Suasana malam pada hari itu sungguh tenang,angin bertiup nyaman sahaja. Di aspura, penghuninya kecoh sekali.Mana tidaknya,masa hujung minggu perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aqil berjalan pulang ke asrama agak lewat selepas bersantai-santai di masjid. Dengan baju melayunya, berkain pelekat, berkopiah, perghh sudah tentu mencairkan hati mana-mana pelajar perempuan yang lalu disitu.
Tapi sayangnya tak ada siapa yang lalu,yalah dah pukul 10 kot!
"Cap,kau nak buat apa malam ni" soal Aqil kepada Asyraf.
Hanya Aqil, Luqman dan Asyraf sahaja ketika itu. Adam dan Syahmi sudah pulang lagi awal selepas solat isya' tadi.
"hermm, entahlah...sambung lepak lagi jom...aku tak ada mood nak belajar malam ni" ajak Asyraf. Mereka menukar laluan mereka ke dewan makan.
Cadangnya mahu tapau makanan supper .
Bekal tupperware besar dan jug sudah berada di tangan. Mahu mengambil untuk kawan-kawan sebilik mereka juga. Ramai pelajar tidak turun makan malam-malam minggu begitu, sungguh membazir!
"Wah, burger benjo lah malam ni" kata Luqman teruja.
"Assalamualaikum mak cik" sapa Asyraf kepada mak cik dewan makan yang berjaga di kaunter.
"Dik, kau ambik je banyak mana kau nak, mana ada budak nak makan dah" pelawa mak cik itu. Mata mereka bersinar setelah mendapat greenlight daripada mak cik.
Dikautnya 8 ketul burger benjo, air teh panas pula diisi penuh dalam jag.
"Terima kasih banyak makcik" ucap mereka sebelum berjalan pulang ke asrama.
"Wehh jom makann!" jerit Aqil selepas membuka pintu dorm pengawas.
Adam dan Syahmi yang sedang bermain carom terus menolak tepi permainan mereka.
Teh panas dan burger, fuhh mantapp!
Mereka makan bersama-sama di meja kecil di tengah-tengah dorm mereka. Terasa benar keakraban 5 sekawan itu.
Masing-masing terbaring kekenyangan di tengah-tengah dorm. Comel sungguh melihat keadaan mereka.
Teng teng teng teng teng .
Adam memetik gitar ditangannya secara rawak. " Qil, nyanyi satu lagu please" pinta Adam.
" Ha'a bro, nyanyi la satu, lama tak dengar kau nyanyi" kata Syahmi tanda menyokong.
"Ha? Lagu?" terpinga-pinga Aqil dibuatnya. Ya, sudah lama dia tidak menyanyi.
"Ok lah, Hal Hebat "
Di hidup ini
Telah kusinggahi banyak cinta
Namun tak pernah aku temui cinta
Sekuat aku menginginkan diaHal hebat kurasakan
Kini dicintai seseorang
Yang ku pun mencintai
Itu sempurnaTakkan siakan dia
Belum tentu ada yang seperti dia
Satu dunia tahu aku bahagia
Banyak pasang mata saksinyaTakkan duakan dia
Belum tentu esok kan masih ada
Kesempatan tak datang kedua kalinya
Hargai dan jaga hatinyaTakkan siakan dia
Takkan siakan dia........Habis saja lagu itu, terdengar bunyi tepukan gemuruh dari tingkap bilik mereka.
"WOOOOOOOO" sorak pelajar-pelajar lelaki tingkatan 5.
Entah bila entah mereka bersidai di situ. Semuanya menghayati lagu yang Aqil nyanyikan sebentar tadi.
Terkejut Aqil tiba-tiba sahaja dormnya dipenuhi rakan-rakan batchnya. Mungkin dia terlalu menjiwai lagu tadi sehingga tidak perasan.
"Bro,baikk ahh bro" jawab seorang ahli batchnya.
"Aku ajak kau masuk kumpulan nasyid sekolah kau tak nak bro"
" Abang KP kita serba boleh doo"
terkembang kempis hidung Aqil bila dipuji begitu.
Malam itu, pelajar lelaki tingkatan 5 meneruskan nyanyian mereka beramai-ramai di dalam dorm pengawas itu. Manis sekali rasanya kenangan itu. Itulah momen-momen terindah bersama kawan-kawan yang akan mereka ingat sampai bila-bila!
**************************************
To be continued
YOU ARE READING
Ajarkan Aku [COMPLETE✅]
Romance"Jatuh cinta itu bisa dalam sedetik, tapi untuk mendapatkan cinta butuh jutaan detik" Aqil Muayyad. Siapa tidak kenal jejaka yang paling ramai diminati oleh pelajar perempuan disekolahnya. Tidak pernah jatuh cinta sehinggalah dipertemukan dengan seo...