. Ahh, dia pasti akan merindui tempat ini! Kelihatan beberapa orang pelajar berjalan menuju ke kelas masing-masing. Dia kemudiannya duduk di bangku berdekatan. Ingin mengimbau kenangan-kenangan manis sepanjang berada di situ.

Setelah puas hati, Iman berjalan pulang menuju ke rumahnya di Carr Street, St Lucia. Tidak jauh pun. Hanya lima minit saja dari situ.Santai saja dia berjalan. Menikmati angin petang yang segar di Queensland untuk kali terakhir. Dia memerhati mat-mat saleh yang sedang bermain ragbi di padang. Bila lagi dia boleh cuci mata? Hihihihi.

Sebelum tiba di rumah, Iman singgah di mini market. Athira, rakan serumahnya ada meminta Iman untuk membeli beberapa barang dapur. Malam itu mereka akan adakan jamuan perpisahan untuk Iman. 

"Assalamualaikumm" ucap Iman sebaik saja tiba di rumah. "Waalaikumsalam...beb, lama betul kau keluar, aku hampir putus asa tau tunggu kau bawak balik barang yang aku pesan" kata Athira. "Alaa, bagilah aku menikmati saat-saat terakhir aku kat sini, kau ni pun" Iman menghulurkan beg kertas berisi barang yang dipesan. "Aku masuk bilik dulu ya? Nak packing barang, sorry tak tolong kau masak" kata Iman lagi. "Eh takpe-takpe, Mira dengan Kak Lin ada, kau kemas je apa yang patut" balas Athira.

Iman masuk ke dalam biliknya. Agak bersepah ya keadaan bilik ketika itu. Dengan bajunya yang tak dilipat dan barang-barang yang lain. Biliknya sebenarnya hampir kosong, barang-barang yang lain sudah awal-awal lagi dia pos hantar pulang ke Malaysia. 

Iman mengumpulkan kepingan-kepingan gambar yang ditampal pada board meja belajarnya. Dia tersenyum melihat gambar-gambar itu. Ada gambar dia sewaktu memberi kangaroo makan, ada gambar dia dan kawan-kawan sewaktu di Surfers Paradise, Gold Coast dan ada juga gambar dia di atas feri sewaktu di Citycat, Brisbane. Sebenarnya tempat itu hanya dibelakang rumahnya saja!

**************

"We're gonna miss you Imannn" Mira memeluk Iman. "Kalau kau kahwin nanti jemputlah kami ni, walaupun lambat lagi nak balik Malaysia,hahahah" kata Kak Lin. "Apa Kak Lin, cepat betul Iman, balik-balik terus kahwin, merepek je lah" bidas Iman. "Hek eleh kau Iman, ingat kitorang tak tahu kau dah ada boyfriend?Kalau tak, takkan senang-senang kau tolak student-student Malaysia yang minat kat kau dekat sini?Betul tak?" kata Athira.

"Hei, aku tak ada boyfriend lah! Kau jangan buat kita bergaduh Athira, aku dah nak naik flight ni" 

"Yelah tu, habistu gambar siapa yang jadi wallpaper homescreen kau tu, sejak aku jumpa kau, tak pernah lagi kau tukar wallpaper tu" Athira memeluk tubuhnya. Iman cuak. "Eh aku pergi dulu lah ya? Jaga diri duduk sini, halalkan makan minum aku sepanjang berapa tahun kat sini" Iman memeluk kawan-kawannya buat kali terakhir.

Dia mula berjalan melepasi ruangan security gates. Suasana di Brisbane Airport ketika itu tidak lah sesak dengan manusia. Iman kemudiannya memasuki boarding gate setelah mendengar pengumuman bahawa pintu itu telah dibuka. Dia disambut oleh beberapa orang pramugari. 

Iman duduk di tempat yang disediakan. Nampaknya ramai orang Malaysia di dalam pesawat itu. "Huhh,penatnya" keluh Iman, sudah dua hari dia tidak cukup tidur kerana terpaksa menyelesaikan beberapa urusan sebelum pulang ke Malaysia. Dia menghidupkan Iphonenya. Muncul gambar wallpaper sama seperti yang dikatakan Athira sebentar tadi. Gambar dia dan Aqil. Betul kata Athira. Dia tidak pernah menukar wallpaper itu.

Iman pun tidak faham dengan dirinya. Berharap sangat dengan Aqil. Entah-entah mamat itu sudah bahagia berkahwin dengan perempuan yang lain. Tidak mahu overthinking, Iman membuang pandangannya ke tingkap. Keadaan yang gelap di malam hari itu diterangi dengan lampu-lampu. Iman memejamkan matanya. Kepenatan. Dia ingin menghabiskan 7 jam perjalanan itu dengan tidur saja. Selamat tinggal bumi Australia!

*****************

"Alonggg" seperti budak-budak gayanya Iman berlari ke arah Ian. Dipeluk abang kesayangannya itu. "Mak usuuu!!" jerit kanak-kanak berumur 3 tahun itu. "Ehh, anak buah maksu pun ada dekat sini laah" Iman mendukung anak buahnya, Farhan. Ian mengangkat bagasi milik Iman ke dalam bonet kereta. "Mana kak Ummi?" soalnya.

"Kak Ummi jaga baby dekat rumah mama, tak larat nak ikut katanya" jelas Ian. Isterinya itu baru saja habis pantang selepas melahirkan anak ke-dua mereka. "Apa plan Iman lepas ni?" soal Ian sambil matanya fokus dengan pemanduan. 

"Buat masa sekarang Iman nak berehat dulu, tapi lagi 2 bulan, company yang sponsor Iman tu akan panggil bekerja, so yeahh Iman nak jumpa kawan-kawan lama" kata Iman.

Sebenarnya mengikut perancangan, Iman akan pulang ke Malaysia bulan hadapan. Tetapi bila dia dapat berita yang kawan baiknya, Nawal akan berkahwin, terus ditempah tiket penerbangan awal-awal. Mujur dia sempat pulang hari ini. Majlis perkahwinan Nawal pula berlangsung esok.

Iman membuka Iphone nya sebaik saja ada mesej masuk.

Bestie Nawal : Iman, kau jadi tak datang wedding aku??

You : Of course lerr, I baru sampai Malaysia U tauu

Bestie Nawal : OMG babyy, welcome homee!! tapi sayangg kau tak dapat nak jadi pengapit aku, huhuhu, nasib ada Dhia dengan Hanan dekat sini.

You : It's okayyy, nak buat macam mana, aku dapat makan nasi minyak kau pun dah bersyukurr hahahaha

Bestie Nawal : Ok Iman, aku nak start berinai dah ni jumpa esok yaa

You : Bye dearr

Iman menyimpan semula Iphone nya ke dalam beg. Cepatnya sampai rumah. "Mamaa" panggil Iman. "Allahuakhbar anak mama, tak makan ke duduk dekat Australia tu? Kenapa kurus kering je ni?" soal Puan Aisyah. "Mana ada kurus kering, normal lah nii, apalah mama, Iman balik ni puji lah sikit, ni terus comment macam-macam" rajuk Iman.

"Ya lah ya lah, jom masuk dalam kita makan-makan, dah lama kan Iman tak makan masakan mama?" pujuk Puan Aisyah. Manja betul anak bongsunya itu.

***********************************************************************

To be continued

Ajarkan Aku [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now