BAB 21

13.4K 670 10
                                    

"jadi Alice masih bencikan saya?"Aciel mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Jadi berhati hati kalau nak bercakap."Zayden mengukir senyuman manisnya dan dicapai segelas air ribena.

"Lutfi"Jejaka tu memandang wajah abang iparnya.

"Luluhkan hati dia semula"Lutfi mengukir senyuman dan menganguk. Dia nekad untuk luluhkan hati isterinya semula.

"Kitorang tahu hati Alice tak sekeras besi. Pandai pikat hati dia comfirm dapat tu"Kata Ziya dan duduk di sebelah abangnya.

"Tunjuk lah sikit keromantikan kau tu Lutfi"Harry menjongket keningnya berkali kali. Lutfi diam berfikir. Romantik?.

Alice melangkah mendekati mereka dan dilagakan penumbuk nya bersama Aciel.

"Siapa call tadi?"Soal Aciel.

"Anak buah."Jawab nya dan dilabuhkan punggung nya di sebelah suaminya. Dicapai cucur ubi.

"Nak?"Soalnya pada jejaka tu. Terjongket kening Lutfi.

"Suap"Alice menyuap jejaka tu. Zayden dan Harry bersembunyi belakang Aciel.

"Aku nak sembunyi belakang siapa bodoh?"Dah kalau diorang sembunyi belakang dia dah tu nak dia tengok adik dia sweet sweet? Sendu dia dekat sini.

"Bawah sofa"jawab Harry dan tergelak bila Aciel memandang nya tajam.

"Alice dah bersuami kita nya bila?"Soal Fiona pada Ziya. Ternaik kening Ziya bila ditanya soalan bergitu.

"Aku serah dekat Abang Zay untuk cari calon"Ditepuk bahu abangnya. Jejaka tu menoleh dengan wajah blur.

"Calon apa? Suami untuk adik ke?"Ziya mengangguk. Zayden segera mengeluarkan telefon nya dan ditunjuk gambar tersebut.

"Ni nak? Kawan abang dekat korea. Farezky Saif Kyeong. Islam ni."Ternganga Fiona bila Ziya bakal dapat suami orang korea.

"Deal"Ditunjuk dumb up nya. Zayden segera menghantar nombor kawannya kepada Ziya.

"Adikk"panggil Harry. Gadis tu menjongket keningnya menandakan apa.

"Nak tak dengan kawan abang ni nama dia Tengku Carlo Alfro kacukan itali-malay. Dingin sikit. Adik nak?"Fiona yang mendengar nama jejaka tu saja seperti mahu pengsan.

"Boleh ja"Dianggkat simbol okeyh.

Cari jodoh macam cari ikan dekat pasar.

"Kitorang minta diri dulu. Ada hal sikit"Lutfi bangun menyalami tangan mereka. Alice turut menyalam.

"Tesoro, boleh ambil kan telefon abang tak?" Alice mengangguk dan naik ke bilik untuk mengambil telefon jejaka tu.

Baru saja Alice mahu mengambil telefon Lutfi dia terpandang akan satu file di atas meja.

Di ambil file hitam tersebut dan dibuka. Dilihat ke arah pintu terlebih dahulu takut Lutfi masuk ke dalam bilik.

Alice terkejut melihat isi dalam file tersebut. Dilihat gambar tu satu persatu dimana Lutfi berada di dalam kelab sambil meminum air kencing syaitan.

Diselak helaian yang kedua. Berbaju kemeja putih yang dipenuhi dengan darah. Ditangan pula terdapat sebilah pisau yang dipenuhi dengan darah.

Alice terkejut bila file hitam di tangannya dirampas oleh Lutfi. Dipandang wajah bengis tu.

"Mana kau dapat file ni?"Menajam mata Hazel tu menikan mata cantik isterinya.

"A..atas meja"Dia berundur setapak ke belakang. Takut mula hadir dalam dirinya.

"Kau dah tengok?"Perlahan lahan kepala gadis tu mengangguk bahawa dia sudah lihat.

"SIAPA BENARKAN KAU TENGOK FILE NI!"Tengking Lutfi dan Alice terhinjut bahu.

"S..salah ke Alice nak tahu apa yang ada dalam file tu? Abang sembunyi kan jauh mana pun. Alice akan dapat tahu juga tak dari mulut abang atau orang lain!"

Pang.

Pipi Alice terasa kebas. Lutfi tergamam bila dia menampar wajah isterinya. Tidak dia sangka dia akan naik tangan.

"S..sayang abang minta maaf abang tak sengaja"Alice menghalang Lutfi dari mendekati nya.

"Puas tampar Alice disebabkan Alice dapat tahu rahsia abang?."Mata biru tu berair memandang wajah suaminya.

"Sayang abang tak bermaksud.."

"Tak apa. File tu penting lagi kan? Sokeyh"Diatur langkah keluar dari bilik tersebut. Hatinya sakit bila suami naik tangan kepadanya.

Lutfi menghela nafas perlahan dan dilempar file tu ke atas katil. Kaki diatur melangkah keluar dari bilik mencari isterinya.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now