BAB 15

82 20 3
                                    

Pejam celik pejam celik, cuti sekolah sudah habis. Bermakna terpaksalah mereka menempuhi semula kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah.

Di pagi hari Isnin itu, Dewan Abd Razak dipenuhi dengan pelajar-pelajar Sekolah Seri Makmur. Bising sungguh dewan itu dengan suara-suara mereka, masing-masing sibuk mahu bercerita tentang aktiviti cuti mereka. Muncul suara pengerusi majlis di pentas menyuruh pelajar-pelajar diam.

"Seterusnya, kita akan menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah" ucap pengerusi majlis itu lagi. Semua pelajar menyanyikannya dengan penuh bersemangat.

1 jam berlalu, setelah beberapa guru bercakap dan 'berleter' di hadapan mikrofon, kini tibalah ucapan terakhir daripada pengetua.

'Segar' sekali muka-muka pelajar ketika itu.Tambahan pula, angin sejuk daripada pendingin hawa di dalam itu sangat membuai buai diri mereka untuk tersengguk sengguk.

"Assalamualaikum anak-anak SSM, saya harap kamu semua kembali bersemangat untuk belajar lepas lama kamu cuti seminggu...."bla3. Panjang lebar ucapan daripada pengetua.

"Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pagi ni, diingatkan sekali lagi kepada pelajar tingkatan 5, minggu ini 20 orang pelajar tingkatan 5, 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan dari Sekolah Sains Raja Abdullah (SRA) akan berkampung disekolah kita"

"Pelajar 5 Baiduri dan 5 Delima, sila bersedia kerana mereka akan duduk belajar di kelas kalian, sediakan kerusi dan meja untuk mereka."pesan lagi pengetua.

Tamatlah sudah perhimpunan mingguan pada pagi itu.

"Luqman, kau jaga belakang takut ada yang terlepas pulak" kata Adam.

Pengawas-pengawas berjaga di setiap pintu dewan bagi melakukan spot check mingguan.

Dibelakang pentas pula, kelihatan Aqil dan Nawal mendengar arahan daripada Cikgu Halim,

" Pastikan dorm untuk pelajar SRA tersedia, nanti tolong tengok kelas-kelas yang mereka akan masuk, takut tak cukup kerusi, petang ni mereka akan sampai" arah Cikgu Halim.

" Baik cikgu"

***************

Riuh-rendah kelas-kelas pelajar tingkatan 5 waktu prep malam itu. Mereka semua teruja dengan kehadiran pelajar -pelajar SRA.

Di kelas 5 Baiduri, 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan ditempatkan di kelas itu.

"Selamat berkenalan semua, saya Khairul,panggil je Kai, disebelah saya ni Lutfi,Zul,Epul dan hujung sekali Wafi" kata seorang wakil pelajar SRA.

"Saya pula Anis, disebelah saya Nisa,Iffah,Tasha dan Haifa,mohon tunjuk ajar dari korang semua" kata pula wakil pelajar perempuan SRA.

Mereka semua saling berkenalan sepanjang prep malam itu.

"Ok semua jangan lupa kelas tambahan Fizik untuk semua pelajar sains dekat bilik kuliah esok petang, sir tak suka student dia lambat" pesan Syahmi kepada ahli kelas 5 Baiduri.

"Weh, lawa-lawa jugak budak SRA" kata Syahmi sambil berjalan pulang menuju ke asrama.

"Serious la? hahahaha kau Syahmi, pantang nampak perempuan cantik" balas Adam.

"Aku tak tipu lahh,tak caya tanya Aqil" kata Syahmi memandang Aqil yang diam membisu sejak tadi.

"Ha? Kenapa tanya aku pulak?Err,ok kot...bolehlah"

"Kenapa aku nak kena tanya Aqil ni?Hahahaha dialah manusia paling setia yang pernah aku jumpa" gelak Adam.

Mereka meneruskan perjalanan pulang ke asrama.

**********
Petang itu, di bilik kuliah, Iman sibuk mengasingkan kertas latihan fizik. Kenapa dia berada di situ sedangkan dia pelajar akaun? Dia pun tak tahu.

Hermmm, sebenarnya Sir Zahid meminta beberapa orang pelajar akaun untuk membantunya. Padahal Nawal yang dengan senang hati ingin menolong, dipaksanya dia untul ikut sekali.

Bukan dia tidak tahu, Nawal hanya ingin melihat crushnya iaitu Luqman saja.Huh!

Bilik mula dipenuhi dengan pelajar.

"Assalamualaikum semua" ucap Sir Zahid. Dia mula memainkan slide sambil menerangkan topik tingkatan 4. Iman dan kawan-kawannya berada jauh di bahagian belakang bilik kuliah yang besar itu. Mereka masih lagi menyiapkan tugasan yang diminta oleh Sir Zahid.

"Okey,setakat itu dulu penjelasan saya, sekarang kamu boleh bentuk kumpulan, jangan lupa ambil kertas mahjong dekat pelajar akaun di belakang sana ya?" terang Sir Zahid.

Pelajar mula bangun dan membentuk kumpulan mereka. Setiap kumpulan perlu ada sekurang-kurangnya seorang pelajar SRA.

"Hai jodohh, nak mintak kertas mahjong..." pinta Aqil kepada Iman.

"Hishh,nah ambik ni" jeling Iman tajam ke arah Aqil. Dia melihat kiri dan kanan,malu bila Aqil memanggilnya 'jodoh' di tempat orang ramai itu.

Sesi perbincangan berjalan. Semua pelajar fokus sekali dengan topik yang diberikan kepada mereka. Masing-masing menyumbangkan idea kepada kumpulan.

Iman mengeliat kecik,fuhh penat juga dia menaip kerja yang Sir Zahid suruh ini. Dilihatnya sekeliling bilik kuliah itu. Iman memerhati gelagat pelajar-pelajar sains tulen.

Matanya tertancap ke arah satu sosok badan. Entah kenapa dia rasakan panas ketika itu, tiba-tiba sahaja dia rasa moodnya telah tiada.

"Eh Iman,cuba kau tengok ni,ok tak aku buat ni?" soal Nawal. Mata Iman masih tidak lepas memandang sosok tubuh itu.

"Kau tengok apa?...Ohhhh" Nawal memberi reaksi.

"Sweetnya Aqil dengannn... ermm siapa ya budak SRA sebelah dia tu?Weh Esra, kau kenal tak budak tu?" tanya Nawal kepada Esra dihadapannya.

"Oh, itu nama dia,ermm jap siapa ekk? haaa Anis!"

Ketiga-tiga mereka masih memerhatikan Aqil yang sedang mengajar sesuatu kepada Anis disebelahnya.

"Nampak macam pasangan bercinta pulak,hihihi" kata Nawal. Dia sengaja ingin menguji kawan baiknya yang muka dah macam itik tu. Panjang betul muncung dia.

"Iman...kau..jealous kann?" sengih Nawal.

"Mana ada! Buat apa aku nak jealous! Muka tak dahlah tak handsome!" bentak Iman, rasa berapi betul hatinya bila Nawal memuji 'sweet' nya dua orang itu. Nawal senyum senyum memandang Esra, sambil mengangkat kening.

"Oh, kann buat apalah kau nak jealous, bukan kau suka si Aqil tu pun, jadi tak apalah aku doakan diorang berdua tu bahagia,kan Esra?" usik Nawal lagi.

Siapa saja yang melihat muka Iman ketika itu pasti akan tergelak. Memang Iman tidak pandai sorokkan muka cemburunya!

**************************************
To be continued

Ajarkan Aku [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now