BAB 10

73 22 2
                                    

Minggu bahasa bermula. Bermakna semua pengawas perpustakaan akan mulai sibuk pada minggu itu. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan oleh pihak pusat sumber, seperti syarahan,pidato, menulis esei, kuiz dan banyak lagi. Semuanya sudah semesti berkait rapat dengan bahasa.

Di perpustakaan, Iman sedang meeting dengan librarian yang lain. Gilir-gilir dia bercakap dengan Hakim untuk memberi info tentang aktiviti yang mereka akan adakan.

"Okey, saya ulang balik apa yang dikatakan tadi, nanti kita akan jemput cikgu-cikgu berkenaan untuk jadi juri setiap pertandingan." kata Hakim sambil membentangkan slidenya yang terpampang di layar hadapan bilik tayangan.

"Saya nak mintak librarian tingkatan 4 untuk jadi urusetia pertandingan kuiz dan pantun, jangan lupa dapatkan list nama pelajar yang nak masuk"

Hampir sejam juga meeting mereka  pada petang itu, " Sampai sini saja meeting kita kali ini, saya harap minggu bahasa kita tahun ini dapat berjalan dengan lancar,oh ya, Izzati nanti bagi borang kehadiran tadi dekat saya balik ya sebelum keluar" kata Iman.

Selesai juga meeting mereka akhirnya, seorang demi seorang pelajar mula keluar dari bilik tayangan itu.

"Iman,jom teman aku makan abc dekat kantin."

"Hah?Ok boleh.Tapi saya nak pergi toilet sekejap" balas Iman.

"Aku tunggu dekat tangga bawah tau" kata Hakim apabila melihat Iman keluar dari pintu bilik tayangan.

Hakim bersyukur betul mendapat jawatannya sebagai librarian. Kerana jawatan itulah dia semakin rapat dengan Iman. Sedangkan dia layak saja menjadi pengawas sekolah.

Sejak dia mendapat tahu Iman menghantar borang menjadi librarian sewaktu di tingkatan 3, terus dia buat perkara yang sama. Ya, dia sudah lama berminat dengan Iman Salsabila sejak dari tingkatan 1 lagi.

Lama benar dia menyimpan perasaannya itu.

Tidak padan dengan karakter lelakinya, dia begitu lemah dalam soal perasaan ini. Hampir 5 tahun dia simpan, tidak ada seorang pun tahu kecuali rakan baiknya, Haidar.

Flashback 4 tahun yang lepas...

Hakim beratur panjang di kantin. Sejak dari malam tadi dia sudah kempunankan nasi lemak sambal sotong makcik kantin.

"Jangan habis sudahlah" katanya dalam hati. Semakin lama semakin ke depan dirinya menandakan gilirannya untuk membeli sudah dekat. Sesak betul suasana kantin diwaktu itu.

Maklumlah, semua pelajar menengah rendah berehat serentak. Hakim sudah berada di hadapan. Nasi lemak sambal sotong dicari.Mujurlah ada.Syukurr.

Dia mula mengambil wang di poket seluarnya."Ehh mana duit aku?" kata Hakim dalam hati. Dia mula cemas.

"Dik, kamu nak beli ke tak nak? Panjang lagi barisan ni"

"Errr" Terkelu seketika Hakim.

"Nah cik,saya bayarkan" muncul suara disebelahnya. Segera ditoleh. Gadis comel. Dia terharu.

Hakim keluar dari barisan, dicarinya pelajar perempuan tadi.

"Mana dia?" toleh kiri, toleh kanan. Haa sudah jumpa. Hakim menuju ke arah gadis itu.

"Err kau batch aku kan? Terima kasih tadi. Aku janji nanti aku bayar balik." malu pula dia rasa, ada ke patut perempuan yang bayarkan makanan untuknya?

"Saya Iman, kelas 1 Delima, by the way tak payahlah bayar balik, saya belanja" kata Iman dengan ikhlas.

Oh tidak,baik sungguh hati dia.

"Aku Hakim,1 Intan, takpe...aku nak jugak bayar, aku tak biasa terhutang budi ni" balas Hakim.

Di situlah bermula bagaimana Hakim mula menyukai Iman.

Flash-forward

Hakim berjalan beriringan dengan Iman menuju ke kantin. Sepanjang perjalanan, mereka berbincang tentang hal meeting tadi.

"Makcik, nak abc dua,satu tak nak kacang" order Hakim kepada makcik kantin di kaunter.

"Tak nak kacang tu untuk awak ke?" soal Iman.

"Mana ada,mestilah untuk kau" Hakim menjawab.

Siap sudah air batu campur mereka. Cepat sungguh makcik kantin buat kerja! Mereka berdua berjalan ke tempat yang mereka pilih untuk menikmati abc.

"Terima kasih belanjaa" kata Iman keseronokan.

"Macam mana awak tahu saya tak suka kacang?"

"Errr,ni Hakim kot,mestilah tahu banyak benda" teragak-agak dia mahu menjawab. Takkan lah dia nak bagitahu yang dia selalu mencuri dengar perbualan Iman dan Nawal dalam kelas.

"Elehh,'hebatt' sangattt" perli Iman. Malas dia mahu bertanya lagi, nanti ais dalam mangkuknya cair pula.

******
"Terima kasih Aqil,Luqman..tolong angkat barang saya" kata Cikgu Mazlina sebelum menutup bonet keretanya.

"Sama-sama cikgu, kami pergi dulu ya"

Mereka berjalan pulang ke asrama.

"Fuhh,berat betul kotak tadi" kata Luqman sambil menggerak gerakkan ototnya yang lenguh.

"Hahahaha, eh tadi aku search pasal match semalam, Brazil lawan Arsenal, Neymar score doo" kata Aqil.

Mereka bersembang tentang topik bola sepanjang perjalanan.

"Aku tak setuju betul,diorang letak dia dalam game, dia tu dah lah asyik kad kuning....." rancak Luqman menambah.

Perbualan mereka berterusan
sehinggalah mereka melintas di hadapan kantin.

Aqil mengecilkan matanya, mahu memastikan yang dirinya tidak tersalah pandang. Dilihatnya Hakim dan Iman sedang duduk di tepi kantin. Aqil mula menarik nafas panjang. Dibiarkannya Luqman bercakap seorang diri.

Perasaan cemburunya mula meninggi apabila melihat Iman dan Hakim gelak ketawa. Aqil menghentakkan kakinya lalu berjalan laju ke hadapan.Tanda protes mungkin?

Luqman yang dari tadi tidak perasan dirinya bercakap seorang diri sudah terpinga-pinga. Sudah tentu dia hairan.

"Apahal mamat ni" katanya. Luqman memandangkan sekeliling mana tahu boleh memahamkannya.

"Ohhhhhh" panjang benar 'oh' nya. Dia berlari-lari anak mengejar Aqil yang sudah jauh di hadapan.

Luqman meletakkan tangannya di atas bahu Aqil.

"Kuat betul cemburu kawan aku sorang ni " Luqman mengusik sambil tertawa. Aqil hanya memasamkan mukanya. Malas mahu melayan.

"Rilek la bro, Iman tu bukan bercinta pun dengan mamat tu, diorang kan memang dah kawan lama"

"Alololo alololo,jangan lah sedih sedih" gelak Luqman cuba memujuk kawan baiknya itu. Dia menggeletek Aqil yang masih masam mencuka.

"Hahahahaha,ahhhh woiii berhenti lahhh" Baru terdengar bunyi suara Aqil.

Kedua sahabat baik itu berkejaran menuju ke asrama mereka. Terdengar gelak ketawa daripada mereka berdua.

***********************************
To be continued

Ajarkan Aku [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now