BAB 10

340 29 6
                                    

"Lepaskan aku! Aku tak salahlah! Mak, tolonglah Ishaq. Sumpah, Ishaq tak buat salah. Semua ni salah betina tu!" Ishaq yang sedang ditahan oleh pihak polis, meronta-ronta hebat minta dilepaskan.

"Betul encik, anak saya tak salah. Saya kenal anak saya. Dia baik orangnya." Zaiton masih mahu membela anak lelakinya. Wajahnya berubah keruh apabila melihat anak emasnya kini ditahan oleh pihak polis.

"Saya ASP Haiman." Berdiri tegak, kad polis ditayangkan di hadapan wajah Zaiton. "Saya sendiri menjadi saksi atas kesalahan yang anak puan dah lakukan. Encik Ishaq telah terlibat dalam jenayah rogol. Kami terpaksa tahan dia untuk membantu siasatan." Dengan satu nafas, ASP Haiman menerangkan situasi kejadian buat pendengaran Zaiton.

Luluh hati Zaiton tatkala kenyataan itu menampan pendengaran. Wajah ASP Haiman dan Ishaq di belakang sana, dipandang silih berganti. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang berlaku pada ketika ini. Jika benar anaknya bersalah dalam hal ini, dia tidak sanggup melihat Ishaq ditahan oleh pihak polis. Tak tahu di mana dia hendak muka nanti bila orang kampung mencanang tentang anaknya.

"Tapi encik..." Bait bicara yang mahu meluncur dari mulut Zaiton tersentak apabila melihat kelibat Anggun yang baru keluar dari pondok sambil dipapah oleh Amani. Tanpa banyak soal, terus langkah kakinya diatur laju ke arah dua anak saudaranya itu. Api kemarahan mula meluap-luap membakar relung dada.

Pang!

"Ni semua kerja kau kan, betina? Disebabkan kau tak puas hati dengan aku siang tadi, kau perangkap anak aku pulak sampai libatkan polis semua ni? Dasar perempuan jalang!"

Mata Amani membuntang hebat apabila tiba-tiba sahaja mak longnya itu muncul di hadapan mereka. Tanpa diduga juga, sebuah tamparan sudah pun terhinggap ke pipi Anggun. Melihat itu, cepat-cepat Amani berdiri di antara Anggun dan emak saudaranya itu. Tidak mahu keadaan menjadi lebih memburuk.

ASP Haiman yang berdiri tidak jauh dari situ, tersentak apabila suara Zaiton melengking hebat di belakangnya. Cepat-cepat langkahnya diorak ke sana. Mahu mengawal keadaan.

"Demi Allah, mak long. Anggun tak pernah ada niat macam tu. Ishaq yang..."

"Kau memang nak mampus! Kau ni patut mati macam mak kau tu! Kau..."

"Biar pihak kami selesaikan kes ini, puan. Saya harap puan jangan ganggu kerja kami." ASP Haiman mula memberi amaran. Berdiri di sisi Anggun, wajah Zaiton dipanah tajam dengan anak mata hitamnya.

"Tapi..."

"Bawa suspek ke balai." Mencantas bicara Zaiton, ASP Haiman terus menjatuhkan arahan. Meminta pegawai polis yang lain membawa Ishaq terus ke balai.

"Baik, tuan!" Membuka pintu kereta luas-luas, beberapa pegawai polis mula menyeret tubuh Ishaq untuk masuk ke dalam kereta. Disebabkan Ishaq enggan memberikan kerjasama, mereka terpaksa menyeret tubuh lelaki itu masuk ke dalam perut kereta.

"Lepaslah! Aku tak salah!" Ishaq masih lagi menafikan keadaan. Anak matanya terjegil hebat kepada Anggun dalam masa yang sama.

"Sekejap, saya ada benda nak bagi dekat dia." Meninggalkan Anggun bersama ASP Haiman, langkah kaki Amani mula diatur mendekati Ishaq. Berdiri berhadapan dengan sepupunya itu, jari-jemarinya yang berada di sisi mula dikepal kuat. Bibir diketap penuh kejap menahan amaran yang menggerodak dada. Sungguh, dia jijik melihat wajah anak kepada mak longnya itu.

Ishaq yang baik.

Ishaq yang selalu dapat dekan setiap semester.

Ishaq pelajar terbaik di universiti.

Darkest Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now