BAB 4

20.2K 912 4
                                    

"bonda nak kamu cuti harini sebab bonda nak bawa kamu pergi cuba baju pengantin. Bakal suami kamu tak akan ada. Kami nak buat surprise siapa bakal suami kamu nanti"Alice menghela nafas perlahan dan mengangguk saja.

Pulang saja dari butik pengantin, Alice membaringkan tubuhnya di katil. Dia seakan mahu tahu siapa bakal suaminya tapi dia malas mahu ambil tahu. Aish pening.

Diatur langkah turun ke ruang tamu untuk berjumpa dengan bonda dan ayahda nya.

"Akad nikah Alice dengan dia buat dekat rumah siapa?"Mereka menoleh ke arah gadis tu .

"Rumah bakal suami kamu nanti"Alice mengangguk faham dan duduk di sebelah Abang nya. Direbahkan badannya dan diletakkan kepalanya di atas peha Aciel.

"Bila dah kahwin nanti jaga suami baik baik. Jangan tinggi suara dengan dia. Syurga adik nanti berada dekat bawah tapak kaki dia"Tutur Aciel sambil mengusap rambut adiknya.

"Alice tak yakin dapat terima dia atau tak tapi adik cuba ya bang"Jejaka tu tersenyum dan melabuhkan kucupan di dahi adiknya. Adik perempuannya bakal bersuami jadi mungkin dia susah untuk bermanja dengan adiknya lagi.

Tiga hari sebelum perkahwinan Alice dengan jejaka tu dia hanya sibuk dengan kerja nya yang bertimbun. Jadi CEO bukan lah senang semua benda dia perlu jaga agar company nya sentiasa maju.

Deringan telefon menyentakkannya dan dilihat nama pemanggil adalah bondanya. Dia segera mengangkat panggilan tersebut.

"Alice kenapa tak balik lagi ni? Besok majlis akad nikah adik tau. Adik kena rest secukupnya."Alice menepuk dahinya. Lupa pula dia besok majlis akad nikahnya. Dilihat jam pukul 8 malam.

"Sekejap lagi Alice balik ya bonda sekejap ja lagi nak siap dah kerja ni"Ditamatkan panggilan nya dan diselesaikan kerjanya terlebih dahulu sehingga jam menunjukkan pukul 9:15.

Pulang saja dia terus naik ke bilik untuk mandi dan tidur. Apa pun yang jadi esok dia akan hadapi dengan hati yang tabah.

"Cantik nyaa sepupu aku niiii"Puji Fiona. Alice dimakeup dirumahnya terlebih dahulu sebelum mereka bertolak ke rumah pengantin lelaki.

"Sini mak andam tolong pakaikan purdah"Alice hanya tersenyum nipis saja. Kini wajahnya ditutupi dengan purdah.

"Terima kasih mak andam"Ucapnya dan bangun melihat penampilan diri di cermin.

"Dah siap ke? Jom"Alice melangkah keluar dari bilik diikuti dua sepupunya. Mereka masuk ke dalam kereta Vellfire yang telah disediakan.

"Assalamualaikum"Bonda Rhea memberi salam ketika masuk ke dalam rumah tersebut. Alice masih tidak nampak wajah bakal suaminya kerna jejaka tu duduk membelakangi nya.

"Semua dah ada? Mari kita mula"

"Tengku Lutfi Matthew bin Tengku Marvin aku nikahkan engkau dengan anak perempuan ku Tunku Alice Risqi binti Tunku Aarav dengan mas kahwin sebanyak 54 ribu ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Tunku Alice Risqi binti Tunku Aarav dengan mas kahwin sebanyak 54 ribu ringgit tunai"selafaz Lutfi tanpa gugup.

"Bagaimana para saksi sah?"
"Sah!"

Setelah doa diaminkan, Lutfi bangun mendekati isterinya. Mata Hazel tu memandang benci gadis ini.

"Lutfi sarungkan lah cincin tu"Jejaka tu dengan tidak rela hanya akur sahaja arahan bonda nya.

"Jangan ingat kau akan bahagia dengan aku."bisik Lutfi namun gadis tu hanya diam saja dengan tatapan kosong.

Alice mengeluh bila dia perlu menangkap gambar dengan posisi dekat dengan suaminya. Nasib dia pakai purdah tak adalah nampak wajah tidak suka dia ni.

Tangan kanan diletakkan di atas dada tegap Lutfi. Kedua tangan jejaka tu melingkari pinggang isterinya.

"Aku takkan mengaku kau isteri aku faham?"Alice hanya bergumam. Malas dia mahu bercakap kang harini ada yang perang mulut.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now