BAB 26

11.8K 569 13
                                    

"abang jom makan dulu"ajak Alice. Lutfi menoleh ke arah nya sekilas dengan wajah datarnya.

"Kau makan lah sorang. Aku makan dekat luar."sejurus berkata bergitu diatur langkah keluar dari rumah tersebut. Alice pelik dengan sikap suaminya yang sudah tiga hari dingin saja dengannya.

Mahu tidak mahu terpaksalah dia makan berseorangan sahaja.

TENGAH hari itu Alice bergegas ke syarikat L'M mega Holding suaminya untuk mengajak lunch. Baru saja di depan pintu dia dapat lihat satu adegan yang tidak manis depan nya.

Seorang perempuan duduk di atas peha suaminya dan Lutfi? Hanya membiarkan saja.

"Patutlah abang dah taknak lunch dengan Alice rupanya dah ada orang lain?"Lutfi terkejut dengan kehadiran isterinya dan ditolak Marina yang berada di atas riba nya.

"Tesoro, abang boleh jelaskan ni bukan apa yang sayang nampak."Alice mengeleng kepalanya perlahan.

"You siapa perempuan ni? Isteri you ke? You cakap you nak kahwin dengan i."Lutfi menoleh ke arah Marina dan dia menoleh ke arah Alice pula yang sudah keluar dari bilik nya.

"Sayang!"Lutfi segera mengejar langkah isteri nya walaupun Marina memanggil nama nya.

Alice mengesat air mata nya yang mengalir. Sewaktu dia boleh menerima Lutfi seadanya kenapa jejaka tu membalas bergini? Curang belakang isteri? Sungguh sakit hati nya.

"Sayang tunggu sayang!"Lutfi mendengus apabila pintu lif tu tertutup rapat. Dia segera menggunakan tangga.

"SAYANG BERHENTI!"staff Lutfi hanya melihat saja boss mereka mengejar isteri nya.

"sayang tunggu sayang. Abang belum jelaskan lagi."Dipegang tangan Alice. Gadis tu merentap kasar.

"Nak jelaskan apa lagi? Dah terang terang kau bermesra dengan perempuan lain belakang isteri. Ni kau balas dekat aku Lutfi Matthew?"Diatur langkah pergi meninggalkan jejaka tu.

"Sayang!" Panggilan dari Lutfi diendahkan saja olehnya.

Lutfi pulang ke rumah untuk mencari isteri nya. Dilihat kereta gadis tu ada. Dia bergegas masuk ke dalam rumah.

"Sayang! Mana sayang"Lutfi mengatur langkah ke bilik. Diketuk pintu tu.

"Sayangg buka lah pintu ni abang nak jelaskan ni. Sayang pleasee."rayu Lutfi. Alice yang berada di dalam bilik air mengepal penumbuknya erat. Perasaan benci hadir dalam dirinya.

"Sayangg please dengar penjelasan abang dulu. Apa yang sayang nampak tu tak betul."

Alice tergelak kecil. Tak betul? Apa yang dia lihat sudah cukup menjelaskan yang Lutfi sayangkan pada perempuan tadi. Lagipula dia nampak senyuman jejaka tu ke arah gadis tadi.

"Sayang, abang merayu. Buka lah pintu ni takkan malam ni abang nak tidur luarr. Pleasee"

Mata dipejam erat. Dihela nafas kasar. Diatur langkah keluar dari bilik air.

"say-" terhenti percakapan Lutfi apabila pintu tu dibuka. Diukir senyuman manisnya dan dipeluk erat tubuh si isteri.

Alice meleraikan pelukan tersebut dan melintasi Lutfi dengan selamba nya saja.

"Sayangg apa yang sayang nampak tu tak betul pun. Abang dengan Marina tak ada hubungan apa apa pun."Dikejar langkah Alice.

"cukup Lutfi. Apa yang aku nampak dah jelas. Kau sayangkan perempuan nama Marina tu kan?"Diteguk air sambil memandang kosong ke arah Lutfi.

"Tak abang tak sayangkan dia pun. Abang sayangkan isteri abang."Alice mengeleng kepalanya perlahan.

"Sudahlah Lutfi. Kalau kau nak kahwin dengan Marina tu aku izinkan." Didongakkan memandang Lutfi.

"Tapi ceraikan aku"diatur langkah keluar dari dapur. Lutfi tergamam.

"No sayang! Abang takkan ceraikan sayang. Okeyh abang jujur abang dengan Marina ada hubungan sebagai kekasih." Alice yang mendengar tu setitik air mata nya mengalir.

"go marry her and let me go."Lutfi memeluk tubuh Alice erat dari arah belakang.

"Aku takkan ceraikan kau sayang."Bisiknya dan dieratkan lagi pelukan tersebut. Tangan kanannya mengeluarkan telefon lalu didail nombor Marina. Tidak beberapa minit panggilan bersambung.

"Kenapa baby call ni? You nak bagitahu you dah cerai dengan isteri you ke?"

"Aku nak kita putus. Aku sayangkan isteri aku.. Aku taknak ada apa apa hubungan dengan kau faham."ditamatkan panggilan nya dan dikucup sayang pipi Alice.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now