BAB 24

12.9K 609 0
                                    

Alfro mengunyah gula gula getah dan duduk di puncak gunung yang jauh dan berhadapan dengan markas musuh.

Diletakkan sniper nya dan dia mengubah posisi dalam keadaan meniarap. Earpiece tersemat di telinganya.

"Fiona"Dia yang mendengar namanya disebut mula mengeluarkan bom dan dilempar ke pintu utama markas tersebut.

BOM!!

Aariv bingkas bangun apabila terdengar bunyi letupan yang kuat di hadapan pintu markas nya.

"Move"Arah Alice dan anak buahnya mula menyerang konco konco Aariv.

Aariv adalah adik kepada Tunku Aarav ya adik ayahdanya yang merancang kemalangan bonda dan ayahda Alice serta Aciel. Aariv bertindak berbuat seperti tu kerana dia sukakan kepada Tunku Rhea iaitu bonda Alice. Dia pernah meluahkan rasa cinta terhadap Bonda Rhea namun cintanya ditolak dan memilih Tunku Aarav. Dari situ dia membenci abang nya sendiri.

"Kau orang tua memang tak ada hati perut kan sampai kau rancang kemalangan abang dan kakak ipar sendiri"Manajam mata Alice ke arah Aariv.

"Kalau dulu dia tak tolak cinta aku dan kahwin dengan ayahda kau tu diorang akan hidup lagi tapi kasihan sekarang dan berada dalam tanah"Alice mengepal erat penumbuk nya dan meluru ke arah Aariv.

Mereka berdua lawan sesama sendiri. Alice menumbuk wajah orang tua tu dan ditendang perutnya.

Lutfi melibas dan menusuk pedangnya ke arah konco konco Aariv yang datang mendekati nya.

Aariv mengeluarkan pistol dan diacu ke arah Alice yang terdiam. Gadis tu memusingkan badannya dan disepak pistol tu lalu ditendang perut Aariv. Dikeluarkan dua pucuk pistol nya.

"Alfro"Serentak tu dia menembak dada orang tua tu disertai satu butir peluru yang menembusi dahi Aariv yang melintasi di tepi kepala Alice.

Bang.

"Sayang!"Lutfi berlari ke arah isterinya. Peluru yang hampir mengenai belakang kepala Alice dilibas dengan pedangnya sehingga serpihan peluru tu terkenal pipi Lutfi.

Alfro mengubah sasarannya ke arah seorang yang berani menembak Alice tadi. Ditembak tepat di dahinya.

Senyuman sinis terukir di bibir Alfro dan bangun dari posisinya.

Alice menoleh ke arah suaminya. Wajah tu ditekup dan dilihat pipi jejaka tu yang berdarah.

"Abang jom balik Alice tolong rawatkan"Lutfi menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan. Hampir saja peluru tadi mengenai isterinya jika tidak pasti harini dia bakal kehilangan bidadarinya.

"Aaa aduh sayang sakit arhh sakittt aduh duh"Berkerut dahi Alice. Dilihat jarinya yang tidak sentuh dengan pipi jejaka tu lagi.

"Hm abang Alice tak sentuh lagi"Lutfi mencelikkan mata nya dan tersengih baru nak pura pura.

"Terkantoi pula"Alice tergeleng perlahan dan disapukan ubat di pipi Lutfi dengan lembut.

"Aduh sakitnyaaa ok tak abang gurauuu jaaa"Dielak dari cubitan isterinya.

"Gentleman sikit lah abang"Jejaka tu berdehem dan duduk dengan tegak. Didekatkan wajahnya agar Alice dapat merawat pipi nya.

Ditiup lembut tempat luka tu dan dicium di bahagian pipi Lutfi yang tidak luka. Tersenyum jejaka tu dibuatnya.

"Allahu cair"dia rebah dipeha Alice dengan ketawa kecilnya. Disembamkan mukanya di peha Alice.

"Arghhh cairrr"Digengam seluar Alice. Terpinga-pinga gadis tu dibuatnya. Diusap perlahan rambut si suami.

"Terima kasih selamatkan Alice"Lutfi mengangkat muka nya dan tersenyum. Pipi gebu isterinya dikucup sayang.

"Tak jadi masalah pun. Nasib abang sempat. Kalau tak mesti abang akan kehilangan tesoro" ditarik tubuh tu ke dalam pelukannya dan ditepuk bahu tu perlahan.

"Sayang, boleh abang tanya?"mata nya merenung dalam mata cantik tu. Alice menganguk kepalanya.

"Masih bencikan abang disebabkan kata kata abang dulu? Jujur dengan abang sayang bencikan abang lagi?"Tanya Lutfi dengan mata meredup memandang wajah isterinya.

"Alice dah maafkan abang dan dah sayangkan abang sepenuh hati Alice. Perasaan benci tu dah terkubur. Jadi suami yang baik untuk Alice ya?"Diukir senyuman manisnya buat si suami. Lutfi mengengam erat tangan Alice.

"In shaa Allah abang cuba. Terima kasih sebab dah boleh terima abang."Dibawa tubuh tu ke dalam pelukan hangatnya. Ubun ubun dikucup lama.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now