Hari semakin gelap walaupun jam baru saja menginjak ke pukul 5. Di hutan memang begitu. Keadaannya akan gelap lebih awal dek kerana keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang merimbun.
Aqil masih meneruskan perjalanan sambil memikul Iman dibelakang sejak tadi. Selangkah demi selangkah menghindari daunan kering yang menimbun. Dia bimbang terpijak sarang ular!
"Iman, nak tanya boleh?"
"Apa dia,tanyalah" sebenarnya Iman masih sedang cuba menenangkan dirinya sejak tadi. Tidak pernah dia berada sedekat itu dengan lelaki. Berdebar betul rasa hatinya ketika itu
Sejak tadi dia cuba menjauhkan sedikit mukanya dari terkena rambut Aqil. Kalau tak kerana kakinya yang terseliuh itu, memang tak akan dia buat apa yang dia sedang buat sekarang !
"Awak marah saya ke?"
"Kenapa awak tanya macam tu?" soal Iman
"Rasanya dulu kita boleh saja berkawan dengan baik walaupun saya tahu takdalah baik mana, tapi kenapa sejak bulan lepas awak tak macam yang dulu tu??"
Iman diam. Perlukah dia bagitahu yang dia merajuk dengan Aqil sejak pelajar sekolah Sekolah Sains Raja Abdullah datang ke sekolah mereka?
"Siapa Anis?" dibalas balik dengan soalan.
"Anis?? Anis mana....Ohh Anis tu...dia tu sebenarnya...wait a minute...are you jealous?" tanya Aqil.
"Ma...mana ada...tak nak cerita takpe, mungkin dia orang istimewa dalam hidup awak, yalahh, tengok cara awak layan dia pun saya tahu"
Aqil tersenyum. Gadis dibelakangnya ini tidak pandai menyembunyikan rasa cemburunya.
"Hermm, Anis tu saudara susuan saya, masa saya kecik dulu, ibu Anis yang selalu jaga saya kalau ibu saya sibuk kerja, sebab tu awak nampak kami ni rapat" jelas Aqil.
"Saya dah cerita dekat benda ni dekat kawan-kawan saya, rasanya Luqman mesti ada bagitahu Nawal. Takkan Nawal tak cerita dekat awak?" Aqil menolak ranting kayu yang menghalang laluannya.
"Eh, tak ada pula Nawal cakap"
"Siap kau Nawall..." kata Iman dalam hatinya.
Aqil memberhentikan langkahnya.
"Kenapa awak..." tanya Iman.
Shhhhhhh. Semak samun yang tebal itu bergoyang seperti ada sesuatu dibelakangnya.
"Aqil, saya takuttt" bisik Iman. Pelukannya terhadap Aqil dikuatkan.
Pergerakan semak itu semakin ketara. Muncul haiwan berkaki empat berlari menjauhi mereka.
"Fuhhhh, tupai rupanya" ujar Aqil.
"Iman,saya penat, kita berhenti dekat sini ya?" Aqil berhati-hati meletakkan Iman di bawah sebuah pokok.
Dia membantu Iman melunjurkan kaki ke hadapan. Perlahan-lahan diluruskan kaki Iman. Bimbangnya dia kalau sesuatu terjadi pada diri pujaan hatinya itu.
"Nak makan? minum?" Aqil mengeluarkan roti dan air mineral dari begnya. Mujurlah mereka membawa beg itu awal-awal lagi. Bolehlah mereka mengalas perut sedikit sebagai sumber tenaga.
"Awak berehat lah, kesian awak" Iman mengambil roti yang dihulurkan.
Aqil mengangguk. Dia pergi ke bahagian belakang pokok itu. Disandarkan kepalanya. Sakitnya badan dia, lenguh terasa otot-otot. Dia memandang ke langit.
Kelihatan daun-daun pokok gugur. Dia bimbang tetapi dalam masa yang sama dia tenang. Mujurlah dia ada dengan Iman ketika itu.
I just wanna live in this moment forever
'Cause I'm afraid that living couldn't get any better
Started giving up on the word "forever"
Until you gave up heaven so we could be togetherYou're my angel Angel baby, angel You're my angel, baby Baby, you're my angel Angel baby...
Iman tersenyum mendengar rangkap lagu yang dinyanyikan oleh Aqil. Tenang sikit dirinya.
Suasana hutan yang semakin gelap itu menakutkan dia.
"Aqil, awak ada berapa orang adik-beradik?"
"4 orang, saya yang paling sulong, bawah saya semuanya perempuan" kata Aqil yang masih memandang ke langit sejak tadi. Dia teringat adik-adiknya di rumah.
"How about you?"
"Saya dengan abang saya dua beradik je, awak tahu? sebenarnya mama saya tak izinkan pun saya pergi camping ni, along saya yang bagi, mungkin sebab tu saya end up in this situation" Iman ketawa hambar.
"I'm sorry mama" bisiknya perlahan.
"Aqil, kenapa awak suka saya? Saya rasa ramai lagi perempuan cantik dekat sekolah kita. Awak pun ramai peminat. Kenapa susah-susah awak suka saya?" sudah lama Iman mahu tanya soalan itu.
"Kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta pada seseorang.."
Terkedu Iman mendengar ayat itu.
"Awak pulak? Kenapa awak tak suka saya?"
"Bila masa saya cakap saya tak suka awak?" Iman menjawan dengan spontan. Kemudian dia memegang pipinya yang membahang.
Mendengarkan pengakuan itu, Aqil pantas memusingkan badannya memandang Iman di belakang pokok.
"Kita...." belum sempat Aqil menghabiskan ayatnya.
"Hey hey kenapa pusing belakang pulak ni, duduk balik tempat tadii"
Parah kalau terlajak cakap. Aqil memuncungkan mulutnya. Dia kembali ke tempat asal.
"Awak tahu Aqil, saya betul-betul nak fokus sampai saya habis belajar degree, mama dengan along letak harapan yang tinggi dekat saya, awak faham kan maksud saya?" Iman cuba memberi bayang.
Dia tidak mahu memberi harapan kepada Aqil. Ya, dia akui dia menyukai lelaki itu. Tapi dia juga ada impian dan cita-cita yang lebih besar.
Aqil tunduk mengangguk. Dia mula memahami maksud Iman.
"Tapi...kita masih boleh berkawankan?" terselit harapan dalam kata-kata.
"Ya"
"Saya takkan pernah berhenti kejar awak Iman! Saya tunggu waktu tu" Aqil menggenggam tangannya.
"IMANNNN!!!AQILLLL!!!" sayup-sayup kedengaran jeritan itu. Aqil bangkit berdiri mencari arah datangnya suara itu.
"Iman, diorang cari kita!" Aqil memapah Iman untuk berjalan.
"KITORANG DEKAT SINI!!!!!!!" serentak mereka menjerit.
"TOLONGGG... KITORANG DEKAT SINIII!!" jerit mereka lagi.
"Cikgu, kami dah jumpa mereka!" kata seorang pasukan penyelamat.
"Allahuakhbarr, Imannn" melihat saja kawan baiknya Dhia dan Nawal memeluk Iman.
"BROOO! Puas kitorang cari korangg" kata Syahmi dan Adam.
Syukur mereka jumpa Aqil dan Iman lebih awal. Kata pasukan penyelamat, mereka ada ternampak seekor harimau merayau di hutan itu. Sampai sahaja ke tapak perkhemahan, Iman dibawa menaiki ambulans.
***************************************
To be continued
YOU ARE READING
Ajarkan Aku [COMPLETE✅]
Roman d'amour"Jatuh cinta itu bisa dalam sedetik, tapi untuk mendapatkan cinta butuh jutaan detik" Aqil Muayyad. Siapa tidak kenal jejaka yang paling ramai diminati oleh pelajar perempuan disekolahnya. Tidak pernah jatuh cinta sehinggalah dipertemukan dengan seo...