BAB 23

82 20 0
                                    

8 Tahun Kemudian....

Aqil keluar dari keretanya. Pagi itu dia ada meeting dengan klien baru. Dia menolak pintu kaca itu. Ada seorang pekerja perempuan di kaunter hadapan. "Selamat pagi Encik Aqil" Aqil mengangguk lalu masuk ke ruangan pejabat. Tidak ramai rakan sekerjanya di situ. Mungkin mereka juga keluar berjumpa dengan klien. 

"Maaf ya buat datin menunggu" kata Aqil sebaik saja melihat kliennya sudah berada di dalam biliknya. "Eh tak apa Encik Aqil, I pun baru saja sampai" kata Datin Maria. Datin itu menggunakan khidmat Aqil untuk menyelesaikan kes  pecah amanah yang berlaku di syarikatnya. "Ok boleh kita mulakan ya?" Aqil terus membentangkan fail-fail di hadapannya. Perbincangan nampak saja seperti berjalan dengan lancar. Tetapi perangai Datin Maria di hadapannya itu yang buat dia tidak selesa.

"I dah cakap kan tadi, you jangan lah panggil I datin, I rasa tua pula" kata Datin Maria sambil tangannya cuba memegang lengan Aqil sejak tadi. "Urghhh, perempuan tua ni, tak sedar diri agaknya" kata Aqil dalam hati. "Datin Maria, saya rasa kita tengah discuss big issue sekarang ni" kata Aqil yang sudah mula rimas.

"Ala you ni...Okey okey" rungut Datin Maria. Dia tertarik sungguh dengan rupa kacak peguam dihadapannya itu. 

Dua jam kemudian, akhirnya Datin Maria keluar dari bilik pejabatnya setelah selesai perbincangan. "Fuhhh, hilang satu bala" keluh Aqil. Diregangkan sedikit tali lahir yang sedang dipakai. Pintu biliknya diketuk. "Come in!" muncul kawan sekerjanya, Naqib. "Bro, kau okey tak,hahaha, macam in trouble je tadi?" kata Naqib. 

"Geli aku! Tak sedar yang dia tu dah tua" kata Aqil. Ini sudah kali ke berapa dia dingorat oleh klien-klien perempuannya, "Tu lah, lain kali kahwin lah cepat-cepat, diorang tu tahu saja kau tu single, mana boleh dilepaskan,hahaha" usik Naqib. "By the way, paperwork pasal jual beli tanah Syarikat Q&co tu kau dah siap ke belum?" soal Aqil cuba mengubah topik.

"Hish kau ni, selalu tukar topik bila aku cakap pasal kahwin, yalah aku pergi buat lah ni" kata Naqib lalu keluar dari bilik itu. Tanpa membuang masa, dia terus menghidupkan komputer di hadapannya. Banyak kerja yang perlu diselesaikan.

*********************************************************

Aqil membuka kasutnya lalu masuk ke dalam rumah. "Assalamualaikum,along dah balik" Aqil menghidu sesuatu, lapar sekali perutnya ketika itu. Tadi di pejabat dia tidak sempat lunch kerana sibuk menyiapkan kerja. Aqil menuju ke dapur. Dilihatnya Puan Sara sedang mengacau gulai ayam di dalam periuk.

"Mmmmm, sedapnya bau.." Aqil meletakkan briefcasenya di atas meja makan. "Lambat kamu balik hari ni alongl?" soal Puan Sara. "Banyak kerjalah mama dekat office" adu Aqil

"Dah, pergi mandi, rehat dulu, lepas maghrib nanti kita makan sama-sama dengan baba" Aqil hanya mengangguk dan berlalu meninggalkan ibunya di dapur. Dia ingin menyegarkan dirinya. 

Puan Sara mencedok gulai ayam yang telah masak ke dalam mangkuk. Dihidangkannya di atas meja. Tidaklah meriah makan malam mereka memandangkan hanya mereka bertiga saja dirumah. Anak-anaknya yang lain masing-masing di unversiti dan di asrama. "Assalamualaikum" kata Encik Wildan . "Abang pun balik lambat hari ni?" soal Puan Sara.

"Iya, kebun durian kita tu rumput dia dah panjang sangat, abang pun terpaksalah mesin sorang-sorang,aduhh sakit belakang pulak" Encik Wildan memegang pinggangnya. Walaupun telah pencen, dia tidak betah duduk di rumah saja. "Saya dah kata, panggil orang upah, abang nak juga buat sorang-sorang" kata Puan Sara. "Nak buat macam mana, suami awak ni tak boleh duduk diam,ha Aqil dah balik?" soal Encik Wildan.

"Sudah, dahlah abang ,azan maghrib dah ni"

Mereka makan bersama-sama di meja makan selepas solat maghrib. "Ha along, bila kamu nak bawak balik menantu untuk mama dengan baba? Kereta dah ada, rumah dah ada, kerja dah stabil, ke kamu nak mama dengan baba carikan?" soal Puan Sara sewaktu makan. Aqil mengeluh, balik-balik soalan itu yang asyik ditanya. "Tak payah cari mama, nanti pandai-pandailah along cari sendiri, mama jangan risau ya?" pujuk Aqil. "Mama kamu ni bukannya apa along, dia tengok kamu ni asyik pergi kerja balik kerja, tak pernah nampak kamu dengan kawan perempuan, jangan-jangan kamu ni..." Encik Wildan pula mencelah.

"Astaghfirullahalazim baba, along straight lah, baba ni... kalau nak sangat anak baba dengan mama kahwin, tu...suruh angah tu kahwin dulu, along ni lelaki, kahwin lambat pun tak apa" kata Aqil. Dia cepat-cepat membasuh pinggan dan terus menuju ke biliknya. Kalau dia duduk lagi di situ, macam-macam lagi soalan yang akan keluar. "Along naik dulu ya!"

Puan Sara dan Encik Wildan menggeleng kepala, "Awak tengoklah anak teruna awak tu, cakap pasal kahwin je lari" kata Encik Wildan.

***********

Aqil merebahkan dirinya di atas katil. Keluhan dilepaskan. Ditolehkan kepalanya ke arah meja kecil di sebelah katil. Ada dua bingkai gambar. Satu menunjukkan gambar dirinya dan juga kawan-kawan baiknya semasa di Sekolah Seri Makmur. Ditatap satu satu wajah di dalam gambar itu. Aqil tersenyum. Dia beralih ke bingkai gambar yang lagi satu. Gambarnya dengan Iman. Kedua-duanya nampak malu dalam gambar itu. Rindunya dia pada gadis itu. Sejak tamat sekolah, Iman langsung tidak menghubunginya.

Flashback...

Suasana dihadapan Dewan Abd Razak riuh rendah dengan gelak tawa bahagia oleh pelajar tingkatan 5. Masing-masing seronok meraikan kejayaan setelah berperang sebulan di dalam dewan peperiksaan. "Merdekaaa,merdekaaaa" jerit Aqil dan kawan-kawannya. Di situ, ada yang menconteng baju sekolah masing-masing, ada juga yang bergambar ingin menyimpan kenangan yang berharga itu.

"Weh geng, jom ambik gambar" jerit Syahmi. "Cheeesseeeee.." serentak mereka semua. "Kimchiiiiiii" ada saja perkataan yang disebut. Pelbagai gaya dibuat. Riak wajah masing-masing gembira sekali. "Eh Aqil, tu Iman ambik lah gambar sekali" kata Luqman. "Apa kau?" dipukulnya bahu Luqman. "Imannn!! Sini sini!! " panggil Asyraf. " Come on bro, bila lagi nak ambik gambar" sakat Adam.

"Haa, dekat sikit je, jangan rapat sangat, ok cantikk, satu dua...." kata Adam. Malu-malu kucing Aqil dengan Iman dibuatnya. "Iman, lepas ni awak nak sambung mana?" tanya Aqil sebaik saja kawan-kawannya sambung mengambil gambar di tempat lain. 

"Saya nak pergi Australia sambung accounting dekat sana" kata Iman. " Saya tunggu.."luah Aqil. "Jangan tunggu saya Aqil, just go on with your life, jangan tunggu benda yang tak pasti" kata Iman. "Saya pergi dulu ya? Mama saya dah sampai, baii" tambahnya lagi.

"Saya akan tunggu awak Iman Salsabila!!" jerit Aqil sambil melihat gadis itu berlari menghilang dari pandangannya. Itulah kali terakhir dia melihat gadis itu.

End Flashback...

*************************************************************

To be continued

Ajarkan Aku [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now