Ketika Iman masuk ke dalam dewan, video montaj sedang terpapar di skrin projektor di tepi pentas, video itu memaparkan tentang ucapan pengetua dan lain-lain, bla3 ,malas Iman mengambil tahu pasal benda yang sama setiap awal tahun di sekolahnya itu,maklumlah sudah senior,semua benda dah lali.
Seusai habis sahaja taklimat itu, Iman lantas mendapatkan Nawal yang sudah menunggunya di hujung pintu dewan.
"Weh,jom balik bilik terus,aku tak habis kemas barang lagi ni" ujar Iman.
Biasalah perempuan,barang banyak dibawa,tambah pula asyik bersembang dengan rakan sebilik memang perlahanlah proses mengemas barangnya.
"Ehh,bila pulak kau ada sweater ni?Bukan tak bawa ke tadi?Kejapp,aku macam pernah nampaklah sweater hitam ni"Nawal menghentikan pergerakan mereka.
"Oh,ni tadi ada orang bagi aku pinjam kejap"balas Iman. Malas dia mahu bercerita secara detail perkara yang berlaku tadi,tak pasal-pasal disoal siasat oleh Nawal nanti.
"Oh ya ka,okey ..tapi.." Nawal mula gusar dengan Iman, bau itu kuat,ya!bau perfume lelaki! "Kenapa bau perfume lelaki????" soal Nawal.
Alamak,tidak dinafikan Iman juga bau perfume lelaki itu,baru dia mahu simpan rahsia.
"Errr...Eh dah sampai aspuri pula,aku nak pergi toilet dulu,bye!"pecut Iman ke dalam tandas disebelah biliknya itu.
Nawal menggeleng kepala melihat telatah kawannya itu,"Takpa Iman...nanti aku datang bilik kau"monolog Nawal dalam dirinya.
Kebetulan bilik mereka tidak jauh antara satu sama lain,cuma bezanya Nawal tinggal di Dorm Pengawas, Iman pula di Dorm Aisyah sepintu dua sahaja dipisahkan dengan bilik air dan bilik basuh.
"Fuh,mujurlah Nawal tak kejar" lega hati Iman sebaik berada di dalam biliknya itu, Iman mula menyalin baju dan mengemas apa yang patut. Setelah siap mengemas,terus dia duduk di meja belajarnya.
Dia sedar tahun ini ada peperiksaan besar yang bakal dia hadapi. Banyak latihan yang perlu dia buat. Iman merupakan pelajar akaun. Dia juga antara pelajar terbaik di dalam alirannya itu,tengok saja kerajinannya itu, mestilah budak pandai.
Baru sahaja dia sampai ke soalan kedua latihan Matematik Tambahannya, Nawal menerpa disebelahnya,"Haa!!aku tak lupa pasal tadi,cepat bagitahu aku"
"ish kau ni,kenapalah kau tak tidur lagi" Iman tahu,Nawal ke situ bukan hanya ingin menyoalnya,mereka sudah merancang untuk buat study group,dengan dua orang lagi rakan baiknya,Dhia dan juga Hanan.
"Ye aku explain,tu sweater partner kau"
Partner? Fikir Nawal. "Partner mana pula ni? Jangan cakap crush aku sudah"
"Bukan Luqman lah, ketua kau tu lah" Ya,Nawal menyukai Luqman.
"Waitt,WHAT?AQIL??Seriously!!"
Iman menekup mulut Nawal yang tiba-tiba sahaja bising itu. Nama itu kena jaga-jaga, takut rakan bilik yang lain terdengar pula. Habis jadi fitnah.
"Kau jangan lah cakap kuat-kuat" bisik Iman.
Dia mula menerangkan kisah sebenar kepada Nawal dari A sampai Z, tak lama lepas itu, datang Dhia dan Hanan.
"Wah,rancak sembang bila kita nak start? aku nak tidur pukul 12 malam ni" soal Hanan.
"Kaulah Nawal,ajak aku borak pula,ok malam ni kita study Matematik kan?Jom" khusyuk empat sekawan itu belajar bersama-sama di malam hari.
****
Pada masa yang sama di aspura pula,Aqil dan kawan-kawannya sambung semula makan nasi ayam yang dibawa oleh Asyraf petang tadi.
Begitulah bezanya aspura dan aspuri,lebih-lebih lagi di Sekolah Seri Makmur(SSM).
Habis sahaja makan,giliran Aqil dan Adam pula membasuh pinggan,maklumlah mereka kalah "lat ta li lat" dengan yang lain.
"dam,kau kenal tak budak - budak perempuan batch kita?"soal Aqil.
"aikk,tak pernah cakap pasal perempuan dekat kitorang kau ni,asal tiba-tiba ni" sengih Adam.
"Ish,aku tanya ja,ada kerja sikit nak kena cari" gelabah Aqil dibuatnya.
"Aku kenal ja semua,kalau kau nak cari budak,haa ada majalah sekolah tahun-tahun lepas kat bilik kita.Cari kat situ ja muka-muka diorang dekat situ"balas Adam.
Habis sahaja basuh pinggan,Aqil pantas menuju ke biliknya untuk mengambil majalah,di beleknya satu-satu helaian itu, juga dicari muka yang satu itu,hermmm
"ahaa,jumpa pun"bicara Aqil sendirian.
Iman Salsabila,budak akaun.Terangguk-angguk mukanya ketika itu.
"Ha Aqil,dah pukul 12 ni,kau lupa ke kau dengan aku bertugas malam ni?" Soal Adam.
"Eh haa la, lupa pula" Mereka perlu buat pengumuman tutup lampu malam ni di samping mengunci grill-grill di tangga aspura supaya tiada pelajar yang 'fly' keluar.
"Light off!Light off!"bergema suara Aqil di segenap aspura.
***************************************
To be continued
YOU ARE READING
Ajarkan Aku [COMPLETE✅]
Romance"Jatuh cinta itu bisa dalam sedetik, tapi untuk mendapatkan cinta butuh jutaan detik" Aqil Muayyad. Siapa tidak kenal jejaka yang paling ramai diminati oleh pelajar perempuan disekolahnya. Tidak pernah jatuh cinta sehinggalah dipertemukan dengan seo...