Alice masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya setelah seharian berbaju pengantin naik rimas dia.
Dipegang singki tu. Dipandang wajahnya yang sudah dibuang makeup. Perasaan benci berombak kencang bila suami nya adalah musuh dia dari bangku sekolah.
Dikepal erat penumbuk nya. Hatinya sakit bila teringatkan kata kata jejaka tu yang pernah dia lontarkan kepada dirinya.
"Kau nak tidur dalam bilik air tu ke hah? Aku nak mandi ni"Alice menghela nafas perlahan dan keluar dari bilik air tu.
Lutfi agak terkaku seketika melihat wajah gadis tu. Cantik natural beauty. Bulu mata lentik. Kulit? Tak payah cakap memang putih melepak. Mata pula biru laut.
Dia segera melangkah masuk ke dalam bilik air bila Alice perasan dia sedang memandang gadis tu.
"Kau tidur dekat sofa. Aku taknak tidur sekatil dengan perempuan macam kau ni"Lutfi membaringkan badannya di katil.
"Macam lah aku nak sangat tidur dengan kau"Balas Alice dan baringkan badannya di sofa. Bantal yang sempat dia rembat tadi dikemaskan sedikit.
"Baru sekarang nak bercakap ingatkan aku kahwin dengan orang bisu"Sinis kata kata jejaka tu.
"Kau nak membebel ke nak tidur? Memekak ja kau ni"Ditarik rambut menutupi wajah nya.
Lutfi mengetap bibir menahan marah. Gadis ni pandai melawan dengannya. Tak apa kau tunggu.
Pagi tu Alice bangun terlebih awal daripada Lutfi. Setelah selesai solat subuh dia mendekati suaminya. Wajah tu. Wajah tu yang dia bencikan dan teramat benci. Terasa ingin menumbuk wajah tersebut namun dia perlu sedar status nya..
"Bangun solat subuh tak payah nak membuta sangat"Ditarik comforter tu kebawah. Lutfi mendengus geram.
"Bising arh kau ni aku nak tidur lah penat"Ditarik semula comforter tu ke dadanya.
"Lebih baik kau solat subuh ada lah juga nanti kau masuk syurga daripada lewat lewatkan subuh. Mampos kau masuk neraka"Diatur langkah keluar dari bilik tersebut. Lantak lah kasar ke tak kasar dia malas nak melayan.
Terbuka luas mata lutfi mendengar kata kata Alice tadi perh masuk ke dalam hati matt.
"Awal Alice harini. Macam mana semalam Lutfi okeyh ke dengan Alice?"Soal bonda Leia.
"Okeyh ja bonda. Hm boleh Alice tolong?"Bonda Leia tersenyum dan mengangguk.
"Alice susun pinggan atas meja lepastu ambil air dalam peti ais. Bonda dah siap bancuh cuma bagi sejuk sikit"Alice menganguk dan melakukan apa yang disuruh.
"Pergilah panggil suami kamu Alice. Dia tu kalau tak kejut lepas subuh memang dia tidur semula"Tutur bonda Leia. Alice segera mengatur langkah ke bilik semula. Dikuak pintu tu perlahan dan terpandang jejaka tu sedang tidur semula.
Nafas dihela perlahan. Tangan naik menepuk pipi Lutfi.
"Bangun lah turun sarapan."jejaka tu mencelikkan mata nya dan mengeliat kecil ditarik tubuh Alice ke dalam pelukannya.
Membulat mata Alice bila dirinya terkunci dalam pelukan hangat jejaka tu. Jika nak diikutkan hati mau saja dia menyiku namun dia perlu bersabar yang lutfi suami nya.
"Kau tak payah nak peluk peluk aku sangatlah. Kalau kau lapar jangan salahkan aku sebab tak kejut kan"Dilepaskan dirinya dari Lutfi dan keluar dari bilik tersebut.
Lutfi mengeliat dan melihat jam menunjukkan pukul 10 pagi. Membulat mata dia.
"Alice!!!! Asal kau tak kejutkan aku!"Diraup kasar wajahnya dan bangun dari baringannya.
"Bonda mana Alice?"Soal Lutfi dengan gigi diketap kuat. Bonda Leia menoleh ke arah anaknya.
"Ada tu ha dekat taman"Lutfi melangkah ke arah taman. Rambut gadis tu ditarik sehingga terdongak.
"Asal kau tak kejutkan aku hah? Kau memang saja kan nak bonda marah dekat aku?"Alice memandang wajah tu penuh kebencian.
"Padan arh muka kau siapa suruh liat sangat nak bangun. Aku dah kejut kau yang malas"Dilepaskan tangan Lutfi di rambutnya.
"Kau ni kan. Kau terima perjodohan ni mesti kau nak kikis duit aku ja"Tuduh Lutfi. Alice berpeluk tubuh.
"Kau buta atau pekak? Kau sebut nama aku masa akad nikah semalam ada pangkat Tunku kan? Setakat kau cish tak hamak aku nak ambil harta kau"Bidas Alice.
YOU ARE READING
15. SUAMIKU MUSUHKU✓
RomanceDibangku sekolah dia dihina kerana tidak cantik dan berkulit hitam setelah tu berpindah ke luar negara untuk merawat kulit wajahnya. Setelah berginjak dewasa, orang tuanya mahu menjodohkan dirinya dengan seorang jejaka dan apa yang dia tidak sangka...