BAB 4

117 22 0
                                    

Bulan Februari,bulan sukan yang amat ditunggu-tunggu oleh warga SSM, sukantara, acara padang, kawad kaki, merentas desa dan pelbagai lagi acara akan berlangsung pada bulan itu.

Aqil dan rakan-rakannya juga sibuk dengan latihan acara balapan dan perbarisan.Tetapi minggu itu akan diadakan acara merentas desa bagi merasmikan bulan sukan. Tidak jauh, hanya 6 km saja semua pelajar perlu berlari kecuali bagi yang mempunyai masalah kesihatan. Itu bukanlah masalah besar baginya kerana setiap tahun dia pasti mendapat tempat top 5 bagi acara itu.

Dia adalah salah satu harapan semua ahli sukan rumah merah tahun itu. 

"Jom,Aqil!Cikgu Kamal dah tunggu kat padang."panggil Asyraf. Petang itu ada sesi latihan sukan untuk rumah merah dan biru.

Hanya dua buah rumah sahaja yang dapat berlatih kerana cikgu-cikgu tidak mahu pelajar-pelajar berebut menggunakan peralatan sukan.Mereka berdua berjalan bersama-sama ahli rumah merah dan biru yang kelihatan menuju ke padang.

"Ok pelajar-pelajar semua, cikgu nak sangat-sangat tahun ni rumah kita menang. Takkan nak biar rumah biru menang lagi kot? Berlatih bersungguh-sungguh dan jangan lupa untuk dapatkan mata untuk acara merentas desa dan sukantara! Itulah antara cara-cara rumah kita nak kumpul mata." jerit Cikgu Kamal,guru yang berbadan tegap merangkap penasihat rumah merah.

"Baik cikgu!" semua ahli rumah merah menjawab dengan semangat sekali.

Di padang itu, kelihatan pelajar-pelajar berlatih berlari,ada yang berjoging keliling padang,ada yang beratur untuk lompat jauh dan banyak lagi gelagat lain. Tidak kurang Aqil dan Asyraf.

Ya hanya mereka berdua sahaja dalam rumah merah. Manakala Luqman dan Syahmi berada dalam rumah hijau, Adam pula seorang diri dalam rumah kuning. Adam adalah ketua rumah kuning. Mana tidaknya, dia adalah atlet harapan sekolah, sudah tentu dilantik menjadi ketua rumah itu.

"Ready semua?? On your mark.....Get set go!!!"jerit Cikgu Kamal kepada pelari-pelari rumah merah. 

Aqil pantas memecut dalam larian 200 meter itu. Berpeluh-peluh dia memandangkan petang itu cuaca sangat panas.

"Go Aqill!!!" jerit Asyraf di tepi padang dia bukanlah pelari hebat rumah merah seperti Aqil. Namun dia adalah juara bertahan dalam acara lompat tinggi!

"Yeahhh macam itulah kawan aku!"jeritnya lagi setelah melihat Aqil mendapat tempat pertama untuk latihan itu.

Tercungap-cungap Aqil selepas larian itu, sudah lama dia tidak berlari.

"Nah air"hulur Asyraf botol mineral kepada sahabatnya itu.

Aqil terus mengambil botol itu lalu meneguknya.

Gulp,Gulp,Gulp. Berbunyi tegukan Aqil seperti orang yang tak minum seminggu! Wahh,segar sekali rasanya! Terasa air mineral sejuk itu mengalir ditekaknya. 

Aqil berehat seketika di tepi padang. Dia melihat apa yang sedang dilakukan oleh rumah biru di padang sebelah.

"Eh?" tersengih Aqil melihat pujaan hatinya yang sedang menulis di bawah khemah putih.

Mahu saja dia mengacau Iman ketika itu namun melihatkan ramai ahli rumah biru dikawasan itu, dia membantutkan niatnya

"Tengok dari jauh pun jadilah"

Terangkat mukanya apabila melihat seorang lelaki disebelah Iman.

"Hakim Izdihar" Aqil mengetap giginya kegeraman melihat lelaki itu berbual mesra dengan Iman.

**********

Di bawah khemah itu, Iman gigih memerah otak bersama rakan-rakan rumah biru di tepinya. Dia perlu memikirkan accesories apa yang boleh dipakai oleh peserta perbarisan rumah biru tahun itu.

Ajarkan Aku [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now