BAB 15

474 26 0
                                    

Assalamualaikum semua. Ini merupakan bab terakhir yang akan saya upload di Wattpad. Kalau nak baca, tunggu versi cetak je ya. Dah boleh dah menabung dari sekarang. Insya-Allah, harga berpatutan. Harga lebih kurang macam LM. Terima kasih sudi singgah dan baca. Love you!



KHEN meluru masuk ke dalam rumah sebaik sahaja memarkirkan kereta di dalam garaj. Sebelum bertolak ke Lampang, dia mahu menyelesaikan satu tugasan yang menanti. Langkah galah diseret masuk melepasi pintu gerbang rumah agam. Sebilah katana tersemat dalam pegangan, dibawa selaras dada. Anak mata helang mula melinggas mencari satu susuk tubuh yang mahu dia bunuh pada saat ini.

"Mana Ploy?" Bergema suara Khen meluncur di setiap kawasan pelosok rumah.

"Ya, Khun Khen. Ploy ada di dapur. Sekejap ya saya panggilkan." Terkocoh-kocoh Sandra bawa langkah ke dapur. Apabila melihat sebilah pedang di tangan Khen, tahulah dia bahawa ibu majikannya itu telah berjaya larikan diri. Dan yang harus membayar semua ini, sudah tentunya Ploy dan rakan setugasnya yang bertugas sewaktu pagi tadi.

"Ya, Khun Khen." Ploy muncul di depan Khen dengan tubuh meligih hebat. Cecair jernih melimpah keluar dari kolam mata. Sudah maklum nyawanya bakal direnggut keluar.

Zap!

Tanpa banyak soal, Khen terus cantas kepala Ploy. Kepala pembantu rumah miliknya itu sudah pun bercerai dari badan dan tergolek-golek ke atas lantai dengan aliran darah merah segar memancut deras.

"Siapa lagi yang bertugas pagi tadi? Mari sini!!!"

Khen menjerit bagaikan orang gila. Lantunan suara menerjah ruang sunyi rumah tanpa salam. Mata pedang diangkat tinggi lalu diacung ke satu-satu wajah pembantu rumah yang berada di dapur. Dalam masa yang sama, tangan Khen naik menolak segala barang yang terletak di atas meja pulau. Habis segala periuk dan bahan masakan yang tersusun elok, jatuh bersepah ke lantai.

Apabila melihat kelibat pembantu rumahnya yang sudah mara tunduk menghadap, bilah pedang itu diayun membelah atmosfera. Kepala-kepala orang gajinya dicantas dengan sekali libasan.

Bagi Khen, tiada maaf bagi manusia yang cuai mengawal Puan Nok dari melarikan diri dari rumah ini. Balasan setimpal harus diberikan kepada mereka tanpa belas.

Setelah selesai, Khen mencampak pedang miliknya ke lantai. Dada mula berombak kasar menahan perasan yang membedil dada. Tangan yang berkematu naik ke wajah lalu renik peluh yang berbekas di pelipis diseka kasar.

"Bersihkan semua. Bawa mayat-mayat ni ke tempat biasa. Lagi satu, aku tak ada dekat rumah beberapa minggu. Pastikan semua orang buat kerja. Kalau aku tengok dekat CCTV ada yang mengular, tak banyak cakap kepala kau orang semua akan dicantas oleh anak-anak buah aku. Faham?!" Arahan mula dijatuhkan.

"Faham, Khun Khen." Orang gaji Khen menyahut lemah dengan wajah yang sedikit tertunduk. Tipulah jika mereka tidak gerun menyaksikan kematian demi kematian di hadapan mata semenjak mereka berkhidmat di rumah agam ini.

Namun apakan daya, disebabkan mahukan wang untuk menyara keluarga, mereka terpaksa akur dengan segala apa yang terjadi. Tambahan lagi, gaji menjadi pembantu rumah lelaki ini agak tinggi dan beratus kali bezanya dengan gaji majikan lain yang menggunakan khidmat mereka sebelum ini.

"PASTIKAN kamu dapat bawa balik ke Chiang Mai apa yang uncle mahukan tu, Khen," pesan Kla seraya mengusap lembut bahu anak saudaranya itu.

"Aku takkan balik ke Chiang Mai selagi aku tak dapat darah dia," tutur Khen sedikit kuat kerana bunyi kipas helikopter membataskan pendengaran Kla pada saat ini. Dalam masa yang sama, tangannya sudah pun ternaik membetulkan kaca mata yang bertenggek atas batang hidung.

Darkest Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now