BAB 19

15.6K 721 18
                                    

"a.. abang Alice takut"Lutfi mengusap rambut isterinya. lutfi membutangkan semula baju kemeja Alice yang terdedah di bahagian dada nya.

"Shh abang ada dengan tesoro" dipeluk erat tubuh isterinya. Dato seri Ibrahim sudah dibawa keluar oleh pegawai.

Lutfi membawa isteri ke sofa. Tangan gadis tu mengigil ketakutan.

"Nasib abang sempat sampai. Kalau tak, tak tahu apa akan jadi dekat tesoro" dicium tepi dahi isterinya.

"M..macam mana kalau Alice terserempak dengan dia lagi? Alice takut abang"Disembamkan mukanya di dada tegap Lutfi.

"Tesoro tak boleh takut. Tesoro kan ketua FD mana boleh takut." Lutfi cuba memberikan semangat kepada isterinya. Air mata yang mengalir di pipi mulus tu diseka lembut.

"Pandang mata abang cari kekuatan"Alice merenung dalam mata jejaka tu. Lama mereka bertentang mata sehingga Lutfi mengenyit mata nya. Alice tergelak kecil.

"Mengambil kesempatan dalam kesempitan"Lutfi hanya beriak selamba. Not my fault.

"Abang datang ni nak ajak lunch. Jom?"Dihulurkan tangan nya dan disambut oleh Alice.

Alice mencari kelibat suaminya. Mana pulak Lutfi ni. Diatur langkah keluar rumah dan dia lihat jejaka tu sedang bercakap telefon.

"Cari orang tua tu dan bunuh dia kalau boleh sekali dengan family dia. Aku taknak dia kacau isteri aku lagi"Ditamatkan panggilan nya dan menoleh ke belakang terkejut Lutfi dibuatnya.

"Bunuh siapa hm?"Disengetkan kepalanya. Jejaka tu melangkah mendekati si isteri.

"Tak ada apa pun"Dicempung tubuh gadis itu. Alice terjerit kecil akibat terkejut dengan tindakan drastik Lutfi.

Alice menutup pintu balkoni dan ditoleh ke belakang. Terkejut dia hampir mahu melatah bila Lutfi berdiri di belakangnya dengan memakai kain tuala separas pinggang.

Lutfi melangkah mendekati nya namun dia bergerak ke hujung dinding sehingga dia tidak boleh lari kemana mana. Kedua tangan sasa Lutfi berada di kiri dan kanan.

Lutfi mengikis jarak antara mereka berdua. Dibuka kain tuala di pinggang. Terkejut Alice dan menekup wajahnya dengan dua tapak tangan.

Ditarik pinggang Alice dekat dengannya menggunakan kain tuala tadi. Lagipun dia pakai seluar pendek.

"Kenapa tutup muka tu buka lah."Perlahan lahan Alice mengalihkan tangannya dan dihela nafas lega bila Lutfi memakai seluar pendek.

Dagu tu didongakkan memandang nya. Lufti mendekatkan wajahnya ke wajah cantik tu. Alice memejamkan matanya erat. Lutfi yang melihat tu tersenyum sinis.

Bibir basah nya mengucup bibir mungil isterinya dengan lembut. Berdetak laju jantung Alice bila firstkiss nya sudah di ambil.

Tangan kiri lutfi menarik pinggang ramping tu agar dekat dengannya. Alice menundukkan kepala nya.

"are you shy tesoro?" Lutfi menggunakan deep voice nya. Alice menyembamkan mukanya di dada suaminya. Dia malu walaupun hanya mereka berdua saja.

"Your lips like a drug make me crazy tesoro" bisik Lufti sambil mengusap rambut tu perlahan.

Alice kekal diam kerana wajahnya memerah nipis. Damn, Lutfi pandai buat dia blushing.

Didukung tubuh Alice ke katil dan diletakkan perlahan lahan. Dia turut baringkan badannya di sebelah isterinya untuk tidur.

Tidak lupa juga kucupan hangat di dahi si isteri. Pinggang Alice ditarik rapat. Sudah jadi kebiasaan tidur memeluk Alice.

"Sleep well tesoro" perlahan lahan mata menberat dah hanyut ke dalam mimpi dalam dakapan yang indah.

Lutfi memicit micit hidung mancung tu untuk menganggu tidur isterinya. Berkerut wajah tu bila dia memicit hidung Alice.

"Hm janganlah kacaauu"Ditoleh ke arah lain. Lutfi tergelak kecil. Suka dia usik isteri.

Jari telunjuknya mengusap bibir mungil isterinya.

"Your lips very sexy tesoro"  mata cantik tu terbuka memandangnya dengan pandangan tajam.

"Tak ada kerja ke ganggu orang tidur"Alice mengeliat kecil dan ditarik comforter tu semula.

Lutfi menjenguk sikit untuk mencari wajah cantik tu. Diselak comforter tu sedikit dan terlihatlah isterinya tidur semula.

"Bangun tesoro mandiii solat subuh"Ditarik comforter tu dan dilempar ke tepi. Tubuh kecil isterinya ditarik agar bangun. Alice melentokkan kepalanya di dada suaminya.

"You want i kiss your sexy lips again tesoro?" Bisiknya tepat di telinga gadis nya. Alice mencelikkan matanya dan bangun dengan malas ke bilik air. Lutfi sengaja mahu mengusik nya!.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now