BAB 20

14.6K 648 4
                                    

"Assalamualaikum"Ziya memberi salam dan tak lama itu pintu dibuka. Alice menjemput mereka masuk.

"Lutfi mana?"Soal Aciel dan duduk di sofa bersama yang lain.

"Ada dekat atas baru lepas mandi"Balas Alice dan melangkah masuk ke dapur. Fiona dan Ziya mengikuti langkah gadis tu.

"So how? Kau masih bencikan dia?"Soal Fiona sekadar ingin tahu. Alice menoleh sekilas ke arah dua sepupunya.

"Aku dah maafkan dia. Sampai bila aku nak simpan perasaan ni? Lagipun dia kan suami aku. Buruk baik dia tetap syurga bawah tapak kaki dia"Tutur Alice sambil memasukkan gula ke dalam jug.

"Bagus lah kalau kau dah tak benci dekat dia."Ziya mengambil pinggan untuk meletakkan cucur pisang dan cucur ubi.

"Dah lama ke sampai maaflah mandi sekejap tadi"Lutfi menyalam tangan abang iparnya dan dua jejaka tu.

"Baru ja sampai. Ni aku nk tanya sikit"Lutfi menjongket keningnya dan duduk di sofa berhadapan dengan tiga jejaka tu.

"Okeyh ke tinggal dengan adik aku? Dia ada tinggikan suara or kurang ajar dengan kau tak?"Soal Aciel. Mana lah tahu adiknya benci kepada Lutfi sehingga kan menjadikan gadis tu isteri derhaka.

"Masa awal awal tu ada lah tapi sekarang dah tak ada dah. Comel jaa"Sengih Lutfi. Dia akui isterinya sangat comel. Geram rasa nak gomol pipi gebu Alice.

"Baguslah kalau sekarang dah okeyh aku baru nak bagi tazkirah dekat dia"Mereka tergelak kecil mendengar kata kata Aciel.

"Adik aku ada cerita yang masa bangku sekolah kau boyfriend Alice? Betul?"Soal Zayden Aldari. Ziya pernah ceritakan kepadanya yang sewaktu di bangku sekolah Alice mempunyai teman lelaki dan jejaka tu adalah Lutfi.

"Betul abang Zayden. Waktu sekolah memang saya boyfriend dia tapi tu dare dari kawan sahaja saja. Abang Aciel saya minta maaf sebab pernah hina adik abang dulu"Dilihat Aciel berkerut dahi tanda tidak faham.

"Hina? Apa ni? Aku tak faham."Fransisco Harry abang kepada Fiona menepuk bahu Aciel.

"Aciel masih tak tahu apa yang kau buat dekat Alice. Cuba kau cerita baik baik bagi Aciel faham"Lutfi menegakkan badannya.

"Saya pernah hina Alice hitam,hodoh, miskin tapi sumpah demi Allah apa yang keluar dari mulut saya bukan dari hati. Kawan kawan saya tak suka dengan Alice sehingga kan diorang suruh saya sakitkan hati dia. Jujur saya ada hati dekat Alice tapi kawan kawan saya marah sebab wajah dan penampilan Alice sangat miskin. Maafkan saya Abang Aciel."Ditundukkan kepalanya dengan mengengam kedua tangannya erat.

"Jadi disebabkan kata kata hinaan tu lah adik aku susah untuk senyum dan ketawa?. Dia habiskan duit 50 ribu untuk rawatan muka dia sampaikan aku tak percaya tu adik aku sendiri"mata Lutfi membulat mendengar jumlah wang yang gadis tu keluarkan demi merawat wajahnya.

"50 ribu?"Aciel mengukir senyuman nipis dan mengangguk.

"Kau tahu masa dia couple dengan kau dia bahagia sangat. Always cerita tentang kau dan semuanya kebaikan bukan keburukan. Aku happy bila dia senyum tapi lepas dia berginjak umur 17 senyuman serta ketawa tak ada dekat diri dia. Aku sebagai abang terseksa tengok adik sendiri yang berubah mendadak. Kau tahu makanan kegemaran dia?"Lutfi menganguk.

"Coklat"Jawab nya. Dulu dia selalu berikan coklat kepada Alice dan gadis tu sangat gembira.

"Sekarang ada dia makan coklat lagi?"Lutfi terdiam mendengar pertanyaan itu. dia tidak pernah lihat gadis tu makan coklat selepas mereka jadi suami isteri.

"Alice cakap dia taknak makan coklat sebab taknak ingat dekat kau. Tiap kali dia nampak coklat mesti dia benci padahal tu kan kegemaran dia."Lutfi diam menunduk.

"Borak apa ni macam serius ja? Ni cucur makan lahh"Ziya meletakkan dulang di atas meja. Alice menjawab panggilan di taman belakang.

Fiona duduk di sofa single sambil memasukkan keropok lekor ke dalam mulut.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now