Dua hari berlalu, harini acara merentas desa akan diadakan. Ramai pula yang bersarapan di dewan makan hari ini, semua mahu mengalas perut masing-masing dan tidak mahu pitam di tengah-tengah acara.
Iman sedang membetulkan tudungnya,maklumlah mahu berlari dia tidak suka awning tudungnya bergerak-gerak ketika berlari,walaupun hakikatnya dia tidak rasa dia akan berlari. Dia tidak suka merentas desa,namun apa boleh buat,cikgu mewajibkan semua pelajar. Sunscreen ditepek pada mukanya,tidak mahu muka terbakar dek bahang matahari.
"Nawal kau teman aku lari ya harini,please..." setiap tahun itulah ayat yang sama diminta oleh Iman namun..
"Ish mana boleh,aku kena dapat mata untuk rumah hijau,dahlah tahun last"balas Nawal yang setia menunggu Iman di tepi katil.
"Lari sorang lagi lah aku hemmm" Iman memuncungkan bibirnya.
"Kau tak nak pecah rekod ke tahun last kita ni,Iman? At least, kau habiskan larian dalam masa satu jam,dapat juga kenang kenangan,hihihi" cadang Nawal.
"Tengoklah macam mana nanti" balas Iman masih lagi tidak puas hati lagi dengan penolakan Nawal atas cadangannya tadi.
Pukul 8 pagi, bunyi tembakan yang kuat dilakukan oleh pegetua sebagai tanda pelajar memulakan larian. Pelajar lelaki perlu memulakan larian mereka dahulu, selang 10 minit barulah diekori oleh pelajar perempuan.
Nawal dari awal lagi sudah pecut meninggalkan Iman dibelakang. Iman hanya joging seperti biasa gaya bersiar-siar saja.
Tidak mahu memenatkan dirinya. Sambil berjoging dia memerhati persekitaran sekeliling, ada kawasan perumahan, ada deretan kedai-kedai disebelah kirinya,dia hanya berlari di tepi tepi jalan sahaja memandangkan itu sahaja jalan yang disediakan untuk berlari, sebelahanya jalan besar untuk kereta-kereta lalu.
"Kakak go kakak,pantas pantas" pesan seorang guru yang memberi kata kata semangat kepada pelajar yang sedang berlari. Ada beberapa guru yang ditugaskan untuk menjaga bahagian tepi jalan demi keselamatan pelajar.
"Bila nak sampai ni?Hishh" adu Iman sendirian dia baru sahaja menghabiskan 3 km lariannya. Dia melepasi beberapa orang pelajar lelaki yang kelihatan penat berlari.
"Hish diorang ni buat malu je,aku lagi laju" semalas malas Iman mahu berlari,dia tidaklah berada paling belakang.
**********
Aqil melajukan lariannya, sudah separuh jalan dia berlari.
Meoww Meoww.
Tiba- tiba terdengar bunyi kucing. Aqil memperlahankan langkahnya. Pelajar-pelajar lain mula memintasnya.
"Mana datang bunyi tu?" Aqil berjalan ketepi mencari darimana datang bunyi kucing yang didengari.
Meoww Meoww.
Bunyi itu semakin kuat.
"Laa kesiannya engkau" Aqil simpati melihat kucing yang terperangkap di dalam longkang itu. Dia mula masuk ke dalam longkang untuk menyelamatkan kucing tersebut.
Seorang demi seorang pelajar berlari melepasinya,semua mahu habiskan larian dengan cepat. Aqil mengangkat kucing itu dan meletakkannya di tepi. Kucing itu terus lari tinggalkan Aqil.
"Ciss,bukan nak ucap terima kasih,tak guna punya kucing" geram Aqil dibuatnya.
Penat dia turun ke dalam longkang untuk membantu kucing itu, itu yang dibalas.Sudahlah dia rasa dia sudah tidak ada harapan untuk mendapat tempat untuk larian itu.
Aqil bangun lalu menepuk nepuk seluarnya yang tersisa rumput rumput. Baik dia sudah bersedia mahu berlari semula.
Suppp
YOU ARE READING
Ajarkan Aku [COMPLETE✅]
Romance"Jatuh cinta itu bisa dalam sedetik, tapi untuk mendapatkan cinta butuh jutaan detik" Aqil Muayyad. Siapa tidak kenal jejaka yang paling ramai diminati oleh pelajar perempuan disekolahnya. Tidak pernah jatuh cinta sehinggalah dipertemukan dengan seo...