BAB 13

16.5K 851 2
                                    

Alice memicit dahi yang terasa pening. Berkerut dahi nya menahan sakit di kepala yang kian berdenyut.

Didekati ke arah katilnya dan direbahkan badannya untuk rehat sekejap sebelum dia ke farmasi untuk membeli ubat.

Pintu kereta ditutup dan telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Boss malam ni ada orang cuba nak edarkan dadah di pelabuhan"

"Hm malam ni jam 9 kita pergi"Ditamatkan panggilan nya dan dimulakan pemanduan nya.

Tepat saja jam 9 malam mereka semua mengambil posisi untuk menyerang orang orang yang berani menceroboh kawasan Fire dragon.

Alice membelasah orang tua tu tanpa dia sedari ada yang cuba untuk menembak nya melalui arah belakang.

Bang.

"Argh"Alice Terjerit kecil bila kakinya ditembak. Dilempar pisau rambo tepat ke dada jejaka tu.

Pistol dikeluarkan dan ditembak ke arah orang tua di hadapannya ini. ziya berlari mendapatkan Alice yang terduduk di tanah.

"Alice sini aku tolong kau bangun"Ziya memimpin gadis itu ke kereta. Fiona menembak ke arah jejaka tu dan berlalu pergi bersama sepupunya serta anak buah mereka.

"Suami kau pergi mana Alice?"Soal Fiona sambil melihat rumah tersebut.

"Ada hal kerja sikit katanya dekat luar negeri"Mereka menganguk faham. Ziya membalut kaki Alice dengan kemas.

"Dah siap. Kau jangan bergerak sangat. Kitorang balik dulu kang bonda kitorang bebel pula"Alice menganguk dan mengucapkan terima kasih.

Lutfi memakirkan kereta nya dan melangkah keluar. Di ambil bagasinya dan diatur langkah ke masuk ke dalam rumah tersebut.

"Assalamualaikum Alice aku dah balik"Dicari susuk tubuh gadis tu. Alice melangkah turun dan disalam tangan suaminya.

"Walaikumusalam sini aku bawakan bag kau"Lutfi mengeleng tanda tidak mengapa. Tangan naik mengusap rambut Alice. Rindu dia dua hari tak call, tak whatsapp, tak tengok muka cantik gadis ini kerana sibuk sangat disana.

"Aku naik bilik jap"Alice hanya memandang belakang jejaka tu. Diatur langkah ke sofa ruang tamu.

Alice menunduk kepalanya. Fikirannya mula melayang ketika dia dihina oleh Lutfi. Bila dia lihat wajah jejaka tu pasti dia akan teringat hinaan tersebut.

"Kenapa termenung?"Alice mengeleng kepalanya tanda tiada apa apa. Lutfi duduk berhadapan dengan nya.

"Kalau ada masalah ceritalah"Dipandang Alice yang menunduk.

"Tak ada apa tak penting"Balasnya tanpa memandang wajah suaminya dan dia hanya pandang skrin tv yang gelap tu sahaja.

"Aku tengok kau ni macam tak puas hati dengan aku. Cuba kau bagitahu aku apa yg tak kena?"Alice mengepal penumbuknya.

"Aku cakap tak ada apa maksudnya tak ada apa lah!"Suara Alice mula naik meninggi.

"Eh kau ni aku dah bersabar dengan kau tau tak! Kau tinggikan suara masa pertama kali aku boleh bersabar tapi kalau dah lebih memang aku tak boleh bersabar dengan kau Alice!"Lantang suara Lutfi dan bangun dari duduknya.

"Dah kau tu pekak aku dah cakap tak ada apa yang kau sibuk nak tahu sangat pahal?!"Balas Alice taknak kalah.

"AKU DAH LAH BARU BALIK KAU PULAK YANG NAK EGO SANGAT KENAPA? AKU TANYA SEBAB AKU TAKNAK JADI SUAMI YANG TAK BERGUNA!"mata Hazel tu tajam memandang wajah gadis tu.

"SEBAB KAU AKU JADI MACAM NI SEBAB KAU AKU TAK ADA RASA HORMAT DEKAT KAU LANSUNG!"Nafas masing masing turun naik menahan amarah.

"APA SALAH AKU DEKAT KAU SAMPAI KAU TAK ADA HORMAT DEKAT SUAMI SENDIRI HAH?!"Dikepal erat penumbuknya sehingga urat urat nya naik.

"A..aku"Ditundukkan kepalanya dengan mengepal penumbuknya erat. Dalam masa yang sama dia gerun dengan suaminya.

"AKU APA! CAKAP ARH LUAH SEKARANG APA YANG AKU BUAT DEKAT KAU TUNKU ALICE RISQI!"Mata Biru laut tu menikam tajam mata suaminya.

"AKU QI! BUDAK YANG KAU HINA DULU DISEBABKAN KULIT AKU HITAM DAN SELEKEH! KATA KATA HINA KAU MASIH TERSEMAT DALAM KEPALA OTAK AKU NI. JANGAN INGAT AKU DAPAT MAAFKAN ORANG MACAM KAU NI TENGKU LUTFI MATTHEW!. KAU PUNCA AKU JADI MACAM NI!. KALAU AKU TAHU KAU SUAMI AKU TAKKAN AKU TERIMA PERJODOHAN NI!"Mata biru laut tu berair setelah lima tahun dia pendam perasaan sakit hati ini.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now