MAKLUMAN

287 16 1
                                    

Assalamualaikum semua.

Sukacita dimaklumkan novel kedua saya iaitu Darkest Moment telah diterbitkan oleh syarikat Fajar Pakeer.

Sukacita dimaklumkan novel kedua saya iaitu Darkest Moment telah diterbitkan oleh syarikat Fajar Pakeer

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesiapa nak dapatkan, boleh beli di Shopee ya.

Harga asal : RM29

Tapi kalau beli dekat shopee, dapat diskaun.

200 pembeli terawal akan dapat poskad dan bookmark.

SINOPSIS

Nukilan kehidupan manusia tidak semuanya tercoret indah. Adakalanya, ada garis hitam yang terconteng. Tragedi hitam yang terpalit membuatkan diri meronta dalam sepi. Lontaran kata-kata nista sudah sebati dengan jiwa. Hidup diselubungi kegelapan, namun diredah jua.

Malaysia dan Thailand.

Dua jiwa dari negara tersebut, ditemukan dalam satu takdir yang hitam dan kelam. Siapa sangka, hasrat seorang wanita buta untuk mencari pembunuh orang tuanya membuatkan dia ditemukan oleh seorang ketua kongsi gelap di negara gajah putih itu.

Kerana terdesak, dia terpaksa meminta lelaki itu menolongnya. Namun, ada harga yang perlu dibayar.

“Tolong saya... tolong cari siapa pembunuh ibu dan bapa saya.”RATNA ANGGUN

“Boleh, tapi aku ada satu syarat. Aku nak kau ikut aku dan berkhidmat selama dua tahun. Sebagai balasan, aku akan bantu kau cari pembunuh tu.”KHEN THANAWAT

Cinta itu bagai batu permata dalam di dasar lautan. Hati yang keras tanpa sebarang belas kasihan pada rintihan sayu mula berubah rentak. Wanita itu berjaya memberi secebis kasih yang selama ini dia dahagakan. Hati yang kosong, kini disulami bahagia.

Namun, indah yang didamba seharusnya liku sengsara diselusuri terlebih dahulu. Hidup dalam dunia hitam yang bermandikan darah dan air mata, tidak mudah. Terleka sikit, nyawa mereka bakal melayang seperti abu di malam hari.

Persoalannya, berjayakah Anggun menjejaki pembunuh orang tuanya dengan bantuan Khen?

Adakah kegelapan itu sentiasa menyelubungi hidup mereka atau akan ada cahaya yang datang menjengah?

Dua insan yang berbeza latar belakang dijemput masuk ke dalam kehidupan yang gelap dan kelam. Persoalannya, berjaya ke mereka bertahan sehingga ke akhirnya? Atau... mereka akan lemas selamanya?

Jika momen hitam itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis cahaya terselit bersama untuk melenyapkan segala kegelapan yang merusuh jiwa dan raga.

 

Darkest Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now