2022
Chiang Mai, Thailand
BUNYI lagu yang berputar dari piring pemain DJ di tengah pentas membuatkan kepala Khen teroleng-roleng rancak. Walaupun suasana pada malam itu disinari dengan lampu neon pelbagai warna, wajah gadis-gadis cantik yang duduk berceratukan tidak jauh daripadanya itu, masih jelas dalam pandangan mata. Hujung bibirnya menjongket sinis apabila melihat James iaitu sepupunya sudah hanyut dalam syurga dunia yang diciptakan oleh wanita yang dilanggannya.
Sudah lama rasanya dia tidak berlibur kerana sibuk dengan tugas hakikinya. Dalam masa yang sama, dia juga ingin meninjau kawasan yang menjadi jajahan takhluk kumpulannya. Mahu memastikan jika ada parasit yang sengaja mahu melanggar kawasannya sesuka hati.
Pantang keturunan Dragon jika ada anjing-anjing kurap yang menabur najis dalam kawasan mereka. Tidak cakap banyak, kepala mereka akan terus dipancung di situ sahaja tanpa sedikit pun belas kasihan.
Tumpuan Khen kini beralih pada satu susuk tubuh wanita yang berada di hadapannya. Hatinya mendidih halus disebabkan tingkah lepas laku wanita itu. Suka-suka sahaja jari-jemari runcing itu meliar ke dada dan bahunya. Sungguh dia benci dengan sikap wanita yang meletakkan maruah di tapak kaki.
"Khuṇ pĕn k̄hxng c̄hạn." (Kau milik aku.)" Penuh gemersik, Fern berbisik lembut di sisi cuping telinga Khen. Tersenyum menggoda, laju sahaja dia menyambar botol arak yang berbaki separuh dari tangan Khen itu lalu diteguk rakus. Tubuhnya semakin galak maju ke depan. Sengihnya melebar apabila abdomen berketak Khen jelas bertamu dengan perutnya kempisnya.
Hujung bibir Khen terjungkit sinis. Mata helangnya memanah raut wajah cantik di hadapannya bagaikan tiada emosi. Walaupun pakaian Fern itu dikategorikan mampu menyeksa ramai mata-mata jantan yang ada dalam kelab malam ini, sungguh nafsunya tidak mudah terpancing.
"Næ̀cı na ẁā rạb r̀āng c̄hạn dị̂? (Kau pasti ke kau mampu dapatkan tubuh aku ni?)" soal Khen sinis. Namun begitu, tidak pula tangannya naik menolak jari-jemari mulus Fern yang semakin meliar ke tubuh kekarnya itu.
Tatkala bilahan kata-kata Khen itu menerjah kokleanya, Fern tergelak kecil. Wajah beku Khen dipanah tidak lepas dengan mata yang bernafsu.
"Tak ada siapa yang mampu tolak aku. Selalunya, aku yang tolak orang. Bukan orang yang tolak aku." Penuh angkuh Fern berbisik. Sebelum bibirnya menjauh dari telinga lelaki itu, sempat ciuman dihadiahkan pada rahang tajam Khen.
Khen melepaskan tawa sinis. Penuh perlahan, tangan kekarnya naik meliliti pinggang ramping Fern. "Aku lelaki sejati. Aku tak sanggup menyakiti wanita." Bicara Khen terhenti seketika. Jari-jemari jantannya naik melilit rambut Fern lalu diselitkan ke belakang telinga.
Sesaat, bibirnya dibawa sipi-sipi ke anak telinga wanita itu. "Aku tak nak kau rasa, macam mana rasanya kalau ditolak mentah-mentah. Baik kau berambus dari sini."
Pang!
Belum sempat bibirnya menjauh dari telinga wanita itu, laju sahaja tangan mulus Fern melekap pada wajah tajamnya.
Bibir Khen mengherot halus apabila wanita di hadapannya itu senang-senang sahaja menaikkan tangan pada wajah tampannya. Sendi di batang leher diregangkan. Alis dijongket tinggi.
Tubuh Fern meligih halus menahan amukan yang membakar dada. Sungguh kata-kata yang terpacul dari mulut lelaki itu membuatkan maruahnya seakan diletakkan di bawah tapak kaki lelaki itu.
YOU ARE READING
Darkest Moment (TERBIT)
Mystery / ThrillerKHEN THANAWAT@AHMAD ZAHEEN | RATNA ANGGUN Terbitan : Fajar Pakeer Nukilan kehidupan manusia tidak semuanya tercoret indah. Adakalanya, ada garis hitam yang terconteng membuatkan dirinya larut dalam sunyi. Lontaran kata-lata nista sudah sebati dengan...