BAB 11

266 28 4
                                    

Hai assalamualaikum semua. Sejujurnya, saya dah lama tak aktif di Wattpad. Sesungguhnya, saya amat suka pembaca drop komen lepas baca. Even kadang saya busy jarang reply, saya baca dan hargai sangat komen-komen anda. 

Kalau anda rasa cerita ni best, bolehlah ajak kawan-kawan baca sekali. Hehe. Saya dah banyak kehilangan readers di Wattpad. Biasalah, saya jarang update story. Tak macam author lain. 

By the way, feel free untuk drop komen okay. Hugs! 





Duduk di mejanya, ASP Haiman mula menyemak satu demi satu fail yang tersusun tinggi di atas meja. Entah mengapa hari ini hatinya tergerak untuk menyemak fail-fail kes lama.

"Eh bro, kau tak nak keluar lunch ke?" sapa Inspektor Zakwan.

"Kau tapaukan boleh tak? Aku malas lah nak keluar."

"Yalah. Kau nak makan apa?"

"Nasi goreng paprik ayam dengan teh ais. Duit nanti aku bagi."

"Alright."

"Sekejap, kes ni berlaku dekat jalan luar tu kan? Sebab aku macam pernah nampak pokok besar ni," soal ASP Haiman seraya menarik keluar sekeping gambar yang berada dalam sebuah fail.

"Ha'ah. Memang pokok tu. Tahun 2001 dulu memang ada orang meninggal dekat situ. Ada treler yang datang dari arah bertentangan terus langgar kereta yang dinaiki sebuah keluarga. Tak silap waktu tu, aku baru je habis sekolah menengah. Tapi, kes tu agak tragislah juga. Suami dia paling teruk. Besi penghadang jalan tu tertusuk dekat badan. Isteri meninggal sebab terkejut. Anak perempuan mereka je terselamat tetapi buta," terang Inspektor Zakwan panjang lebar.

Memincilkan mata, gambar yang dirakam di lokasi kejadian mula ditelek satu persatu. Entah mengapa, hatinya berasa sesuatu tatkala melihat isi fail kes tersebut.

"Tak ada saksi mahupun CCTV dekat lokasi kejadian," gumam ASP Haiman.

"Itulah tu. Budak dalam gambar ni, perempuan yang kau selamatkan semalam tu. Dia pernah berapa kali datang balai minta kita orang buka balik fail siasatan kemalangan tu. Tapi disebabkan kes tu dah lama dan memang confirm kemalangan, tu malas layan."

Menggaru pelipis, fail tersebut ditenung lagi. Entah mengapa, seakan terdapat sesuatu perkara yang masih belum terungkap setelah meneliti kronologi kes. Entahlah...

"Kenapa, kau nak buka balik ke fail tu? Nasihat aku, tak payahlah buang tenaga. Okeylah, aku pergi beli makanan kau dulu." Meminta izin, Inspektor Zakwan terus membawa langkah keluar dari balai. Mahu makan tengah hari di kedai makan Cik Manis. Kedai makan yang selalu mendapat tempat di hatinya. Ramai juga rakan-rakan sekerjanya makan di situ. Sudahlah murah, lauk pun boleh tahan banyak.

ASP Haiman tidak senang duduk. Telefon yang berada di dalam kocek, diambil lalu dipusingkan di tangan berulang kali. Tidak pasti sama ada mahu menghubungi Amani ataupun berjumpa secara berhadapan dengan wanita itu.

"Tak apalah, nanti balik aku singgah terus rumah dia." ASP Haiman menggumam sendiri. Telefon yang berada di tangan, terus disusup masuk ke dalam kocek.





Darkest Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now