Iman meletakkan kepalanya ke atas bantal. "Ahh selesanya..."
Cuaca sejuk selepas solat subuh itu memang memanggil-manggilnya untuk tidur semula. Baru saja dia mahu melelapkan mata, Esra masuk ke dalam khemah.
"Amboii, selesanya dia... dah dah pergi mandi cepat,siap-siap "
"Mmmmm, tak nakkk, sejukkkk" rungut Iman manja sekali.
Esra menarik-narik tangan Iman supaya bangun.
"Bangunnnnn, nak dekat pukul 8 dah ni"
"Huaaaaaa"
Akhirnya Iman mengalah. Dengan malasnya dia keluar dari khemah. Dilihatnya sekeliling.
Ada teman-temannya yang telah pun bersiap dan sedang bersarapan di meja makan kumpulan mereka.
Pagi itu mereka semua ada aktiviti jungle trekking. Mereka perlu bergerak dengan ahli kumpulan sepanjang perjalanan.
"Baik semua! Pastikan kamu sentiasa berada dalam kumpulan! Jangan kacau apa-apa sepanjang perjalanan kamu, tengok dan perhatikan saja, saya jangka ekspedisi ni habis pukul 12 tengahari. Sampai saja sini kamu semua boleh terus makan tengahari!" pesan Cikgu Halim.
Aqil mengira ahli kumpulannya. Satu, dua , tiga... eh tak cukup?
"Mana Iman?"
"Errr..." Dhia, Esra dan Awin tidak nampak Iman sejak dia pergi mandi tadi. Tinggal kumpulan mereka saja yang belum bergerak.
"Ada ada!" berlari-lari Iman ke arah kumpulannya.
"Sorry semua" serba salah dia rasakan ketika itu.
"Eh tak apa, untuk Iman tak apa"
"Boooo Aqil" kata mereka semua kecuali Iman. Iman menjeling tajam ke arah Aqil.
Mereka memulakan perjalanan. Semak samun diredah. Sungai-sungai disusuri . Bunyi unggas kuat sekali di dengari. Maklumlah, mereka masuk hutan,bukan masuk pusat beli belah!
Sebenarnya mereka hanya perlu mengikut anak panah yang di tanda pada pokok. Itu saja tanda yang telah ditampal oleh guru-guru pengiring tadi. Sepanjang perjalanan, mereka terserempak dengan tupai dan beberapa ekor binatang kecil yang lain.
Mujur bukan ular!
Mereka tiba di sebuah jambatan gantung.
"Eeee seramnya" kata Awin. Panjang betul jambatan itu.
"Girls, korang jalan dulu" kata Syahmi. Iman menelan air liurnya melihat bawah jambatan itu. Gaung yang sangat dalam. Iman, Dhia ,Esra dan Awin berpegangan tangan semasa melintasi jambatan tersebut. Risau pula kalau jatuh.
"Eh ehhh" Dhia memberi respon setelah jambatan tersebut bergoyang dengan begitu dahsyat. Iman menoleh ke arah belakang.
" Janganlah koranggg" jeritnya ke arah budak-budak lelaki yang sedang melompat-lompat di atas jambatan.
"Ahhhh stop it!!" Esra pula menjerit. Aqil dan kawan-kawannya seperti tidak serik mengusik.
"Ok geng kita lariiii" Awin yang berada paling hadapan sekali bersuara. Dia tidak sanggup berlama-lama di atas jambatan itu.
"satuuu,duaaa,tigaaaa....." kata mereka serentak kemudian berlari-lari anak.
"Hahahahahah" Aqil,Syahmi,Lutfi dan Haidar hanya gelak melihat telatah mereka.
Langkah masing-masing semakin lama semakin perlahan. Kepenatan.
"Fuhhhhh, penatnyaaa" kata Syahmi. Sudah sejam lebih mereka merentas hutan itu.
YOU ARE READING
Ajarkan Aku [COMPLETE✅]
Romance"Jatuh cinta itu bisa dalam sedetik, tapi untuk mendapatkan cinta butuh jutaan detik" Aqil Muayyad. Siapa tidak kenal jejaka yang paling ramai diminati oleh pelajar perempuan disekolahnya. Tidak pernah jatuh cinta sehinggalah dipertemukan dengan seo...