"Aminnn" ucap Iman sebaik sahaja imam solat asar pada petang itu menghabiskan bacaan doanya. Dia melipat telekung yang dipakai.
"Dhia, jom mandi...." Iman sambil menyarung seliparnya. Dari tadi lagi gadis itu tak sabar-sabar ingin bermain air.
"Amboii tak sabarnya dia, dari tadi lagi...hahahaha jom jom jom"
Mereka berjalan beriringan menuju ke arah khemah untuk menyalin pakaian.
"Tapi kita tak boleh lama sangat, pukul 6.30 dah kena masak untuk dinner" pesan Dhia.
Di kawasan sungai, beberapa orang pelajar perempuan telah kelihatan bermain air. Iman tersenyum melihat mereka.
"Nawallll, Hanan" Iman melambaikan tangan ke arah mereka.
"Imann jomlah masukk" panggil Nawal. Iman mencelup kakinya ke dalam air.
Uwwwwww sejuknya!
Dhia menolak Iman yang teragak-agak dari tadi.
BUSHHH.
"Weiii, Dhia jahattttt hahahahaha" rungut Iman walaupun akhirnya dia ketawa. Segarnya rasa diri ketika itu. Seronok betul mereka bermain air.
"Jom main something nak?" cadang Nawal.
"Kita nak main apa?" tanya Hanan.
"Hermmm" Nawal memerhati sekelilingnya ingin mencari idea.
"Kawan-kawan!!" jerit Iman memanggil semua pelajar perempuan yang sedang berada di dalam sungai.
"Jom kita main baling bola, kita bahagi dua kumpulan, lawan, pastu tiga orang dekat tengah jadi monyet." kata Nawal.
"Kalau monyet dapat bola, game overr lah dua-dua kumpulan kalah"
"Ha Iman kau salah sorang monyet, dipersilakan ke tengah" kata Hanan.
"Hishhh" muncung bibir Iman, namun dalam masa yang sama dia tetap pergi ke tengah.
Bola mula dibaling. Sorakan daripada dua belah kumpulan kedengaran. Iman dan dua orang lagi rakannya yang dipaksa menjadi monyet terkapai-kapai dari tadi.
"Oiii, macam mana aku nak capai nii" Iman ketawa bahagia sekali dengan suasana sebegitu. Rasa sayang benar dia dengan kawan-kawan batch nya.
Berhampiran dengan air terjun pula, pelajar-pelajar lelaki berkumpul.
"Okey, siapa yang tahan nafas paling lama dia menang!" kata Hakim.
"Jom, satu, dua , tiga!" semua budak lelaki yang telah berada dalam bulatan menenggelamkan kepala mereka tapi tidak Hakim dan Haidar. Mereka berdua memberi isyarat antara satu sama lain.
Main tipu!
Selepas 15 saat barulah kepala mereka masuk ke dalam air.
Fuhh fuhhhh.
Seorang demi seorang mengangkat kepala tanda menyerah kalah. Tidak cukup nafas mereka dibuatnya.
"Perghhh lama gila Hakim dengan Haidar" kata Lutfi.
"Wehh hidup lagi tak member kita tu?"Adam mula bimbang setelah semua orang telah kalah kecuali mereka berdua.
Fuhhh fuhhhh.
Tercungap cungap Hakim dan Haidar. "Amacamm, hebat tak akuu" kata Hakim dengan bangga.
"Perghhh power ahh korang"
"Aku hampir ingat member dah tak ada tadi tau" kata suara-suara pelajar lelaki.
"Kau ingat aku tak nampak?" kata Aqil yang berada di atas batu besar yang terletak paling hampir dengan air terjun.
YOU ARE READING
Ajarkan Aku [COMPLETE✅]
Romance"Jatuh cinta itu bisa dalam sedetik, tapi untuk mendapatkan cinta butuh jutaan detik" Aqil Muayyad. Siapa tidak kenal jejaka yang paling ramai diminati oleh pelajar perempuan disekolahnya. Tidak pernah jatuh cinta sehinggalah dipertemukan dengan seo...