BAB 1

38.7K 1.2K 40
                                    

"Qi, Qi kau tu sedar diri sikit yang kau tu hitam! Hodoh pulak tu. Tak sesuai langsung dengan aku yang hensem ni"Lutfi tersenyum sinis. Risqi menunduk mengengam hujung bajunya.

"Sampai macam tu sekali awak hina saya?"mata Risqi berkaca hanya tunggu masa saja untuk jatuh.

Lutfi adalah teman lelakinya dan dia tidak sangka jejaka ni hanya mahu memainkan hatinya sahaja.

"Sedar diri lah bodoh kau tu hodoh! Hitam!  Balik cermin diri kau tu baik baik sebelum nak jatuh hati dekat aku. Muka kau ni kalau aku gesel dekat tengah jalan mesti bertambah hodoh kan muka kau ni. Tak ada BEZA!" Mutiara jernih mengalir ke pipi nya. Hatinya sakit mendengar kata kata jejaka ini.

"Jangan sampai suatu hari nanti awak menyesal dengan kata kata awak ni!"Meninggi suara Risqi. Sudahlah ramai pelajar yang melihat ke arah mereka tambah lagi dengan pandangan jijik ke arah dirinya.

"Aku tak pernah menyesal dengan kata kata dekat perempuan hodoh macam kau ni. Eh jijik lah aku dengan kau ni. Kalau tak disebabkan dare dari kawan aku mana mahunya aku dekat kau."Lutfi menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar.

Lutfi adalah senior di sekolah tu dan pelajar paling hot disebabkan wajahnya yang tampan dan mempunyai tubuh badan yang tegap serta tinggi lampai.

Umur mereka hanya jauh dua tahun saja. Jadinya Risqi berumur 15 tahun dan Lutfi 17 tahun.

"Tak sia sia aku terima dare dari kawan aku dan aku dapat 1500 sebab kau jatuh hati dekat aku. Sedar diri kau tu tak layak dengan aku. Hidup mati balik pun belum tentu aku nak dekat kau"Lutfi memandang atas bawah ke arah Risqi. Langsung tidak berkelas.

"Aku bersumpah dengan nama Allah yang kau akan menyesal dengan apa yang kau dah kata dekat aku Lutfi Matthew. "Mata gadis tu menajam memandang wajah Lutfi dengan pandangan benci dan marah yang memuncak.

"Kalau aku tak menyesal apa kau nak buat? Berambus lah aku muak tengok muka hodoh kau ni. Lain kali beli skincare banyak banyak eh tapi dia kan tak ada duit. Miskin lah nak dikatakan"pedas kata kata dari nya. Risqi mengepal penumbuknya erat.

"Tak apa kau takkan tengok muka hodoh ni lagi dah. Terima kasih lah untuk kata kata hinaan tadi. Sekurang kurangnya aku bersyukur apa yang Allah bagi dekat aku. Jangan ingat hidup kau akan tenang Lutfi. Kau hidup atas penderitaan orang lain takkan senang."Diatur langkah pergi dari situ dengan hati yang membara.

Pulang saja dari rumah dia bersiap untuk ke luar negara dan dia akan buktikan yang dia boleh hidup tanpa seseorang yang bergelar lelaki kecuali ayah nya.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now