BAB 14

16.7K 774 9
                                    

Lutfi terkedu mendengar kata kata dari gadis tu. Matanya kian meredup memandang wajah gadis itu yang kemerahan.

"kenapa? terkejut? Terkejut sebab dapat tahu yang isteri kau ni adalah budak yang kau pernah hina dulu. Budak yang kulit hitam, hodoh, selekeh, miskin ni sekarang ni yang jadi isteri kau. Selama lima tahun aku tanam perasaan benci ni dekat lelaki yang bernama Tengku Lutfi Matthew. Hanya kauu."Diketap giginya kuat dan bangun dari duduknya namun langkahnya terhenti bila Lutfi memanggil.

"Aku minta maaf tentang 5 tahun yang dulu. Aku sedar salah aku sebab hina orang macam kau. Can you forgive me? Aku nak tebuskan balik kesalahan aku dekat kau. Tesoro" Alice mengepal penumbuknya erat.

"Memaafkan tidak semudah menuturkan kata-kata. Walaupun aku dapat maafkan kau tapi luka tu masih ada"Disambung langkahnya naik ke bilik.

Alice mencari dettol nya dan mendengus kasar bila dia tertinggal dettol di ruang tamu. Diatur langkah keluar dari bilik nya.

Di ambil dettol nya tanpa memandang Lutfi yang sedang memandangnya. Baru saja dia mahu melangkah ke bilik semula kakinya berdenyut.

"auch"Diketap giginya kuat. Lutfi bangun mendekati Alice.

"Kenapa ni? Kaki kena apa?"Nada bicaranya terdengar lembut. Alice mengeleng perlahan.

"Tak ada apa"Dia mahu menyambung langkahnya namun tidak dapat. Lagi dia berjalan lagi sakit.

"Can you tell me what happened to your leg?"Ditekan bahu Alice agar duduk di sofa. Kaki seluar Alice diselak ke atas.

Bandage tu dipenuhi dengan darah. Dibuka perlahan lahan dan matanya membulat. Mata Hazel tu mencerlung tajam ke arah isterinya.

"Bagitahu aku kaki kau kena apa?"Datar suaranya bertanya namun Alice hanya diam saja.

"Tesoro"

Dipandang mata Hazel suaminya. Lutfi menghela nafas nya perlahan.

"aku tahu kau bencikan aku tapi kau isteri aku yang sah. Apa yang jadi dekat kau akan berkaitan dengan aku juga. Tell me tesoro kaki kau kena apa? Jangan sampai aku cari tahu sendiri."Tutur Lutfi.

"Bukan kau ke yang taknak anggap aku sebagai isteri kau?"Di ukir senyuman sinisnya.

"itu haritu bukan sekarang. Sekarang kau isteri aku. Sini aku cucikan luka dekat kaki kau"Diambil Dettol tersebut dan melangkah ke dapur untuk mengambil besen dan air.

Alice hanya melihat si suami membersihkan luka di kakinya. Wajah tu yang dulu buat dia menjadi gila bayang disebabkan ketampanan nya.

"a.. abang"Lutfi terkaku dan mengangkat muka memandang wajah Alice.

"Yes tesoro?"

"You don't hate me?" Lutfi mengeleng kepalanya tanda tidak.

"I'm sorry for what I did. Aku bodoh masa tu sebab tak fikir perasaan kau macam mana bila aku keluarkan kata kata hinaan"Dia hanya fokus dengan kaki Alice sahaja.

"Kalau masih ada peluang, aku akan gunakan sehabis baik untuk tebuskan kesalahan aku dekat kau."Alice diam. Apa yang Ziya katakan haritu menerjah masuk ke dalam fikirannya.

"maaf. Alice dah derhaka sebab tinggikan suara dan kurang ajar. Alice maafkan abang."Diukir senyuman manisnya buat pertama kali setelah lima tahun Senyuman manisnya hilang.

Jika difikirkan balik tak salah dia memaafkan Lutfi. Lagipula, Lutfi adalah suaminya. Walaupun sakit tu masih ada tapi dia perlu bersikap matang. Syurga nya dibawa tapak kaki si suami. Dia tidak mahu mendapatkan gelaran isteri derhaka. Mahu kena bebel dia dengan bonda.

Lutfi yang melihat senyuman manis tu memerah telinga nya. Dibalut kaki itu dengan kemas dan dibawa tubuh Alice ke dalam pelukannya.

"Terima kasih sebab maafkan aku. Tak apa aku tak terasa hati pun masa kau tinggikan suara."Dicium tepi dahi isterinya.

Lutfi melihat segenap wajah cantik isterinya. Dia akui Alice mempunyai rupa paras yang cantik. Diusap lembut pipi Alice.

"Qi"Lutfi tergelak kecil. Tidak dia sangka budak yang dia hina dulu adalah isterinya yang sah.

"Betul kata kata sayang. Abang akan menyesal dengan hinaan yang abang pernah lontar kan dekat sayang. Dan sekarang abang menyesal"Alice membalas pelukan tubuh tegap suaminya dan diusap perlahan belakang Lutfi.

"i love you tesoro"

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now